Disebabkan ramai yang request resepi Japanese Cotton Cheese Cake (gambar di entri sebelum ini) dan saya tak larat nak me-reply kesemua sms/inbox mereka, maka di sini saya sertakan, huhu~
Bahan A (double-boil atas api):
240 g cream cheese
50 g butter
100 ml susu segar (skimmed milk pun ok bagi sesiapa yang sedang ber-diet, but not me la..haha)
Bahan B (dicampurkan kesemuanya):
6 biji kuning telur (boleh menggunakan telur omega 3 bagi sesiapa yang on-diet)
20 g tepung jagung
60 g self rising flour
sedikit esen vanila (saya memang suka letak sedikit esen vanila bagi kesemua ramuan yang ada telur bagi menghilangkan bau & rasa hanyir)
1 sudu besar perahan buah lemon
Campurkan bahan A (yang telah disejukkan) bersama bahan B dan diasingkan.
Bahan C:
Pukul 6 biji putih telur sehingga kembang (sehingga jika diterbalikkan bekas, pukulan putih telur itu tidak akan jatuh), kemudian masukkan ;
140 g gula (boleh dikurangkan bagi penghidap kencing manis)
3 sudu kecil perahan buah lemon (boleh jek nak guna 3 sudu besar, hehe)
Campurkan bahan C bersama bahan A&B dan kacau menggunakan senduk.
Masukkan dalam loyang dan sedia untuk dibakar di dalam oven menggunakan teknik double-bath atau double-boil pada suhu 160 darjah selama 40-60 minit mengikut jenis oven. (Pastikan oven dipanaskan seketika terlebih dahulu)
Kek yang sungguh gebu, lembut dan enak dimakan, tidak muak sama sekali malahan mudah dikunyah khususnya bagi warga tua yang tiada gigi. Seakan-akan makan ais krim pun ada. Dah makan separuh loyang pun tak terasa.. hehe. Ini sudah kali ke-3 saya membuatnya dalam masa 2 minggu (tengah 'angau' kek sekarang ni). huhu.
Selamat mencuba! (^_^)
Bagi penggemar coklat/ais krim/kek seperti saya, terdapat sebuah kedai kek iaitu Rawan Cake, terletak di Khaldah (berdekatan Mecca Mall, Amman). Cubalah rasa chocolate ice cream cake dengan harga JD 13 bagi sebuah kek. Waaa..1st time jumpa kedai kek yang saya sangat berpuas hati di Jordan! Yummy.. dalam masa 2 hari, kek itu telah selamat dimakan. (hanya 1/4 sahaja untuk housemate, haha)
Sehhatein~
japanese cotton cheese cake
Read User's Comments(2)
protes di sana sini
Update berita utama di sekitar saya;
Protest in Sudan~NewsDaily & SudanTribune
Protest In Egypt~AlJazeera & Reuters
Protest in Jordan~AlJazeera & Latimes
Jika pertengahan bulan lalu, hangat mengenai Tunisia. Kini, kebangkitan Timur Tengah semakin marak. Mungkinkah 'intifada Timur Tengah' sedang bermula? Banyak faktor boleh diselongkar, banyak aspek boleh difikirkan, banyak langkah boleh diambil. Namun, kebangkitan yang bersahut-sahutan ini pasti menggetarkan musuh Allah, Yahudi laknatullah.
Semoga sahabat-sahabat di Mesir selamat semuanya. Dengar khabar, rangkaian telefon ke Mesir sudah terputus! Semoga kami di Jordan juga sihat dan selamat untuk meneruskan permukiman ilmu di bumi Anbiya' ini, insya Allah. Takbir!
Alhamdulillah, malam hari jadi saya raikan bersama my housemate. Inilah hasil kami..our last birthday celebration together in Bayt Smiley. Kek yang sangat lembut dan tidak muak sama sekali. Bayi berumur 6 bulan dan orang tua yang tiada gigi tentu seronok menikmatinya! Apatah lagi saya yang memang gemar akan kek. Dalam sekelip mata sudah tinggal separuh daripada loyang kek. huhu.
Malam tadi kami raikan bersama kawan-kawan rapat, ahli-ahli BTN. Terima kasih atas jamuan, ucapan, sambutan dan hadiah-hadiah daripada kalian. Memori terakhir sambutan hari lahir di sini insya Allah. Semoga Allah memelihara perhubungan kita. Love you guys!! (^_~)
sanah helwah
Kanak-kanak berumur 11 bulan yang sedang cuba bertatih untuk berjalan. Jalan, jatuh.. berulang kali, namun tetap tidak berputus asa, malah semakin bersemangat. Mulut tidak berhenti berceloteh untuk bercakap walau kadangkala sukar difahami. Kanak-kanak yang selalunya aktif bermain, sehinggakan terpaksa disuruh tidur, barulah terlelap. Kini, terlantar tak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sadis sekali..
Pesakit yang saya clerk sejak si comel menjejaki PICU (Pediatric ICU) pada petang Isnin lalu. Alhamdulillah, kini tampak semakin baik. Namun, punca kepada 'hyponatremia' masih dikaji. Segala investigations dilakukan, malahan berulang-kali.
"Maryam, cepat sihat yer. Esok last day akak di PICU, Maryam kena sihat tau. Esok kita main-main yer." bisik saya semalam sambil mengusap-usap si cilik.
Sangat gembira melihat progression si comel. Round bersama Dr Faisal Ekteish memang sangat bermanfaat. Saya perlu tahu kesemua mengenai pesakit-pesakit yang saya kendalikan sejak hari pertama sehinggalah mereka keluar, antaranya Maryam si comel. (latihan sebagai HO kelak)
Soalan-soalan Dr Faisal yang bertalu-talu sering membuatkan saya terasa 'aku-tak-tahu dan aku-perlu-tahu', assignments yang sentiasa bertambah setiap hari semakin membuatkan saya bersemangat untuk lebih mengetahui keadaan pesakit. Mungkin kerana nadanya yang baik, tidak menengking membuatkan saya selesa, sentiasa rasa ingin meningkatkan tahap diri.
"Allah suka orang yang membuat kerja dengan sempurna" kata Dr Faisal.
"Sesungguhnya amalan bermula daripada NIAT" kata Dr Samah.
Jika kita memang berniat untuk membantu memulihkan pesakit, kita akan berusaha dan membuat kerja dengan baik. Ambil segala maklumat dan periksa pesakit dengan sempurna. Fikir, kaji masalah mereka. Jika kita niat hanya untuk 'evaluation', itu bukan seorang doktor Muslim yang ikhlas. ~tazkirah online..zuoq~
26 Januari~happy birthday my housemate, Ku Siti Farhana (^_^)
Tepat 6 malam Jordan (12 tengah malam Malaysia 27 Januari 2011), saya mendapat panggilan daripada mak. Thank u mak, abah and my family for your thought and doa.
Also thanks to *y **an*** & all my friends.
Alhamdulillah, tahun baru..usia baru..semangat baru hendaknya. Semoga segala perancangan pada tahun dan usia ini berjalan dengan lancar, insya Allah.
"Akak, dah sedia ke nak bekerja di Malaysia?"
"Akak, sekarang akhir Januari. Ada lagi 3 bulan je akak di hospital..bulan 5 dah final"
OMG!! Soalan-soalan adik-adik junior memang cepu-cemas! huhu.
Semoga kami bersemangat belajar dan dapat grad dengan cemerlang pada Jun ini, insya Allah. Ameen.
Happy Birthday to me~25 already uh? Well, its just a number rite =P
Thank u for all the wishes, lenguh nak membalas segala ucapan di handset, ym, dan facebook. huhu.

Subscribe to:
Posts (Atom)