RSS
Post Icon

aseos unik dan bersih di 'bekas' negara Islam?


papan tanda pada tandas awam di Cordoba~terdapat dalam 3 bahasa


"Jika datang rombongan hendak meminang seorang wanita, mintalah izin untuk menggunakan tandas rumahnya. Ini bagi melihat sejauh mana penjagaan kebersihan wanita tersebut dan ahli rumah itu"

Kata-kata ini pernah saya dengari dulu, nampak ringan dan kurang berkeyakinan, namun, selalu dipraktikkan terutama oleh masyarakat Melayu.

Tak percaya? Wait for your turn then! :P

Dalam kitab-kitab Fiqh, perkara pertama yang dipelajari adalah "At-Toharoh" iaitu kebersihan. Sehingga dinukilkan bahawa 'kebersihan sebahagian daripada Iman atau kebersihan satu cabang daripada Iman'.

Satu perkara yang dikaji, Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan kebersihan hingga tercatat dalam Al-Quran, hadis-hadis Nabi, kitab-kitab Fiqh dsb. Bahkan tatacara hendak bertayammum, bersugi, keluar masuk tandas juga diajarkan dalam Ad-Deen ini. Subhanallah! Begitu halus ajaran agama Muhammad, namun sayang seribu kali sayang, umat Muhammad kurang cakna perihal ini. Malahan, kadangkala mungkin non muslims lebih prihatin tentang penjagaan kebersihan berbanding orang Islam itu sendiri.


Situasi 1

Ketika dalam perjalanan Mu'tah-Irbid, kereta yang saya naiki berhenti di salah sebuah masjid untuk kami berhenti solat jama'. Tatkala hendak masuk ke dalam tandas, masya Allah!! Hampir termuntah dek aroma yang sangat kurang menyenangkan dan pemandangan yang kotor. Tandas juga tidak di'flush'..bayangkan!! Bluweekk..

Situasi 2

Tatkala di jamiah, kami mengambil wudu' di dalam tandas, namun..penuh dengan kepulan asap rokok di dalamnya. Sadis sekali kerana perokok-perokok ini adalah golongan pelajar wanita arab yang bertudung!! Tandas juga kotor dan berbau. Sebab itu jika di Jordan, lebih baik 'menjaga wudu untuk kemaslahatan hidung dan mata', hehee. Namun, susah diaplikasi ketika ward round dek tugasan yang menyebabkan saya perlu memeriksa pesakit-pesakit lelaki juga.

tandas awam di Cordoba, Spain~Deloq kata seperti public phone..huhu

Situasi 3

Tatkala saya bercuti ke Spain baru-baru ini, kawan-kawan saya ada berpesan supaya sentiasa membawa botol mineral kecil ke mana sahaja (selain air mineral untuk minuman). Tidak lain tidak bukan botol kecil tadi untuk tujuan di dalam tandas kerana tandas di negara-negara Europe tiada air (tisu & flush sahaja), hanya sinki luar disediakan air. (oh yea, sama seperti di KLCC, Malaysia Bumi Pertiwi)

Saat itu saya terfikir, 'kotorla kerana mereka tidak menggunakan air, hanya tisu tandas sahaja! Tidak dapat dibayangkan'.

Namun, ia sangat berlainan dengan apa yang difikirkan. Tandas nya sangat bersih dan terjaga, malahan, tidak berbau busuk. Tidak kira sama ada di Bandar Cordoba, Granada atau Madrid. Sungguh saya kagum kerana sifat moral mereka yang tinggi terhadap penjagaan kebersihan walaupun kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Malahan, tandas awam juga bersih dan unik sekali. Maka, beberapa keping di snap! Kagum tak?? Huhu~

tandas dan tempat wudu' di Mezquita Mayor de Granada

Situasi 4

Di Masjid Jami' Granada (Alhamdulillah, satu-satunya masjid yang diizinkan azan bergema ke luar masjid). Ketika saya memasuki tandas masjid, saya bertanya sendiri. Adakah tandas masjid ini disediakan air seperti di Malaysia atau masih seperti tandas luar yang lain?

At-Toharoh kan.. Jawapannya~ada paip air di dalam tandas, malahan, disediakan bekas tadahan air. Maka, botol kecil mineral disimpan kerana khidmat tidak diperlukan (^_^)

Konklusi : Nilailah sendiri, muhasabah keadaan masing-masing. Adakah tajuk At-Toharoh yag dipelajari dulu masih diaplikasi hingga kini atau bagaimana…? Ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah (erm, musim luruh kowt….heh)

Tandas VS bilik air, restroom VS toilet, albanyo VS aseos..sama atau berlainan.. fikir-fikirkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

sayu hati di Great Mezquita de Cordoba

Masjid Cordoba,
gambar ini pernah saya terlihat dalam buku teks Sejarah SPM dulu



Alhamdulillah, asbahna 3la fitratil Islam.

19 Jun 2010 : Pagi Sabtu yang cerah, pagi pertama kami di bumi Cordoba, Spain. Menyelusuri jalan-jalan dari hostel tempat penginapan kami berdasarkan peta Cordoba yang sentiasa di tangan dan mata terkagum melihat keunikan jalan-jalan di sini, yang sudah semestinya sangat berlainan dengan Jordan.Ketenangan pagi.


"Hola (silent H, sebutannya 'OLA' bermaksud 'Hai, hello')" sapa penduduk dan pelancong yang lalu lalang.

"Hola" balas kami kembali. Mereka kelihatan mesra.


Tempat pertama yang dituju adalah Great Mezquita de Cordoba (Masjid Besar Cordoba), namun sejak kejatuhan Islam hingga kini, ia dinamakan Cathedral de Nuestra Señora de la Asunción (klik di sini) atau pun di dalam peta dan papan tanda jalan, tertera "Mezquita y Cathedral de Cordoba". Oh, geram hati saya!


Rezeki kami, masjid ini dibuka untuk pelancong setiap hari dengan berbayar, namun 8-10am Sabtu (pagi pertama saya di Spain), ia percuma. Oh, jimat 8euro (tahmid). Bersiar-siar di taman-taman masjid di mana terdapat taman oren di tengah-tengahnya, suasana redup dan tenang. Setelah menikmati keindahan taman, kami menuju ke 'entrada' ataupun entrance, tempat masuk.


Terpampar amaran mengingatkan para pengunjung agar menghormati tempat ini kerana ia adalah Mother Cathedral of Cordoba kini. Pesta juga diadakan di kawasan ini mengikut jadual yang tertera (diterjemahkan ke dalam 4 bahasa).


Bismillah kaki kanan melangkah masuk. Tersentuh hati tatkala memasuki suasana dalam Masjid Cordoba ini..mata terpana melihat ukiran pada tiang-tiang masjid yang suatu ketika dulu sangat gah diimarahkan, hingga tercatat dalam buku sejarah tika saya di KISAS. Kini, hanya tinggal kenangan.. namun, masjid tetap masjid, getus hati kecil saya.


"Saya nak sujud syukur syukur di sini setelah melihat sekeliling dalam masjid yang sangat luas" niat saya dalam hati. Kiblat? Ehem, kompas kan ada..hehe..


Pelbagai gambar dan ukiran kristian di setiap sudut yang menterjemahkan pelbagai makna, semua tercatat pada buku pelancong yang kami dapat.


Tiba-tiba, ramai orang berkerumun di situ..erm, menarik..ada apa di situ? Saat melihat peta..'mihrab', tempat imam dalam saf solat! Masya Allah, ia dipagari, bermaksud 'perhibido entrada' (dilarang masuk), namun, tangan yang bersaiz kecil membolehkan kami memfokus setiap sudut 'ukiran yang bercahaya semulajadi' buat kenangan. Kiblat ke arah sini.

Saya menginjak ke belakang sedikit, lantas rebah sujudku di depan mihrab dalam masjid zaman keagungan Islam. Sayu hati saya tatkala berteleku berdoa di depan mihrab. Mudah-mudahan, masjid ini kembali diimarahkan, mudah-mudahan azan kembali menguasai bumi Cordoba, mudah-mudahan Islam kembali bertahta di setiap sudut bumi Allah ini. Saya pasti kini, tiada kedengaran azan di kawasan ini pada subuh tadi, hanya loceng gereja bergema pada setiap jam.


Sebenarnya, 'Mother Cathedral de Cordoba' (Gereja Utama di Cordoba) atau 'La Mezquita y Cathedral de Cordoba' yang mereka namakan ini masih berfungsi. Hampir setiap setengah jam kedengaran koir di tengah-tengahnya (kiblat ke arah berlainan daripada mihrab). Paderi-paderi Kristian tekun membacakan kitab mereka dalam bahasa yang sudah pasti tidak saya fahami (baru hari pertama kan..).


