RSS
Post Icon

when & where?

last update before my finale~special for my family at Malaysia who'd like to know at what time I'll sit for all the exams..
Ehem2, it's local time at Jordan.. so, should plus 5 hours,ok.. Miss you all! ^_^

"Faiza 3azamta fa tawakkal 3alallah"

Lab G2 L2(Handasah)
23/5~Neurology
10.15am-12.15pm

24/5~Ophthalmology
10.45am-12.45pm
26/5~Orthopedics
10.15am-12.15pm
30/5~Obs&Gyn
10.15am-12.15pm
1/6~Dermatology
8.15am-10am
3/5~Psychiatry
8.15am-10.15am

Lab 10H1 (Tibb Asnan)
6/6~Family Medicine
1.15pm-3.15pm
7/6~Forensic
10.45am-12.45pm
8/6~Ear, Nose Throat
8.15am-10.15am
9/6~Radiology
10.45am-12.45pm
10/6~Anesthesia
1.15pm-3.15pm

My exam's place same with Kak Lyn, Anis & Marwan.. well, our student ID next to each other. All the best!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

go go fighting!!

On the way UP

Bittawfeeq wan najaah kepada semua untuk peperiksaan akhir sem masing-masing, khususnya kawan-kawan sebatch~final tahun 5, insya Allah.
Melihatkan jadual yang berderet-deret 11 subjek, terselit perasaan bimbang, mampukah aku? 11 subjek ni sebelum masuk tahun 6.

Semoga kita diberi kekuatan & semangat untuk belajar dan menduduki peperiksaan dengan jayanya, ameen. Mudah-mudahan kejayaan milik kita, insya Allah.
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur.


"Buat yang terbaik untuk masa depan Ain, insya Allah mak, abah & adik-adik sentiasa doakan Ain" kata mak.

When you want it the most
That's no easy way out
When you're ready to go
And your heart left in doubt
Don't give up on your faith
SUCCESS comes to those who believe it
And that's the way it is





p/s: Insya Allah malam ni akan diadakan solat hajat untuk warga PERMAI, disusuli dengan jaulah AMT MPPM. Jumaat lalu, jaulah AMT di Mu'tah. Terima kasih tuan rumah. Maafkan atas kekurangan penyampaian dan kunjungan kami.

16 Mei yang lalu~Selamat Hari Guru buat semua guru, termasuk mak & abah yang menjadi guru kami sejak kami lahir. Semoga usaha kalian diberkati-Nya dunia akhirat. (tak sempat nak tulis entry sebab sedang exam ketika itu)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

last day dawam 5th yr

Jumpa lagi untuk dawam tahun 6, insya Allah

Pejam celik pejam celik, 11 rotation dawam tahun 5 sudah dilalui. Hari ini merupakan dawam terakhir saya, Perbidanan & Sakit Puan di Hospital Badi3ah, Irbid.

Alhamdulillah, saya berjaya mengekalkan kehadiran penuh sepanjang tahun 5 ini. *yeay, clap for myself (^_^)


Pagi yang cerah, bersemangat melangkah ke hospital dan disambut dengan pelbagai coklat pemberian Heba Nour, teslamu ya habibbty! Kawan yang saya kenali sejak tahun 1 di kelas Biology, dan kami bersama setiap hari, pagi hingga petang, sepanjang 8 bulan di tahun 5 ini. Banyak kisah yang kami kongsi, suka duka, mahupun rahsia, huhu.. (opss, rahsia tetap rahsia :P)


"Ain, jom amik kes, hari ni last day 5th yr" ajak seseorang.

Kami menganalisa kes-kes yang terdapat di wad, tercari-cari kes menarik yang mungkin tidak pernah diambil lagi. Namun, kesemuanya pernah kami ambil.


Diabetes mellitus, placenta previa, molar pregnancy, epigastric pain, PET, D&C, abortion, CS, UTI dll..


Masih diingati, kami pernah mengambil kes daripada jururawat dan juga dukturah markasihi yang menjadi pesakit di hospital ini. Mudah sekali! Mereka tahu apa yang perlu kami ketahui.


Me: Keif tobi3tul maghos?(nature of pain)

Pesakit: Zay labour pain.

Me: Shu hasol bil ultrasound?

Pesakit: Placenta previa wa polyhydraminous.

(istilah perubatan menjadi perbualan biasa semasa mengambil kes daripada mereka, inilah pengalaman mengambil kes daripada kakitangan perubatan)


Antara pengalaman yang takkan dilupakan adalah ketika pertama kali saya membuat pemeriksaan terhadap wanita hamil semasa di Hospital Askari. Sungguh, saya kagum dengan ciptaan-Nya. Sebelum-sebelum ini, saya hanya merasai tendangan bayi dalam kandungan wanita hamil. Namun, pada hari itu, buat pertama kali, tangan saya merasa kepala bayi di dalam kandungan, merasai jari-jemarinya, mengukur saiz perut si ibu bagi mengenalpasti posisi dan saiz bayi tersebut. Subhanallah!


"Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman.


Hari ini, entah apalah nasib kami, 4 pesakit pertama yang kami ziarahi, kesemuanya sedang enak tidur. Tidak sanggup mengganggu rehat mereka, maka kami berganjak ke bilik pesakit seterusnya. (padahal, kami boleh dan perlu mengejutkan mereka untuk pemeriksaan).


Kes terakhir kami bagi tahun 5 ini~Diabetes Mellitus.

Wanita berumur 33 tahun, G6 P5, 32weeks GA, disahkan menghidap penyakit kencing manis 3 tahun sebelum ini, dan kini dimasukkan ke hospital kerana didapati kencing manis semasa mengandung. Kandungan pertamanya dalam tempoh menghidap kencing manis.


Penyakit ini sangat biasa dialami oleh masyakarat dek factor pemakanan, persekitaran dan keluarga. Namun, ia sangat berbahaya kerana kesannya yang pelbagai dan mengundang padah, khususnya bagi wanita hamil, mampu membawa kesan buruk kepada ibu dan anak dalam kandungan.


Berwaspadalah dalam pemakanan (pesanan untuk diri sendiri), khususnya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis, baik daripada sebelah ibu, bapa, pasangan, mahupun saudara mara. Pemeriksaan awal perlu bagi mengenal pasti tahap gula dalam darah. Insya Allah, kita mampu mencegahnya!


Insya Allah Ahad ini saya dan kawan-kawan bakal menghadapi peperiksaan mini-osce & Isnin pula OSCE (praktikal & oral) bagi subjek Obs & Gyn. Semoga tempoh yang berbaki ini mampu dimanfaatkan sebaiknya, kami mendapat ketenangan dan ilham dalam menjawab soalan & kejayaan buat semua. 9 credit hours ini. Doakan kami, muwaffeq jame3an, enshalla, ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

sanah helwah safwan!

Sanah helwah Muhammad Safwan Hafiz!

Da besar adik along.. (fizikal pon makin 'sihat'..isk isk, lagi berat daripada along!)

Me: Banyak menabung tak? Kalau tak cukup duit, tak boleh la nak datang sini tahun depan. Duit flight sendiri-sendiri yer, sampai sini, baru along bley support.
Hafiz: Dalam tabung ada je. Kat bank pon ada juga.
Me: Tapi, ada lagi 1 syarat... Hafiz kena slim dulu la.. kalau tak, tak muat flight, kang jadi cam bluehyppo.. hehee
Hafiz: Buat umrah boleh je, takkan flight ke Jordan tak muat.
Me: Penumpang-penumpang flight ke Jordan kena orang slim-slim jek. haha

Insya Allah Hafiz bakal menduduki peperiksaan UPSR hujung tahun ni.
Buat yang terbaik yer, dik! Persiapkan diri dengan kefahaman & latih tubi terbaik. No PSP anymore for this time being.

"Along, pakai tudung, ada kawan abah datang"
"Biar Hafiz temankan along la, bahaya along keluar malam-malam sorang-sorang (padahal hanya nak ke pasar malam je)"
"Along jangan risau, Hafiz jaga along" katanya semasa kami berjalan berdua di Mekah untuk menunaikan umrah. Ketika itu, baru melepasi 'gangguan' lelaki-lelaki arab.

Saat kelahiran hafiz, kami sangat gembira!!
Semoga adik along kekal menjadi anak soleh dan hamba yang taat, berjaya dunia akhirat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

hari untuk mak

Happy Mother's Day


Selamat Hari Ibu.. eh, silap.. mak kata jangan panggil ibu..kurang 'zouk' katanya!


Selamat Hari Mak!! Happy Mother's Day. Walaupun setiap hari adalah hari mak. Semoga hari-hari dilalui dengan penuh keberkatan, kesihatan & keceriaan yang berpanjangan, insya Allah. Isteri solehah, mak mithali.


Sewaktu pulang bercuti raya Aidilfitri, kami menyingkap khazanah-khazanah lama kad-kad simpanan mak. Owh, kad yang saya hadiahkan sewaktu darjah 6 masih elok disimpan oleh mak.

Ketika itu, Syahmi si kecil datang ke arah kami, "Mak, along, pergilah tengok luar kat tempat surat, Syahmi rasa ada suratla"

Saya hanya menuruti si kecil, jika tidak, dia tetap akan memujuk berkali-kali.

Melihat ke arah peti surat, saya tersenyum sendiri. 'Mana ada postman hantar surat malam-malam lepas tarawikh, ini mesti kerja si kenit ni', detik saya dalam hati.

Rupa-rupanya, kad raya untuk kami hasil tangan Syahmi. Walaupun tidaklah secantik di kedai, tetapi sangat menyentuh hati, really precious!


Tatkala saya menyerahkan kad itu kepada mak, berlinangan air mata mak dek terharu dengan hasil tangan Syahmi.

"Ni gambar keluarga kita. Perempuan yang paling tinggi ni along, lepas tu baru mak. Syahmi tak lukis mak pakai kasut tumit tinggi sebab Syahmi nak yang real je. Cantik tak lukisan Syahmi?" gomelan si kenit.

Cantik, sayang!! tapi, yang asli lagi cantik sebab Allah yang cipta. Kami memeluk Syahmi. Terima kasih adik!!


Itu memori hampir hampir 8 bulan lalu. Masih segar di ingatan saya.

Memori tatkala saya hadiahkan buat mak semasa darjah 6 dulu, saya kurang pasti. Namun, mak tetap mengingati setiap detik berharga itu dan sangat menghargainya.


Teringat sewaktu kecil (belum bersekolah lagi), mak sangat tegas mengajar mengaji Al-Quran. "Kalau tak tahu sembahyang, tak tahu mengaji, nak jadi apa? Nanti Allah tak sayang! Nak masuk syurga tak?"


Alhamdulillah, berkat doa mak abah, ketekunan didikan mereka, kami semua pandai solat dan mengaji sebelum usia persekolahan dan dimantapkan di sekolah. Semoga didikan ini kekal dipraktikkan seumur hidup dan diteruskan untuk generasi seterusnya, insya Allah.


"Selagi tak habis hafal sampai sifir 12, tak boleh keluar rumah main petang-petang!" ugut mak.


Aduh, bab keluar bermain pada waktu petang bersama kawan-kawan adalah perkara rutin di alam kanak-kanak. Tapi, dihalang dek tak habis hafal sifir. Masih diingati, ketika itu, saya darjah 2. Nak tak nak, saya 'terpaksa' menuruti perintah dalam esakan. Namun, dek ketegasan itulah, saya mendapat markah tertinggi subjek Matematik, mengalahkan kawan-kawan berbangsa Cina yang hebat mengira ketika di sekolah rendah. Alhamdulillah.


Jika dhihitung, tak termampu dek akal untuk mengimbau kesemuanya. Terlalu banyak jasa mak pada kami. Semoga Allah sebaik-baik dan selayaknya memberikan ganjaran terhebat buat mak di dunia dan akhirat.


Terima kasih mak!! Kami sayang sangat-sangat pada mak!
Maafkan kami seandainya kami tak dapat menjadi anak-anak kebanggaan mak. Maafkan kami menyusahkan mak sejak sebelum kami lahir ke dunia.

Doa kami yang sentiasa mengiringi mak & doa restu mak yang sentiasa dipohon untuk diri kami.


Alhamdulillah, minggu baru..harapnya, berjalan dengan sangat baik, setelah seminggu yang sangat padat: ~kesihatan diri yang kurang baik,

~housemate ditahan di wad 5 hari dek lymphadenitis, Salamtik! (merasalah saya 'on-call' menemaninya bermalam di hospital),

~hujung minggu bersama SEARCH'10 (Alhamdulillah berjalan lancar, semoga semua mendapat manfaat).


Namun begitu, masih ada hak-hak yang tidak dapat ditunaikan dek kesempitan masa & priority semasa yang perlu diutamakan dalam minggu lalu. Pyane.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

search'10

klik di sini untuk lanjutan

Tiba-tiba dilamar, nak terima ke tak nak??
Ilmu tiada~boleh dicari..
Kebolehan tiada~boleh dipelajari..
Pengalaman tiada~boleh dicipta..
Tapi, insya Allah saya yakin dengan doa & restu ibu bapa.

Allahumma yassir wa la tu3assir Ya Kareem.

Antara soalan yang ditanya~siapakah tokoh yang dikagumi??
Jawapan saya: Umar Abdul Aziz (sejak dulu lagi)..
Mengapa?? hee..rahsia.. to be continued.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS