RSS
Post Icon

detik-detik hari lahir

Memori sambutan hari lahir ke-22 di Kediaman Taman Seri Gombak bersama famili tercinta ^^


Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, selawat dan salam buat Junjungan Agung Rasulullah SAW kerana dengan usaha Baginda (dan rahmat Allah), kita dapat mengecapi nikmat Tauhid hingga ke saat ini. Mudah-mudahan nikmat ini diperlihara sehingga nafas terakhir & berterusan untuk keturunan seterusnya, insya Allah.


Melirik kembali salinan surat beranak~27Januari 1986, jam 11.57pagi~ bersamaan 16Jamadilawwal1406H~ Isnin~ dengan berat 2.1kg di Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur.


Kini?? telah menjejak titian permulaan umur ke-24, hanya berbaki setahun saja lagi sebelum masuk ke 'suku abad'..


Ya Allah, adakah amalan-amalan yang telah dibuat selama ini diterima??


Selalu aku terfikir, apakah perasaan mak abah dengan keadaan ain selama ini ek??


Apakah yang telah berubah sepanjang tempoh ini?

Muka..gaya..ilmu..pencapaian..skills..sikap..status (opss, rahsia..huhu)


Apakah yang telah disumbangkan untuk pembangunan umat Islam?


Aku cuba melakar graf kehidupan dari lahir (4tahun terawal tak ingat sangat laa), sehinggalah ke saat ini. Detik-detik utama 'highs and downs' setiap 6 bulan diplotkan.


Sah!! Zaman kanak-kanak adalah zaman yang suci, tak banyak cacat celanya, yang diingat semua yang indah-indah belaka.


Tatkala semakin meningkat dewasa, semakin banyak warna warni yang terukir, semakin terserlah emosi yang bersabung.


Saat sambutan hari lahir memang detik bahagia yang diraikan. Namun bagiku, perlu untuk kita memberikan ruang kepada diri sendiri, memberikan tempoh untuk emosi diri, memberikan laluan untuk hati sendiri bagi bermuhasabah detik-detik perjalanan sepanjang yang telah dilalui.


Betapa Allah itu Maha Kaya! Buktinya, lihatlah rona kehidupan dalam hidup kita. Pelbagai corak, perasaan, abjad dan nombor yang terukir. Subhanallah~


Setiap kali ulang tahun hari lahir, perkara yang wajib dilakukan adalah ucapan maaf & terima kasih buat mak & abah atas segala yang telah dicurahkan. Restu kalian membawa kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat, insya Allah.


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau berikan sesuatu di luar kemampuan kami. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir" (Al-Baqarah: 286)


p/s: Happy 22nd birthday buat teman serumah yang kini sedang berada di Bandar Kincir Air, Syria. (I was there on last June ^^). May Allah always showers His bless on you, Ku!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 walk-the-talk:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Sanah Helwah ya ukhti=) May Allah preserve you.Keep moving young muslimah! Taking care!

kilah said...

hehe..
happy bday ain!!
moga Allah memberkati dan merahmati usia kau yg sudah lepas dan akan dtg..

p/s:eh btw,ak tk sangka kau pnya ayat bile sensitif..boleh thn..hikhik..=P

MaUt said...

Salam Ain...

Selamat Hari Jadi..

Aku doakan Allah memberi keberkatan disepanjang perjalanan hidup yang telah ko lalui dan bakal dilalui..

Husnul Khatimah buat Ain..
Ukurlah usiamu dengan usia dakwahmu..

Sayang AIN!^_^

ainshams said...

nazihah: thnx dear!! u 2 keep up ur goood job!!

qila: ameen. thnx. good luck final year. sensitif? ayat mane weh?? huhu. ko mmg pemerhati setia..

farah: ameen. thnx. good luck final year. sayang ko jugak!!

littlekhalifah7 said...

ringannya ko.. 2 kilo je..