RSS
Post Icon

Isu Penggunaan Kalimah Allah


Aku bukanlah jenis yang sentiasa alert atau mengambil tahu tentang isu-isu di Malaysia apatahlagi isu dunia. Suatu hari, ketika sedang dinner, orang rumah aku bertanya.. opss, teman serumah (Ku Siti Farhana)..hehee..

"Ape pandangan akak tentang isu penggunaan nama Allah?"

"Erm, akak tak ikuti berita pasal tu sangat"

"Alaa..ape yang akak rase?"

"Erm, akak rasa, tak pe jek. Sebab dasarnya, Allah Pencipta seluruh alam. Tuhan sekalian alam, Tuhan sekalian makhluk. Even dalam AQ pon Allah ada berfirman, Tuhan sekalian langit bumi adalah Allah. Even nabi-Nabi terdahulu pon berdakwah dengan menyuruh kaumnya menyembah Allah, satu-satunya Tuhan alam ini. Lagi mudah nak sampaikan dakwah sebab semua sepakat bahawa Allah itu Tuhan sekalian alam, Maha Esa".

"Lagi satu, nampaklah orang lain pon mengiktiraf Allah sebab deorang desperate nak guna kalimah ini". Kataku panjang lebar.

"Saya pun rasa macam tu, mule-mule rasa tak boleh la, tapi..lepas teringat pasal Allah Tuhan sekalian makhluk, memang yakin dengan pendapat ni la". kata teman serumahku.

"Tapi, tu secara dasar. Macam kat Negara Arab ni, even non-muslims pon sebut 'ya Allah.. Wallahi..' dsb.. dan deorang iktiraf je kewujudan Allah tu." Balas aku.

"Tapi kan, nak berdakwah or bagi pendapat pon, kene tengok keadaan mad'u. Kene tengok situasi di Malaysia, dalam keadaan banyak orang yang tak faham Islam secara mendalam & terdapat golongan yang seolah-olah memang nak menyesatkan agama Islam, maka, perlu penggunaan nama Allah ni terhad untuk orang islam saja (Islam taww, bukan bermaksud Melayu). Sebab, ditakuti ada golongan yang mengambil kesempatan menyebarkan dakyah-dakyah menyesatkan kepada masyarakat dan golongan yang kurang faham ni terpengaruh, maka, ini menjadi fitnah pulak dalam agama". Jelasku lagi.

Apepun, konklusinya, pada pendapat aku yang sangat cetek ilmu dan pengalaman serta kajian ini, terdapat 5 golongan di Malaysia berhubung isu ini.

1-Golongan yang terlalu taksub dengan semangat Melayu, (Yerla, kesultanan Melayu, persatuan-persatuan Melayu..takkan Melayu hilang di dunia kononnya). Mereka takut jika hak-hak Melayu dicerobohi. Maka, ia menentang habis-habisan isu penggunaan nama Allah bagi non-muslim, malangnya golongan ini bertindak bukan atas dasar ilmu, namun atas dasar sifat perkauman yang menebal. M-E-L-A-Y-U.

2-Golongan yang kurang faham dan hanya mengikut rentak semasa dan emosi tanpa hujah ilmu. Golongan ini perlu disedarkan dan perlu didakwah tentang islam yang sebenar, supaya tindakan nya bukan atas dasar taqlid, ikut-ikutan semata-mata.

3-Golongan yang memang berniat untuk menjatuhkan Islam, iaitu bertekad menggunakan kalimah Allah dalam ajaran mereka bertujuan untuk memecahbelahkan atau meruntuhkan kepercayaan Islam di kalangan masyarakat.

4-Golongan yang betul-betul ikhlas menegakkan kalimah Allah, bukan sebab agama Melayu, bukan sebab keamanan negara, namun, kerana yakin kehebatan Allah Maha Esa. Golongan ini bernekad memperkenalkan siapakah Allah yang sebenarnya, apakah agama yang Allah iktiraf di dunia akhirat, apakah ajaran-ajaran Allah untuk disampaikan kepada semua umat manusia di segenap penjuru.

5-Golongan yang mengambil sikap berkecuali, tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling. I-N-D-I-V-I-D-U-A-L-I-S-M-E. Golongan ini lebih mengejar ketagihan keindahan dunia, kurang sensitiviti agama dan masalah ummah. Golongan ini perlu disedarkan tentang matlamat penciptaan dirinya di dunia..disekat dari terus dibuai nafsu.

Walaupun keadaan agak kurang aman di Malaysia sekarang ni (eh, sejak dulu lagi kan..), dengan masyarakat yang makin lalai dalam hedonism dan segala jenis –isme yang lain, namun, tatkala isu ini menggoncang Bumi Pertiwi, Alhamdulillah..kelihatan masyarakat masih ada sensitiviti untuk membuat demonstrasi bantahan, membuat memorandum, forum, cetusan minda di blog-blog, facebook dsb..bagi menyatakan ketidakpuasan hati, seolah-olah kesucian Islam tercemar, maruah agama diperkotakkatik sewenang-wenangnya, hinggakan terdapat kes gereja terbakar, angkara siapa? Wallahu A'lam.

Secara amnya, adalah menjadi KEWAJIPAN untuk kita memperkenal Allah, sifat-sifat Allah, kehebatan Allah kepada umat manusia. Dakwah itu wajib atas setiap individu muslim. Alang-alang orang nak guna kalimah Allah, in a way dah mereka terbuka hati untuk Allah sama ada secara ikhlas atau sebaliknya, lebih baik kita perkenalkan..apa itu Allah, siapakah Allah, ada apa pada Allah..hinggakan menjadi isu hangat di Malaysia, tanah airku.


"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya'. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada pelindung dan pertolongan daripada Allah kepadamu" (Al-Baqarah:120)

A'bidah faqirah ilallah.. Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 walk-the-talk:

FabulouswithAs said...

hai kak ain.

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Salam ain,kaifa hal? tak tau nak BUZZ kat mana..since takde ruangan "shout out".hehe. harapnya masih ingat pada saya. gembira sangat ain dah nak habis blaja. keep moving young Muslim!!.sampaikan salam kita kat Sumaiyah dan sahabat2 lain yg mengenali diri ini. May Allah bless you!!

Fez said...

Oittt ainnnn, assalamualaikum..:) x btau pun ada blog! hehee... rajin2 tulis ye! buat la shoutbox..

ainshams said...

salam..
hehe..nih saje utk sendiri2 jela.. azam 2010 ker..azam umo 2*?? huhu.. btw, 2gu weekend kot br nk hias2 sket.. skg post entry sajor..

tembikai said...

name pnoh tu letak name sy..hak2