RSS
Post Icon

aku, Dia dan dunia

Hadiah buat hakim Pertandingan Akhir Debat PP PERMAI 2011

Usul Pertandingan Akhir Debat PP PERMAI: Majlis Keselamatan PBB Tidak Relevan.

Alhamdulillah, tahniah buat adik-adik yang layak ke pertandingan akhir di Solah Petra. Persembahan yang mantap, sehinggakan "usul diterima" dengan margin undian juri 5-4.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas hadiah buat kami para hakim. Pinky paper bag, I like it (^_^) Oh, cik Fasya..baru akak sedar pembalut ini bertulis 'for the Bride and Groom', haha. apekah...? =P

Aku dan DIA

Dulu semasa di DQ, ramai sahabat yang sanggup berjaga malam semata-mata hendak mengulang AQ. (but not me la, saya selalu dapat pahala niat je). Saya selalu terfikir, bagaiman orang lain boleh kuat bermujahadah untuk stay up?? Ok, salah satu kuncinya dengan qoilulah. Done. But still, I can't stay awake for a long time T__T

Tatkala tasmi' di depan Syeikhah tadi, saya agak tertekan!! "Apesal harini asyik tersangkut je?" Dan saya terhenti seketika dek ketidaklancaran 10 muka surat itu. Diulang dan diulang lagi di depan Syeikhah. 3x menghadap Syeikhah dengan 'muka tanpa ekspresi'. Akhirnya, Alhamdulillah, dapat jua menghabiskan selepas diulang semula tanpa kesalahan.

Dalam perjalanan pulang, saya bermuhasabah..'AQ merajuk dengan saya kah? T__T' Sesungguhnya, inilah satu-satunya kekasih yang sukar dipujuk. Ada kekasih lainkah? Oh, nope! Teringat pesanan Ibnu Mas'ud mengenai Hamlul Quran. Oh, jauhnya saya daripada itu... T__T

MATLAMAT

Kadangkala, dalam melakukan sesuatu perkara, yang menguatkan kita untuk meneruskannya ialah MATLAMAT pelaksanaan perkara tersebut, sama ada berbentuk matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang. Jika sesuatu dilakukan tanpa matlamat, tindakan itu adalah sia-sia. Na'uzubillah.

Sedar tak sedar, hanya lebih kurang 3minggu saja lagi dawam saya di hospital sebagai pelajar perubatan. Esok dan seterusnya, saya akan dawam Nisaiyyah di KAUH insya Allah. KAUH~the best playground ever! Minggu-minggu terakhir ini pastinya terasa sayu, namun akan bertambah 'tensi' dek berhadapan dengan doctors' expectations. They expect you konw all the things, they expect you remember all the things, they expect you memorize the books.

SIKAP KITA

Situasi dunia tidak menentu. Keadaan Timur Tengah bertambah kacau bilau. Poltik dan ekonomi dunia semakin tidak stabil. Aspek sosial apatah lagi. Namun, masih ada yang bersikap entah tak endah. 'AKU-ISME?'.

'Tak pe, asalkan Irbid selamat, okla tu'
'Eh, kes rumah dipecahmasuk tu kawasan Hijazi, bukan Duwar Qubbah kan..'
'Tembak menembak tu di Syria, belum sampai ke Jordan'
'Eh, Jordan pun ada protes jugak ke?'
'Tsunami di Jepun, apa kaitan dengan Malaysia?'

"Sesiapa yang bangun pagi tanpa mengambil tahu hal kaum muslimin, maka dia bukan daripada golongan mereka"

Terdapat 3 golongan manusia di dunia;
1) Golongan yang hidup hanya untuk dunia
2) Golongan yang tersesat antara dunia & akhirat
3) Golongan yang menjadikan dunia sebagai ladang akhirat (insya Allah)

Ya Allah, peliharalah jiwa dan iman kami. Peliharalah AQ di dada kami, lancarkanlah AQ pada lisan kami dan terjemahkanlah AQ pada perbuatan kami dengan rahmat-Mu. Semoga kami dapat grad dengan cemerlang bulan Jun ini, insya Allah. Selamatkanlah bumi ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

ara said...

best kan beg tu...maknanya jgn lupa jmput kami ajk-CAKNA nnti ea..

all the best kak ain...jazakillah dgn nasihat ttg AQ tu...kita yg memerlukan AQ...bukan AQ..

ainshams said...

kauthar ara: best, suke, lawa! insya Allah sampai masa, aderla jemputan nya tu nanti. thanks dear.

-iNtaN- said...

kak ain,
saya tak tahu atau saya lupa?

apa pesanan ibnu mas'ud tu?

ainshams said...

intan: pesanan ibnu mas'ud~
"..seharusnya bg seorang hamlul Quran itu mengetahui,
malamnya tika manusia dibuai mimpi,
siangnya tika manusia enak menikmati juadah,
tangisannya tika manusia bergelak ketawa,
diamnya tika manusia berkata-kata yang sia-sia,
dan khusyuknya tika manusia leka dengan kehidupan"
wallahu A'lam.