RSS
Post Icon

last day dawam 5th yr

Jumpa lagi untuk dawam tahun 6, insya Allah

Pejam celik pejam celik, 11 rotation dawam tahun 5 sudah dilalui. Hari ini merupakan dawam terakhir saya, Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Badi3ah, Irbid.

Alhamdulillah, saya berjaya mengekalkan kehadiran penuh sepanjang tahun 5 ini. *yeay, clap for myself (^_^)


Pagi yang cerah, bersemangat melangkah ke hospital dan disambut dengan pelbagai coklat pemberian Heba Nour, teslamu ya habibbty! Kawan yang saya kenali sejak tahun 1 di kelas Biology, dan kami bersama setiap hari, pagi hingga petang, sepanjang 8 bulan di tahun 5 ini. Banyak kisah yang kami kongsi, suka duka, mahupun rahsia, huhu.. (opss, rahsia tetap rahsia :P)


"Ain, jom amik kes, hari ni last day 5th yr" ajak seseorang.

Kami menganalisa kes-kes yang terdapat di wad, tercari-cari kes menarik yang mungkin tidak pernah diambil lagi. Namun, kesemuanya pernah kami ambil.


Diabetes mellitus, placenta previa, molar pregnancy, epigastric pain, PET, D&C, abortion, CS, UTI dll..


Masih diingati, kami pernah mengambil kes daripada jururawat dan juga dukturah markasihi yang menjadi pesakit di hospital ini. Mudah sekali! Mereka tahu apa yang perlu kami ketahui.


Me: Keif tobi3tul maghos?(nature of pain)

Pesakit: Zay labour pain.

Me: Shu hasol bil ultrasound?

Pesakit: Placenta previa wa polyhydraminous.

(istilah perubatan menjadi perbualan biasa semasa mengambil kes daripada mereka, inilah pengalaman mengambil kes daripada kakitangan perubatan)


Antara pengalaman yang takkan dilupakan adalah ketika pertama kali saya membuat pemeriksaan terhadap wanita hamil semasa di Hospital Askari. Sungguh, saya kagum dengan ciptaan-Nya. Sebelum-sebelum ini, saya hanya merasai tendangan bayi dalam kandungan wanita hamil. Namun, pada hari itu, buat pertama kali, tangan saya merasa kepala bayi di dalam kandungan, merasai jari-jemarinya, mengukur saiz perut si ibu bagi mengenalpasti posisi dan saiz bayi tersebut. Subhanallah!


"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman.


Hari ini, entah apalah nasib kami, 4 pesakit pertama yang kami ziarahi, kesemuanya sedang enak tidur. Tidak sanggup mengganggu rehat mereka, maka kami berganjak ke bilik pesakit seterusnya. (padahal, kami boleh dan perlu mengejutkan mereka untuk pemeriksaan).


Kes terakhir kami bagi tahun 5 ini~Diabetes Mellitus.

Wanita berumur 33 tahun, G6 P5, 32weeks GA, disahkan menghidap penyakit kencing manis 3 tahun sebelum ini, dan kini dimasukkan ke hospital kerana didapati kencing manis semasa mengandung. Kandungan pertamanya dalam tempoh menghidap kencing manis.


Penyakit ini sangat biasa dialami oleh masyakarat dek factor pemakanan, persekitaran dan keluarga. Namun, ia sangat berbahaya kerana kesannya yang pelbagai dan mengundang padah, khususnya bagi wanita hamil, mampu membawa kesan buruk kepada ibu dan anak dalam kandungan.


Berwaspadalah dalam pemakanan (pesanan untuk diri sendiri), khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis, baik daripada sebelah ibu, bapa, pasangan, mahupun saudara mara. Pemeriksaan awal perlu bagi mengenal pasti tahap gula dalam darah. Insya Allah, kita mampu mencegahnya!


Insya Allah Ahad ini saya dan kawan-kawan bakal menghadapi peperiksaan mini-osce & Isnin pula OSCE (praktikal & oral) bagi subjek Obs & Gyn. Semoga tempoh yang berbaki ini mampu dimanfaatkan sebaiknya, kami mendapat ketenangan dan ilham dalam menjawab soalan & kejayaan buat semua. 9 credit hours ini. Doakan kami, muwaffeq jame3an, enshalla, ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: