RSS
Post Icon

labour room versi 1

Penat pusing-pusing kawasan meletak kenderaan mencari petak kosong, 'lagi 2 minit nak pukul 8 ni' getus hati saya. Belum dikira naik lift, naik tangga..blabla..

Alhamdulillah, 1 petak kosong dijumpai. masalah selesai. Sebaik melangkah ke bahagian pentadbiran melapor diri pada hari pertama, saya diarah berjumpa Dr Goh di wad bersalin.

Dr Goh sedang membuat rounds bersama HO & MO lain.

Me: Dr, I'm Nurul, elective student.
Dr: Owh. Have u done epi (episiotomy) before?
Me: Leisah (ammi Jordan yang bermaksud belum), ops, i mean, not yet but i wanna practise.
Dr: Ok, no prob maa.. but u've to observe & report 5cases then u can handle delivery by yourself, under supervison. Ok ah?
Me: Ok doc, thanks u ah.

Saya hanya banyak memerhati dan mengekori doktor-doktor bertugas. Terlalu banyak prosedur yang berlainan daripada Jordan, banyak yang tidak pernah saya lakukan namun, perlu dilakukan sewaktu HO kelak. Belajar di tempat berlainan, pengalaman yang berlainan.

Kes pertama yang saya lihat saat itu.
"Puan, tarik nafas, tahan, dan push dalam 10 saat ye. Tak nak keluar suara. Puan boleh puan, sikit je lagi"
Uweekkk..si comel menggelungsur keluar sambil bersuara. Saat bayi keluar, lafaz syukur kedengaran. habis air dan darah terpercik. Kasut baru saya juga terpalit air ketuban. Bayi dilap-lap membuang sisa darah.
Suaminya masih di sisi si isteri memberikan sokongan tak berbelah bahagi.
"Puan, saya nak potong tali pusat sekarang. Selawat yer puan"
"Puan, tengok anak apa ni" kata doktor lagi sambil menunjukkan kepada si ibu.
"perempuan" jawab si ibu.
Kemudian, bayi diletakkan di atas dada si ibu. Terus tangisan terberhenti. Keajaiban.
"Puan, kami nak keluarkan uri, jangan meneran yer"
Setelah uri dikeluarkan, si ibu mengerang kesakitan lagi saat dijahit. Walaupun telah disuntik Lignocaine (ubat bius), namun dek 3 lapisan jahitan yang perlu dilakukan dari bahagian dalam hinggalah luar (bahagian kulit paling terasa sakit), si ibu tetap mengerang sedikit.
"Maaf ye Puan, kita dah sampai jahitan di lapisan kulit, akan rasa sakit sikit. Puan bertahan yer"

Selesai. Si ibu dibersihkan. Bayi dihantar ke bilik bayi buat sementara. Pakaian ibu diganti & bayi dikembalikan ke pangkuan ibu untuk disusukan.

"Doktor, tak boleh tambah dose utuk Lignocaine ke?" soal saya.

"Sebolehnya dielakkan sebab kesannya kawasan tersebut akan membengkak dan penjagaannya lebih rumit" jawab Doktor Hafiz.


Setiap jam, pasti ada tangisan si comel yang baru lahir ke dunia. masya Allah. Dan setiap jam juga, para doktor kelam labut menyelesaikan tugasan itu.

Suasana ini sangat berlainan dengan Jordan. Terasa warga Malaysia penuh lemah lembut dan masih mengadun nilai islamik dalam pekerjaan. (regardless who you are or which your true colour)

Pada hari kedua, saya meninjau-ninjau sebaik sampai ke wad bersalin, lalu terdengar suara di bilik 5.

"Nurul, tolong pakaikan gown. I nak buat vacuum suction" kata Dr Hafiz, MO di bahagian itu.

Segera saya menyelesaikan tugasan.

Owh, macam ni ke vacuum, getus hati saya. Pertama kali saya melihat dan membantu dari jarak dekat. 2x percubaan, namun gagal. Darah terpercik mengenai gown, mask muka dan lengan tangan saya. Ibunya sudah mengerang kesakitan, bacaan CTG (denyutan jantung bayi) semakin lemah. 'Ya Allah, berikan yang terbaik buat mereka' doa saya dalam hati.

Suasana kelam kabut. Doktor pakar, Bahagian operation theatre, pakar bius dan pakar kanak-kanak segera dihubungi. Pesakit perlu segera dibedah, jika tidak.. ia tak dapat diselamatkan.

Saya melihat HO, Dr Liyana mengisi borang consent, dan Dr Aishah mengisi maklumat ke dalam komputer.

Mata saya terpaku, 'marital status: single, age:18' Ya Allah!!!
Tak sempat bertanya lanjut mengenai peskait itu kerana pesakit segera dikejarkan ke bilik pembedahan.

Saya meninjau ke katil-katil seterusnya, memerhati cara memasukkan foleys cath, branula selain membantu apa yang perlu. Tengah hari itu, saya sudah berani melakukan kerja-kerja tersebut. You have to observe more than once, remember the steps & then be confident.

Tak dilupakan saat labour room round bersama Dr Goh pagi itu.

"Is it the way you present the case? What have u learn in med school?"
"Give me definition of station..lie..attitude..blablaa.."
"no need to do that blablaa"
"why..how.."

Herm, sebaik selesai round, kesemua HO menarik nafas lega & membuat 'ruangan diskusi'..huhu. Terasa 'aura panas' mereka.

Pernah seorang Dr india yang tegas berkata, "Where the idiot HO?" saya diam tanpa reaksi (sebab saya pelajar elektif, belum HO lagi, hehe) 'aduh, kasarnya. Tapi, masih boleh diterima lagi as long as tak mengutuk dalam bahasa melayu, kerana itu akan lebih menusuk hati, panas telinga' getus hati saya.

"Hosp Selayang semuanya computerized. Everything u chart, it' ll be recorded. & if u change anything, it's easier for medicolegal"
"Selepas membuat apa-apa prosedur, kira balik setiap alatan yang digunakan. Delivery set 5+5, perineum set 7+3, kira berapa gauze, cotton, tampon yang digunakan. Lepas basuh, masukkan data dalam komputer, kalau tak cukup, memang boleh jadi kes polis"

Kata orang, zaman HO paling mencabar. Year, saya dapat rasakan aura itu. Kesemua HO tampak sangat letih. Penat, berdiri dan berjalan sepanjang hari. Saya terfikir sendiri, mampukah saya bertugas dengan baik nanti? oh, Tuhan..

klik di sini buat bakal-bakal ibu bapa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 walk-the-talk:

Intonasi said...

Huh, takutnye k.Ain. Masih belum bercita-cita nak jadi dokter sebenarnye. Uhuk. Tak pelah, banyak tahun lagi kan.

-si kacak

ainshams said...

si intonasi kacak?? =P : no worry, just follow the flow. we'll learn by time, insya Allah. all the best btw.

cahaiya said...

lah, attach d selayang hospital ke.. okey, datangla clinical research centre a.k.a CRC, juz right at d back of pejabat pakar. I'm around. bolela show d place, mana tau next time interested nk conduct clinical trial kat patients ke, using new drugs, or new intervention ke.. it's interesting to explore.. clinician can always become a researcher (^_^)Professional Ustazah , Protaz!

syahrul said...

siksanya bersalin....iskk..isk...

ainshams said...

cahaiya: owh ye ke.. insya Allah kalau sy terjumpa tempat tuh la.hehe, jln2 pon bley sesat dlm bangunan =P

u.syahrul: yeah, yg menyambut ni pon hari2 rase seksa gak.. huuu~ hargailah mak, hargailah wanita :)