RSS
Post Icon

raja buah



asli dari dusun~masih berbaki beberapa ulas saja

Setiap kali pulang bercuti di Malaysia, mak & abah mesti bertanya saya, "Bila Ain nak makan durian?"

Tatkala cuti raya haji bulan 12 yang lalu, kami berkesempatan pulang ke Kg Selabak, Teluk Intan. Musim buah memang 'heaven'. Buah-buah durian gugur ke bumi, buah-buah rambutan yang merah ranum menjalar ke tanah, pokok-pokok buah manggis yang menanti untuk dipanjat dan sebagainya.


"Ain balik ni, nak makan durian" kata mak kepada Achik, sepupu saya. Maka, sebaik kami tiba di kampung, Achik telah menyediakan selonggok durian yang diambil dari dusun, khas untuk saya..huhu. Thanks Achik! (^_^)

Abah dan mak akan membukakan kulit durian untuk santapan saya di bawah kolong rumah embah, waa..seronoknya!!! Great moments, wink wink~

Seseorang (sape tuh? :p) pernah bertanya, "Tak makan tempoyak?? Tapi suka makan durian. Pelik. Apa beza durian dengan tempoyak?"

Owh, sesungguhnya sangat banyak perbezaan antara keduanya.. Bau, warna, rasa, keaslian.. Yang pasti, selera saya terhadap keduanya jua jauh berbeza..eceh!

Apakah itu durian??
Kenapa tiada pokok durian di Jordan?? klik di sini..

Namun, durian mungkin kurang digemari dek baunya yang kuat dan kalori yang agak tinggi. Orang tua-tua ada berpesan, elakkan makan durian terlalu banyak terutama di musim cuaca panas kerana boleh mengakibatkan demam panas. Ada benarnya.

Cara mengatasi?? Banyakkan minum air masak selepas 'pulun' makan doroyan..

Ada kajian mengatakan, salah satu khasiat buah durian adalah ia mengandungi agen anti-penuaan. Malah, terdapat alat kosmetik yang dihasilkan daripada raja buah ini.

Orang Melayu kita memang kreatif. Pelbagai resepi boleh dihasilkan daripada raja buah ini. Bubur durian, cucur durian, pulut durian, serawa (bubur stail orang Perak), stail orang Kelantan (beberapa ulas durian, garam, santan, gula, pulut), aiskrim durian, kek durian dan macam-macam lagi.. (termasuk jua tempoyak yang saya kurang gemari..huhu).

durian cheesecake di Secret Recipe sangat lazat, yummy!

p/s: Sebenarnya, saya baru tersedar dari tidur. Lena dibuai mimpi~makan durian bersama abah, sedapnya!!

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 walk-the-talk:

Fez said...

Durian?? I loikeee!

Ko ni macam ayah kita. Suka makan durian, tapi any makanan lain yang 'durian derivatives' spt tempoyak, bubur dan lain2, x jalan sgt. Kita ok je kalau disuruh makan tempoyak, wpun x lah diehardfan sgt. Tapi kalau makan ngan sayur masak bening. ish.. sedapnyaaa! (Ko tau x sayur masak bening? Kata jawa..)hehe.

wani said...

akak,adik kte yg bonsu terbalik ngn akak..dia sangat x suka ngn durian, klu ayah kte bwk balik durian kt umah, ktorg akan kerumun durian tu..tp dia akan lari jauh2 sbb x suka bau durian..
tp tempoyak dia sangat2 suka..macam makan belacan..laju je..hehe

ainshams said...

fez: suke mkn sume hasil durian, except tempoyak..huhu. sayur bening?? mestila tawww, sedap tu. nk wat pon sonang! jimat masa & mmg 'kesihatan'. hehe.

wani: haha..bagus gak 'baek' dgn org xsuke durian, leh pulun mkn..dye lari jejauh.. bab tempoyak, pass kt dye laks.. 'compliment' gituh! :p
belacan? akak pon x makan sgt..heh.

farah said...

aku takleh bayang camne rasa durian chees cahe..durian tambah cheese??..aiyak hehe

aku bese2 je durian ni..adalah satu dua mkn, then stop..aku rasa rambutan lagi best ngeh2

ainshams said...

farah: xde rase cheese sgt, sbb rase durian lebih dominan. aku mmg 'kipas-susah-mati' doroyan..heh.
rambutan sedap, manggis pon sedap..bley jek pulun makan..amik kt pokok2 depan umah (kt kampung).. best nyer!!

Nur haura afeeya said...

Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

.................................................................

▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

..................................................................

▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

...............................................................

Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570