"Dalam banyak-banyak surah, surah apa yang paling disukai atau paling selalu dibaca untuk menenangkan hati, sewaktu sedih dsb?" tanya saya kepada mereka.
F irman Allah dalam surah Qaf ayat 16, "Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya berbanding urat lehenya". Aakah benar Tuhan subur dalam setiap hembusan nafas kita, adakah Tuhan hadir dalam setiap denyutan nadi kita, adakah Tuhan benar-benar hidup dalam mata hati kita? Yakinkah? Buktikan! Iman adalah percaya dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan beramal dengan anggota. Kita tahu kita beriman. Kebenaran itu memang nyata, keyakinan terhadapnya juga sudah dipupuk sejak kecil. Namun kadangkala tindak tanduk kita seolah-oleh 'menggambarkan' keyakinan itu tidak seiring dengan keimanan terhadap kebenaran. Al-Quran sarat dengan ayat motivasi. Tentu kita suka membaca ayat 13 surah As-Saff "Dan ada lagi kurnia yang kamu sukai iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin" Yea, pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat itu yang kita inginkan. It's a miracle. Rahmat Allah. Namun, tetap bersyarat! Apakah syaratnya?? Usah sekali-kali dilupa ayat sebelumnya, iaitu ayat 10-12 dan ayat selepasnya, iaitu ayat 14. Ayat 10~Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Ayat 11~Kamu beriman kepada Allah, berjihad di jalan-Nya dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui. Ayat 12~Nescaya diampunkan dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat tinggal yang baik dalam syurga A'dn. Itulah kemenangan yang agung. Ayat 14~Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan agama Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan bani Isrel beriman, manakala segolongan lagi kafir; dan Kami berikan kekuatan kepada orang-orang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang". ~Bittawfeeq wan najaah buat semua~
Sewaktu fatrah imtihan, masing-masing akan 'masuk gua' sendiri. Namun, usah sekali-kali kita mengabaikan tanggungjawab yang sedia ada; hak kepada Allah, hak kepada ibu bapa, hak kepada manusia, hak kepada diri sendiri.
Hak kepada manusia
Macam-macam respons~surah Al-Fatihah, petikan As-Syuara', ayat 1000 dinar, ayat Kursi dsb..
Jawapan spontan daripada semua~TAAAAAK!!
Namun, sedar atau tak, kadangkala (baca: seringkali) kita 'mencari' Tuhan hanya sewaktu 'down' sahaja. Ia refleksi kepada sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya dan REALITI kepada sedalam mana 'tempat-Nya' di hati kita.
Hak kepada Allah
Ada yang melewat-lewatkan solat untuk menghabiskan tajuk-tajuk yang perlu dibaca.
Ada yang paling awal ke masjid, untuk mendapat 'keberkatan exam'
Ada yang tak tidur malam dek study bagai nak rak.
Ada yang sanggup bangun sebelum Subuh untuk qiamullail walaupun Subuh pukul 4pagi.
Ada yang mengurangkan bacaan Al-Quran kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada study
Ada yang terlalu rajin membaca Al-Quran sehingga 4juz setiap hari (hari biasa sekadar 4muka surat)
Hak kepada ibu bapa
Reda Allah pada reda ibu bapa
Minta ampun, doa dan restu daripada mereka selain bertanya khabar dan cerita
Jarak bukan penghalang, air dicincang takkan putus, ikatan langit-bumi yang kekal walaupun terpisah jasad oleh alam lain
Usah dilupa tanggungjawab sebagai rakan serumah, giliran memasak, solat berjemaah
Usah dilupa untuk mengambil cakna hal-hal rakan se-batch yang ditimpa musibah
Oh, berita dunia (baca: urusan umat) usah dikata, mungkin 'terpaksa' diketepikan buat sementara waktu
Hak kepada diri sendiri
Diri kita juga memerlukan rehat, rehat untuk terapi rohani (solat), terapi jasmani (makanan seimbang, berkhasiat & tidur)
Yea, mungkin kuantiti waktu sosial dan tidur dikurangkan..namun, kualitinya tetap perlu dijaga.
Suka saya berdiskusi mengenai entri Ustaz Hasrizal ini
Memang perlu diketuk minda muda dan 'veteran' masyarakat Malaysia.
Alhamdulillah, 3paper MCQ sudah belalu. 100 soalan. Berpinar-pinar mata membaca 'hikayat' soalan yang panjang-panjang. 1 more MCQ (Batini) & 4 oral exams to go insya Allah. May Allah ease. Please pray for me, Jazakumullah :)
hak, exam dan kemenangan
TUHAN hanya ada sewaktu susah sahaja??
Read User's Comments(5)
anyonghaseyo
Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah habis 2 paper final exam. Sewaktu merangkak ke soalan ke-80 daripada 100 soalan, otak saya sudah terasa tepu. OMG, lapar nya! Maka, saya menjawab exam sambil makan coklat & air mineral. Dr Faheem dan Dr Haifa yang melepasi saya tersenyum saja.
~ja jamyun~mee & red bean sos
Ja jamyun, bibimbap, mixed fried rice, shrimp fried rice, side dishes.. kesemuanya sungguh melazatkan! Alhamdulillah. Pada mulanya, kami bercadang untuk meng-order grilled meat tatkala habis menu pertama. Namun, oleh sebab masing-masing sudah kekenyangan sambil berbahasa korea dengan para pekerja, hasrat ditunda. (penangan menonton drama korea..hehe)
Wanita sungguh istimewa. Obs & Gyne (perbidanan & sakit puan) adalah subjek major dalam bidang perubatan. Surah An-Nisa' juga adalah surah wanita. Masya Allah. Tatkala study group & self study, saya merasakan subjek O&G sangat banyak & meluas. It's all about us. Women are complicated yet so unique.
"Ambil bidang O&G je" kata mak sejak dulu lagi. Pada saya, bidang ini memerlukan bukan saja ilmu & pengalaman, malah jihad & pengorbanan yang tinggi.
Ok, let's start new window. Paediatrics world for my next paper. May Allah ease.
p/s: Tiket pulang ke Malaysia (for good), one way-no return sudah dibeli. 10/7/2011, Qatar Airways. Alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar, dapat grad dengan cemerlang, insya Allah. Ameen.
Sebaik saja selesai exam O&G, seperti biasa, tempat yang akan diterjah adalah kedai makan. Namun, destinasi kali ini agak berbeza. Jom ke Korea! 2011 adalah tahun melawat Korea kan.. hee. Sangat jealous dengan my bestie, Cik Nyonya Wani. Oleh sebab saya tak dapat ke Korea, dapat pergi ke restoran Korea pun jadila.. huhu.
~ja jamyun~mee & red bean sos
Ja jamyun, bibimbap, mixed fried rice, shrimp fried rice, side dishes.. kesemuanya sungguh melazatkan! Alhamdulillah. Pada mulanya, kami bercadang untuk meng-order grilled meat tatkala habis menu pertama. Namun, oleh sebab masing-masing sudah kekenyangan sambil berbahasa korea dengan para pekerja, hasrat ditunda. (penangan menonton drama korea..hehe)
Wanita sungguh istimewa. Obs & Gyne (perbidanan & sakit puan) adalah subjek major dalam bidang perubatan. Surah An-Nisa' juga adalah surah wanita. Masya Allah. Tatkala study group & self study, saya merasakan subjek O&G sangat banyak & meluas. It's all about us. Women are complicated yet so unique.
"Ambil bidang O&G je" kata mak sejak dulu lagi. Pada saya, bidang ini memerlukan bukan saja ilmu & pengalaman, malah jihad & pengorbanan yang tinggi.
~Happy Mother's Day, mak. You are the best! Pendidik yang sabar, pendengar yang setia, guru agama yang tegas, the best supporter, the best chef I ever know. Semoga Allah sentiasa memelihara mak di dunia akhirat, memberi sebaik-baik ganjaran atas segala yang telah mak curahkan~ Always love & miss you (^_^)
Ok, let's start new window. Paediatrics world for my next paper. May Allah ease.
p/s: Tiket pulang ke Malaysia (for good), one way-no return sudah dibeli. 10/7/2011, Qatar Airways. Alhamdulillah. semoga semuanya berjalan lancar, dapat grad dengan cemerlang, insya Allah. Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)