RSS
Post Icon

dedikasi buat kita


Alhamdulillah..sayyidul ayyam kembali lagi..jom mengulang 110 ayat surah Al-Kahfi pada pagi yang dingin ini, insya Allah~

Saya sangat menggemari hadis ke-36 dalam susunan hadis 40 Imam Nawawi. Walaupun hadis ini panjang, namun sangat dekat dan mendalam maksud setiap baris ayatnya.

Hadis riwayat Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
1-Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin satu kedukaan dunia, maka Allah akan melapangkan satu kedukaannya daripada segala kedukaan pada hari Kiamat.
2-Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.

3-Sesiapa yang menutupi rahsia seorang Islam, maka Allah akan menutupi rahsianya di dunia dan akhirat.

4-Allah selalu menolong hamba-Nya selagimana hamba-Nya itu berusaha menolong saudaranya.

5-Sesiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga.

6-Tidak berhimpun suatu kaum dalam satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk membaca Kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan diturunkan ketenangan ke atas mereka, mereka diliputi rahmat dan mereka dilingkungi malaikat dan Allah menyebut mengingati mereka kepada orang yang berada di sisi-Nya.
7-Sesiapa yang terlambat dalam amalannya, tidaklah akan segera naik dengan nisab keturunannya.
Sodaqo Rasulullah SAW.

Dedikasi buat sahabat-sahabat saya di DQ dan juga adik-adik Akademi Tahfiz Az-Zikr PERMAI.. buat ingatan saya & kalian.. semoga dilembutkan hati kita untuk menghayati tulisan ini yang saya dapat semasa di DQ. Maaf atas salah silap sepanjang perkenalan kita.


Aku Hamalatul Quran

Bisikan ketenangan menyelubungi sanubari,
kesyahduan kurasakan amat bererti,
acapkali kuterdengar alunan suara insan-insan kerdil,
membasahi lidah dengan kalam-Mu ya Ilahi,
tiada putus-putus mendampingi Kitab-Mu,
membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci.

Segolongan insan yang dihormati,
segolongan insan yang dipandang tinggi,
Inilah insan yang bergelar Hamalatul Quran,
iaitu pendukung kitab suci..
Hamalatul Quran, itulah aku!

Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata penuh makna,
yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci,
Wasiat Ibnu Mas'ud yang berbunyi..

"seharusnya bagi seorang Hamalatul Quran itu mengetahui..
malamnya ketika manusia dibuai mimpi,

siangnya ketika manusia enak menikmati juadah,

tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,

diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia,

dan khusyuknya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia
.."

Aku merenung sejenak,
Hamalatul Quran..begitukah aku??

kata-kata itu mengetuk fikiranku,
menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku,
betapa Hamalatul Quran yang hakiki,
Adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan,
mampu berkorban dalam tangisan,

dan rela imannya diuji dengan keperitan..

Baru kutersedar, Hamalatul Quran..kau luar biasa!

Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian,
kealpaan,
keseronokan seperti orang kebanyakan,
sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi,
yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang daif ini..

Namun, Kau anugerahkan jua aku dengan kemuliaan ini,
menjadi salah seorang insan pilihan-Mu,
di dalam dunia Hamalatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti..
Ibu bapaku bakal kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani.

Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri??
Hamalatul Quran, alangkah beruntungnya dikau!!

Sahabat-sahabat Al-Quran,
sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu?
manjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?
Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?
Ataukah kasih manusia yang masih kau dambai?
Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati?
Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..
yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamalatul Quran?

Sahabat-sahabatku..ingatlah,
kita bertemu kerana Al-Quran,
Ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran,

dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran.


Ya Allah, jadikanlah aku seorang Hamalatul Quran yang sejati dan hakiki,
sebagai penyejuk mata penawar hati setiap insan di muka bumi ini,
agar kehadiranku di dunia iini dihargai.
Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri.

Sesungguhnya kehidupan dunia ini sungguh indah tidak terperi,
dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati.
Lantas kupinta pada-Mu ya Ilahi,
agar di saat-saat akhir hayatku,
alunan kalam-Mu jua yang mengiringi pemergianku.
Ameen Ya Rabb.

p/s: Syurga Allah itu sangat-sangat mahal & syurga Allah HANYA menerima orang-orang yang hebat. Sungguh, walaupun saya sentiasa menyedari bahawa tidak layak menjadi penghuninya, namun, saya tidak mempunyai pilihan lain kerana selain syurga, destinasi pilihan seterusnya adalah neraka, na'uzubillah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

angka 86 salah siapa?

tamadun Islam dulu sangat hebat..kita perlu lebih hebat, bagaimana??






Dulu-dulu, saya tak pernah dengar pun perkataan 'khilafah'..
Sehinggalah ketika usrah batch di Maahad Muhammadi (P) semasa tingkatan 3..
Ketika di KISAS, usrah batch lebih giat lagi, ditambah dengan silibus 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Dr fathi Yakan..
Ketika di Darul Quran juga begitu, malah bertambah semangat dek biah di sana yang lebih islamik dan 'syadid'..
Tatkala mendapat tawaran medic di Jordan, antara perkara yang saya terfikir, 'waa..bertambah hebatlah ilmu dan semangat keislaman saya. Allah sayang pada saya kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk faqih dalam agama'.

Kini?? herm.. sesuaikah 'my knowledge & good deeds' dengan nikmat umur 24 tahun yang Allah kurniakan??

I do like number 86 as it was my year of birth actually..tapi, angka 86 kali ini 'lebih sakit'.. kerana mengingatkan tanggungjawab yang tak lupus di pundak jiwa-jiwa yang bergelar Muslim. Saya pernah terfikir, kenapa mesti khilafah Islam jatuh pada 3 Mac 1924? kalau tak, tak perlulah saya yang sangat daif ini perlu bertanggungjawab ke atas pembinaan empayar Islam ini kembali.. Oh, ini hanya luahan rasa yang tak masuk dek akal..Astaghfirullahal a'zeem.

Jom refresh sejarah kita, pencapaian kita (klik di sini).. Islam sangat hebat dulu (it was), tapi kini..?? OMG!

Suka saya kongsi kata-kata seorang tokoh gerakan Islam yang masyhur (khususnya di Jordan ini), iaitu Syeikh Said Hawwa-Tokoh Gerakan Islam Berjiwa Sufi:

"Orang-orang Islam pula tidak akan memiliki keupayaan ini kecuali setelah mereka membersihkan bumi Islam, bersatu menegakkan kerajaan Islam dan mengumpulkan kekuatan sehingga membolehkan mereka menentang kerajaan Yahudi itu. Penentangan ini tidak boleh dilakukan melalui komunisme dan tidak boleh melalui fahaman kebangsaan atau sebagainya kerana komunis tidak bersetuju untuk menghapuskan Yahudi, manakala fahaman kebangsaan tidak dapat menyelesaikan persoalan ini. Penyelesaiannya hanya satu-melalui kekuatan dan keupayaan seluruh orang Islam. Oleh sebab persoalan ini ialah persoalan zaman kita dan jalan penyelesaiannya ialah melalui pembentukan generasi kita dari sudut tarbiah dan akhlak, maka kita menyebutnya di sini. Lagipun, ia sebahagian daripada amal anggota Hizbullah"


Perkongsian menarik daripada sahabat-sahabat saya: Lebih 8 dekad setelah 3 Mac 1924. Thanks dear ^^


Ulama Empat Mazhab Mewajibkan Khilafah


Sumber: Hizbu Tahrir Indonesia

Pada umumnya, para ulama empat mazhab tidak pernah berselisih pendapat mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang bertanggungjawab melakukan tugas ri’âyah suûn al-ummah (mengatur urusan umat).

Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah al-Baqarah ayat 30, menyatakan, “Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham (Imam al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 1/264-265).

Al-’Allamah Abu Zakaria an-Nawawi, dari kalangan ulama mazhab Syafii, mengatakan, “Para imam mazhab telah bersepakat, bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang khalifah.” (Imam an-Nawawi, Syarh Shahîh Muslim, XII/205). .

Ulama lain dari mazhab Syafii, Imam al-Mawardi, juga menyatakan, “Menegakkan Imamah (Khilafah) di tengah-tengah umat merupakan kewajiban berdasarkan pada Ijma’ Sahabat. (Imam al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah, hlm. 5).

Imam ‘Alauddin al-Kasani, ulama besar dari mazhab Hanafi pun menyatakan, “Sesungguhnya mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam.(Imam al-Kassani, Badâ’i ash-Shanai’ fî Tartîb asy-Syarâi’, XIV/406).

Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hanbali, ulama mazhab Hanbali, juga menyatakan, “Ayat ini (QS al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil atas kewajiban mengangkat imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati untuk menyatukan pendapat serta untuk melaksanakan hukum-hukum tentang khalifah. Tidak ada perbezaan tentang kewajiban tersebut di kalangan para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham dan orang yang mengikutinya.” (Imam Umar bin Ali bin Adil, Tafsîr al-Lubâb fî ‘Ulûm al-Kitâb, 1/204).

Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan, “Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang mengatur urusan manusia.” (Abu Ya’la al-Farra’i, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm.19).

Imam Abu Muhammad Ali bin Hazm al-Andalusi azh-Zhahiri dari mazhab Zhahiri menyatakan, “Para ulama sepakat bahwa Imamah (Khilafah) adalah fardhu dan dengan adanya seorang imam itu merupakan suatu kewajiban, kecuali an-Najdat. Pendapat mereka benar-benar telah tertolak kerana menyalahi Ijma’ Sahabat dan pembahasan mengenai mereka telah dijelaskan sebelumnya. Para ulama bersepakat bahwa tidak boleh ada dua imam (khalifah) bagi kaum Muslimin dalam satu masa di seluruh dunia baik mereka sepakat atau tidak, baik mereka berada di satu tempat atau di dua tempat.” (Imam Ibn Hazm, Marâtib al-Ijmâ’, 1/124).

Imam Ibnu Hazm juga mengatakan, “Majoriti Ahlus-Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij bersepakat mengenai kewajiban menegakkan Imamah (Khilafah). Mereka juga bersepakat, bahawa umat Islam wajib mentaati Imam/Khalifah yang adil yang menegakkan hukum-hukum Allah di tengah-tengah mereka dan memimpin mereka dengan hukum syarak yang dibawa Rasulullah saw.” (Ibnu Hazm, Al-Fashl fî al-Milal wa al-Ahwâ’ wa an-Nihal, IV/87).

Taqarrub kepada Allah yang Paling Esa

Usaha menegakkan Khilafah Islamiyah termasuk dalam aktiviti taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah yang Paling Esa. Syeikul Islam Imam Ibnu Taimiyyah mengatakan, “Yang wajib adalah menjadikan kepemimpinan (imârah) sebagai sebahagian dari agama dan landasan untuk bertaqarrub kepada Allah. Taqarrub kepada Allah dalam hal imârah (kepemimpinan) yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul-Nya adalah sebahagian dari taqarrub yang paling utama.” (Imam Ibnu Taimiyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, hlm. 161).

Al-’Allamah Ibnu Hajar al-Haitami juga menyatakan, “Ketahuilah juga bahwa para Sahabat ra. seluruhnya telah berijma’ bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) setelah berakhirnya masa kenabian adalah wajib. Bahkan mereka telah menjadikan kewajiban ini sebagai urusan yang paling penting. