RSS
Post Icon

c.i.n.t.a

on-call mode: Fail-fail yang wajib diisi dengan sempurna

Weekend mode kali ini~oncall moments. So hectic, new admissions every half an hour! ER (emergency/towari') dah ada gaya seperti 'pasar malam'. Konklusi, pada malam ini saja ada lebih 10 kes sehingga jam 10 malam. Namun, kami berempat yang 'bertuah' oncall pada hari Sabtu perlu cover kesemua kes hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Maka, bertambah la koleksi kes kami.

Bayi-bayi menangis..ibu bapa kelam kabut.. baru nak lihat lab tests, "Dukturah, hassa biji kaman kes jadid" (dukturah, ada lagi on the way new admission), kata doktor mukim.
"Fi kaman? Yallah, bi sur'ah sa3ah 3asyrah" (ada lagi? Ya Allah, cepatla pukul 10 mlm) jawab saya.

Kes yang bertali arus malam ini adalah disebabkan 'aura Jonah' Doc Basmah yang bertugas di ER. Kami turut terkena tempias! huhu. Mudah-mudahan, Morning Report pagi esok doktor tak banyak songeh..kami dah letih, ok. Semoga para pesakit ini cepat sembuh, ameen. full stop.

Saya kurang tahu mengenai Tunisia..namun, agak terkejut dengan berita baru-baru ini.. Syabas, saya kagum dengan keberanian mereka!! Sila baca di sini AlJazeera, BeritaHarian, HarakahDaily.

Dulu-dulu, selalu terdengar statement 'muhasabah sebelum tidur'.
Kini, agak kurang praktikalnya tika sebelum tidur.
Dulu-dulu, saya senang 'terlelap' tika dalam kenderaan (pastinya saat saya bukan driver).
Kini, itulah masa yang sesuai untuk berfikir, bermuhasabah..
Mengenang sejenak mengenai tindakan pada hari itu, 'pencapaian' pada hari itu, apa 'bukti' peningkatan hubungan dengan Allah, berfikir mengenai perkara-perkara yang mesti saya fikir selain hal pelajaran..

Dulu-dulu ketika di MMP, dalam 1 malam mampu menghafal 10 hadis (bi iznillah), siap dengan matan dan syarahnya lagi..
Kini, nak mengkhatamkan normal range segala lab test amat sukar!
Kadang-kadang, saya cemburu dengan zaman kanak-kanak yang penuh dengan 'kesucian'..
Ya Allah, bantulah saya untuk menjadi hamba yang lebih baik di sisi-Mu, insya Allah.


Aku Ingin Mencintai-Mu by Edcoustic

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
entah mungkin kerana kuterlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakan-Mu
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapan-Mu

Aku ingin mencintai-Mu setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-Mu selamanya
sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu dengan-Mu Ya Rabbi




p/s: Tahniah buat Ummu & Yati~graduan Univ Yarmuk. Semoga kami menyusul bulan Jun ini, insya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

yanzleha said...

zaman-zaman suci. sya rindu zaman itu. zaman tak perlu fikir banyak perkara sangat. masuk kelas belajar, faham & ingat apa ustaz/ustazah cakap. dan juga zaman mudah menghafal.

all the best akk untuk baki-baki tahun 6 ini. semoga akk grade dgn cemerlang.

ainshams said...

yanz: yeps!! zmn kudus lg suci murni. tgk budak2 kt wad, syok jek..teringat zmn kecik2 dlu. tp, deorg lg kesian..kecik2 da sakit kronik T__T

thanks. doakan kitorg grad dgn cemerlang, yer :)

MaUt said...

salam ain!!!
lama dah tak borak ngan ko.
INsyaAllah dipermudah urusan di tahun akhir..
Grad dgn gilang gemilang..^_^
Jaga diri baik2 n jaga kesihatan lagi2 exam2 besar dah tak lama lagi..
All da best !

ainshams said...

farah: waaa...ade rezeki nnt bley la jmp dlm ms terdekat. klu ko sudi la kan, hehe, almaklumlaa.... =P
ameen. thanks. insya Allah, doakan kitorg yer. ehem, ko pon jaga kesihatan yer, kang xlarat nk jalan2..hehe. ahlen (^_^)