RSS
Post Icon

tatkala pesakit-pesakit bergosip

~buku autograf gaduasi~

This week we have bed side teaching at KAUH. Sejak hari pertama lagi saya berdoa, semoga dielakkan 'berjodoh' dengan para doktor 'malignant'. Opss, ini istilah di sini sahaja, di Malaysia tiada. Para pelajar akan mengkategeorikan doktor-doktor kepada benign (tenang atau tak marah-marah) atau malignant (sangat tegas atau banyak kerenah atau suka perli atau memandang rendah kepada pelajar dsb..).

Sebenarnya, istilah ini adalah kategeori kanser~benign (kanser tahap awal) atau malignant (tahap yang teruk, merebak ke kawasan lain). Haha..sengal kan?

Pagi Selasa lalu, selepas Morning Report, saya mengambil kes bersama Anis. Right adnexal mass, ini yang tertulis pada papan kenyataan. Owh, pelbagai differential diagnosis yang berlegar di minda. Alkisahnya, sewaktu melangkah masuk ke bilik pesakit itu (dia berkongsi bilik bersama 3 pesakit wanita lain), tiba-tiba telinga saya terasa 'panas' dek mereka sedang bergosip mengenai pelajar klinikal.

"Ada ke patut pelajar lelaki tu tanya aku pasal kitaran haid, mestila aku tak jawab"

"Tu la pasal, pelajar lelaki tanya pasal hubungan suami-isteri, mak mertua aku ada di sebelah aku, mana bolah beritahu. Itu privacy!"

"Kata pelajar, tapi tak de gaya bercakap seperti pelajar klinikal pun! Setakat pakai baju putih (white coat), anak aku pun boleh"

Seperti biasa, kami bertegur sapa dan berbasi-basi dengan pesakit right adnexal mass itu dan diikuti dengan history & physical examination. Setel. Seterusnya, kami perlu melihat fail dan segala lab tests pesakit itu selain merangka management yang perlu berdasarkan differential diagnosis.

Point of the story~pelajar perempuan memang senang untuk mengambil kes daripada peskait-pesakit O&G. Namun, agak sukar bagi pelajar lelaki.

Pada saya, perlu dijelaskan setiap persoalan yang agak privacy itu dengan ayat yang lebih sopan dan nada bersikap 'empathy', bukan main terjah semata-mata untuk mendapat maklumat.

Common sense. Adakalanya, ada beberapa perkara yang boleh di'skip' jika pasti tiada kaitan dengan differential diagnosis atau management. Kita perlu ingat, persekitaran amat membentuk pemikiran masyarakat.

Jika di Eropah, mungkin dengan mudah bagi doktor atau pelajar klinikal lelaki untuk memeriksa pesakit wanita, namun agak berlainan dengan suasana di Negara Arab. Begitu juga tatkala semasa saya rotation Urology. Yea, saya dengan mudah bolah mengambil kes, namun untuk memeriksa bahagian tertentu peskait lelaki, saya perlukan persetujuan beliau di samping ada kawan lelaki saya di sisi. Anyway, skip when you can skip (plus, don’t do harm to your patient) Huhu~

Ok, tadi saya melihat buku daftar 'autograf' graduasi saya. Anda semua dijemput menulis wishes atau apa-apa sahaja pada buku kami, boleh didapati di rak berdekatan Green Hall, Ground floor of KAUH. Selamat menulis.

Opss, jangan lupa sertakan nama & emel untuk saya membalas 'thank you e-card', eceh! (rajinnya saya..huhu). Saya pula bercadang untuk menaip & print segala ucapan dan kemudian menampal ke atas buku-buku kawan-kawan saya, ahahaa..mudah kan (^_^)

Tak dilupakan, Selamat Ber-KARISMA 2011 buat para pelajar Malaysia di Jordan. Semoga khair semua, insya Allah. Kualiti Juara Inspirasi Bersama :)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

Aswadsky said...

hehe, at least perempuan, worst case scenario pon, sometimes yang terpaksa tolong deliver lelaki gak...
tapi xleh bayangkan kene 'check' lelaki punye **** haha

kene ada kawan lelaki, hehe taku ape2 ke kak?

nice advice too :)

ainshams said...

nafeesa: kdg2, jantina kurang penting sebab yg lebih penting adlh approach doktor, keyakinan pesakit terhadap doktor & kejujuran doktor terhadap bidang tugasnya. no over-limit.
ermm, dah tak heran kot bab tu! btw, takut lain citer, klu stakat kene ngorat tu bley tahan lagi..bley wat 'jual mahal' nicely, huhu.
Act, lebih kepada protokol seorang doktor. Even doktor lelaki pun, mmg wajib ada doktor wanita atau nurse wanita bersamanya untuk segala pemeriksaan ke atas pesakit wanita/kes delivery. Ini bagi mengelakkan fitnah & kes2 yg tak diingini di hari mendatang. malang tak berbau :)

-iNtaN- said...

jeles~!

saya nak jugak buku graduasi tu, kak~! =,=!

ainshams said...

intan: insya Allah masa awak akan tiba nanti. Doakan akak taw. ehem,jemputlah menulis dalam buku akak tu ek :P