RSS
Post Icon

ada apa dengan KOHL?

Penjagaan kesihatan mata dengan KOHL~jom contohi Nabi SAW (^_^)

Dalam sunan Ibnu Majah, Ibnu Abbas menceritakan bahawa Rasulullah SAW mempunyai sebotol kohl (celak mata) di mana Baginda menggunakan 3x untuk setiap mata.


Menurut Al-Tarmizi, Ibnu Abbas menceritakan bahawa Baginda Rasulullah SAW memakai celak 3x pada mata kanan, dan diikuti dengan 2x pada mata kiri.


Abu Dawud menyatakan bahawa Rasulullah SAW memakai kohl sebelum Baginda tidur.


Kebaikan celak mata


1-Memelihara kecantikan mata -mata amat berharga :p


2-Menguatkan dan mencerahkan penglihatan mata (sangat bermanfaat buat yang berminat untuk menurunkan 'power' kanta lekap dan cermin mata)


3-Kebaikan kohl meningkat ketika tidur di mana ia merehatkan mata yang letih secara semula jadi


4-Menyekat sebarang pergerakan yang merosakkan anak mata secara semula jadi



Diriwayatkan dalam sunan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu memakai kohl (celak mata) kerana ia mencerahkan penglihatan dan baik untuk pertumbuhan bulu mata (eyelashes)".

Sodaqo Rasulullah SAW.


Eyeliner, salah satu alat kosmetik yang masyhur dunia moden kini tidak tergolong dalam kohl.


Konklusinya, jom rehatkan mata kita dengan memakai kohl sebelum tidur.(sebelum tu, ambil wudu' dulu yer!)

Selain dapat membaikpulih mata yang sedikit rosak (khususnya bagi pemakai kanta lekap dan cermin mata), kita juga dapat menambah pahala kerana mengikut Sunnah Nabi SAW, insya Allah.


Tapi, pastikan mata kita dibersihkan sebaiknya sebelum keluar rumah keesokan harinya bagi mengelakkan perkara dan fitnah yang tidak diingini.

Wallahu A'lam.


Rujukan: Buku Tibb Nabawi


Tambahan KOHL daripada Dr Wiki~klik di sini..


NB: I do have an Orthopedic Exam this Thursday~my last minor rotation mid-term exam. Good Luck!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

Raihana Nazri said...

akak..
kat mane nk beli kohl?

ainshams said...

kt kedai2 tepi jln byk jek..tmbh2 yg jual aksesori mekap..
tp, jgn bli eye-liner..lain tuh!
asrar syarie jamiah ader gak..