Kesimpulannya, hanya lebih kurang 10% sahaja kawasan masjid ini yang dikekalkan, antaranya, tiang-tiang dan mihrab, simbol senibina kegemilangan Islam. Selebihnya dipenuhi dengan ukiran dan penambahan senibina Kristian.


Berat kaki untuk melangkah ke arah 'salida' atau exit, tempat keluar apabila membayangkan masjid ini dipenuhi muslimin saat tertegaknya khilafah Islam dulu, setiap sudut ilmuan Islam mentadabbur kitab-kitab, setiap saf kedengaran lunak bacaan ayat suci Al-Quran, setiap 5 waktu azan gah bergema di setiap pelosok bumi Cordoba..kini, semuanya tinggal kenangan..maka, setiap pundak muslimin muslimat kini bertanggungjawab bagi mengembalikan keadaan seperti itu!!! Ya Allah, bantulah kami..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

pandan hijau



Pengisian pada minggu pertama cuti semester kali ini (baru seminggu, saya sudah kebosanan),

::selain menyelesaikan tugasan rumah..

::Menziarahi rumah-rumah siswi.. ukhwah katanye.. eceh :P

::Sekejap-sekejap, membaca novel dan pelbagai jenis bahan bacaan yang masih belum dibaca..

::Diselang-selikan dengan menonton pelbagai cerita yang sumbernya boleh didapati di mana-mana..

::Mengikuti segala jenis berita on9 tentang bumi Pertiwi (setelah sekian lama tergendala dek imtihan..)

::Selain meng-update berita-berita Palestin..

::Klik-klik belajar bahasa secara on9..'senaman lidah'..huhu~

::Dan sudah semestinya, banyak masa untuk….cooking & baking time (^_^)


Mak : Tengah buat ape, kat mana tu?

Me : Kat pekan (balad), bayar duit internet untuk tempoh setahun terus & beli ikan makarel..nak buat laksa Johor

Mak : Laksa? mak tak heran… (alaa, sebab mak memang kurang berminat dengan laksa..hehe)

Me : Ain tiba-tiba teringin nak makan, buat jela.. Lagipun dah kebosanan tak taw nak buat apa..sementara menanti hari nak gi jalan ni..

Mak : Mak kat Nilai 3, survey barang-barang, shopping sket-sket.. (Bestnyer shopping!! )


Hari ini, giliran untuk menikmati Pandan Chiffon Cake pula..setelah hampir 2 bulan saya tidak ber-baking dek kesibukan peperiksaan final tahun 5. Dah lama tak makan kek yang lembut gebu berperisa pandan, teringat sewaktu zaman sekolah rendah dulu, sepotong kek ini (potongan besar) dijual dengan harga 50sen.. so-amah..samah kate ore klate.


Sehhatein~3la albik

Oh, it's done!! alhamdulillah..

Maka, rezeki untuk beberapa junior yang bakal bertandang ke rumah saya pada malam ini..nak menyambut 'kemerdekaan' katenyer.. Ahlein =D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

fikah luar negara, aplikasinya?

~Allahumma faqqihna fiddin~

1-Sekiranya kita terpaksa bertugas di kawasan luar Malaysia yang majoritinya adalah bukan beragama Islam. Bagaimanakah hendak melakukan solat Jumaat, sedangkan kurang daripada 40 orang beragama Islam yang menetap di situ?

2-Koshe, makanan Yahudi lebih baik penyediaannya berbanding penyediaan makanan bagi orang Islam. Benarkah?

3-Bolehkah dijamakkan solat bagi seorang doktor yang sangat sibuk dengan tugasan yang berterusan, contohnya 5 jam bertugas di bilik pembedahan secara berterusan?

4-Ketahui lebih lanjut mengenai fikah jamak dan qasar solat, dan lain-lain lagi..

Buku FIKAH LUAR NEGARA, oleh Maszlee Malik dan Hamidah Mat.


Isi-isi kandungannya:

1-Kepercayaan babi yang menyulitkan kehidupan Muslim

2-Fikah semasa bermusafir 1: menyapu khuf

3-Fikah semasa bermusafir 2 : menyapu stoking dan kasut

4-Rukhsah jamak solat yang dipinggirkan
5-Fikah Qasar Solat 1

6-Fikah Qasar Solat 2

7-Khutbah yang efektif

8-Imam wanita bagi solat Jumaat

9-Bilangan sah solat Jumaat

10-Pakaian lelaki Islam

11-Pakaian wanita Islam

12-Hukum bertindik dan bertatu

13-Kewajipan menyampaikan Islam

14-Saya pilih Koshe

15-Mencari Hari Kekasih

16-Mereka yang rugi dan untung pada Tahun Baru


Kadang-kadang, banyak perkara yang TELAH kita ketahui, namun perlu kepada 'refreshment'..
Kadang-kadang, dengan membaca, banyak perkara yang BARU kita ketahui..
Kadang-kadang, dengan membaca, Allah bukakan hati kita dengan hikmah ilmu-Nya yang Maha Luas..


Jom isi masa kita dengan membaca..semoga bertambah ilmu untuk aplikasi di dunia bagi laluan ke akhirat, insya Allah (^_^)


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.." (Al-A'laq : 1)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

kot putih, bukan selimut putih

dapatkan segera yang original!!

Aktiviti selepas imtihan.. celebrate dengan makan-makan special, pillow talk bersama kawan-kawan yang nak grad, tengok acara malam perasmian & perlawanan-perlawanan bola (demam World Cup katenyer..yeah!! Dengar-dengarnya, Portugal bakal Juara, namun, Spain tidak kurang hebatnya..oh, kita saksikan di akhir nanti)


Dan kebiasaannya, 2 hari selepas imtihan..buku, notes atau bahan-bahan bacaan ditolak ke tepi… Namun, keadaan berlainan pada hari itu..suasana sepi, semua khusyuk membaca.. (adakah menyahut 'Kempen Membaca' oleh pihak kerajaan?? hehee)


Kot Putih.. sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah yang dilalui para pelajar Perubatan & Pergigian JUST. 5 hingga 6 tahun mereka melalui liku-liku hidup demi mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan hidup ini cuba diabadikan dalam 58 tulisan yang dikarang oleh mereka sendiri.


"Satu buku yang menarik, mempunyai 1001 erti ketika menelusuri pembacaannya, menyingkap 1001 perkara dalam kehidupan pelajar perubatan dan pergigian di Jordan. Rencah pengalaman dan ilmu bersulam erat mencipta 1001 erti yang menghidupkan" –Hilal Asyraf, Langit Ilahi


Junior : Akak special dapat awal & dapat percuma sebuah buku, pelancaran buku ni 17hb.

Me : Ok, ye ke? hehe..ni yang best ni.


Sebenarnya, saya mendapatkan buku tersebut sejurus selepas selesai imtihan (MERDEKA!!). Pada malam itu, kawan-kawan sebatch ada yang berangkat pulang bercuti di Malaysia. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengirim oleh-oleh, buah-buahan untuk family yang sentiasa dekat di hati. Tak semena-mena, bertambah kiriman buat family.


"Thanks dear for all these. Dah dapat kiriman daripada Maryam (Piya). Mak tengok buku ni, ok.. tapi, sayangla.. kenapa tak diwarnakan semua page bergambar? Tak clear..tapi, mak perasan jek muka Ain" kata mak.


"Uh? Mak Nampak ke? Hehe.. Ain pun tak taw deorang letak gambar-gambar tu. Alaa mak, tu percubaan pertama. Kira orait la kan. Lagipun kos percetakan kat sini mahal" balasku.


"Ada jek cetak hitam putih yang cantik gambarnya. Ni tak clear sangat" kata seorang teman.


Apapun, tahniah kepada adik-adik krew Kot Putih! You have done a very good job guys!!


Pelbagai kisah asam garam, pahit manis menimba ilmu di bumi Irbid. Sedar tak sedar, insya Allah hanya setahun tempoh berbaki untuk saya dan kawan-kawan sebatch Medic di bumi Anbiya' ini. (oh, ini belum ditolak pulang ke Malaysia 10 minggu untuk attachment hujung tahun nanti, maka, kurang dari setahun).


Semoga tempoh berbaki ini diisi sebaiknya untuk mengoptimumkan potensi diri, mempersiapkan diri untuk kembali ke Malaysia berbakti kepada ummah, meningkatkan keupayaan diri untuk beralih ke 'level' seterusnya, insya Allah.

Salam rejab!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS