RSS
Post Icon

ada apa pada strawberi?

Love this pic!! Full of great moments

Buah strawberi bukan sahaja cantik, namun kaya dengan khasiat. Pelbagai aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi boleh dihasilkan, contohnya strawberry cheese cake, strawberry chocolate, strawberry cheese tart, strawberry cake, strawberry ice blended etc.


Percutian di Cameron Highland pada cuti Hari Raya Haji yang lalu bersama family tercinta merupakan percutian singkat yang sangat bermakna. Teringat memori ketika kami berada di kawasan 'pick your own strawberries', wink wink.. Indahnya!! Really miss those seconds!

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa khasiat buah strawberi. Al-maklumlah, buah ini mudah dijumpai di Jordan pada ketika ini. Mari nikmati ciptaan Ilahi:-


1-Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.

2-Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.


3-Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah atau sayuran lain. Selain itu, ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.

Oksidan ialah proses penghancuran jaringan tubuh oleh radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan. Maka, ia boleh dikatakan sebagai anti-penuaan, baik untuk kelihatan awet muda (^_~)

4-Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak.


5-Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes atau kencing manis.

6-Sekiranya buah ini dimakan secara berkala dan teratur, ia dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut. (mak saya kata, makin tua makin menawan, hehee)

7-Strawberi juga mengandungi khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

8-Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.

9-Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit. (bab ini, saya tidak pernah cuba)

10-Kandungan mineral potassium dalam strawberi baik untuk mengimbangi tekanan darah.


11-Strawberi yang kaya dengan potassium dan kurang sodium mampu mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan strok.


12-Satu hidangan strawberi (lebih kurang 8 biji strawberi bersaiz sederhana, atau 98mg) hampir menyamai 10% keperluan harian potassium.


13-Selain itu, satu hidangan ini juga sangat kaya dengan serat dan merupakan sumber vitamin C yang baik.


Petua Penyimpanan Buah Strawberi

Berhati-hati ketika menyimpan buah ini kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama dengannya.

Strawberi biasanya dapat bertahan empat hari tetapi seandainya diletak dalam peti ais dan kena dengan caranya, buah ini boleh tahan sehingga sebulan.

Wallahu A'lam.

"Setiap yang Allah jadikan di muka bumi ini mengandungi manfaat untuk manusia. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur (^_^) JOM!!

Semakin hari, semakin bersyukur~Alhamdulillah"



p/s: owh, agak sukar mengalih maklumat ke Bahasa Melayu..huhu~

Actually, I feel home sick again.. T_T

Oh, heading to light off rite now as I've morning round tomorrow and also have to present Ortho seminar in the noon. Nite!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

Miss X said...

Jom k.Ain kite wat kamikaze balek ujung minggu nih. Kalo poket tebal mmg dah wat, nk g pest buku!

Bawok2 bertenang la k.Ain oit oit

MaUt said...

aku suka tgk gambar tu..nak nak nya yang mulut terlopong tu hehe..very the happy moment ^_^ jgn tiba2 ko balik msia plak weh..ko ni bukan boleh kira bab2 balik msia ni hehe

ainshams said...

syi: huhu..klu ader private jet, mmg dah lamer wat keje giler blk Msia even dpt 3hari pon jadila.. eish.. yea, skg masih mampu bertenang..dok sengeh2 ngusha gmbr2 & video2 dgn fmly jek..

farah: haha..byk lg gmbr2 dlm simpanan yg mcm2 aksi..besela, dgn fmly kn..mcm2 ekspresi & gaya dirakamkan.. wat donow jek dgn sekeliling..huhu..
erm, tuhla..sebbek waras lg, memikirkan x de cuti plus, kne simpan duet..hohoo.. (mesti ader org kagum sbb aku sedang berusaha menyimpan duet..huhu..perasan mode)

anayilz said...

salam.

1st time dtg sini.=)

btw.thanks 4 da info.hehe.berguna utk saya.(yg tgh menyiapkan esaimen.hee.)

salam perkenalan.^_^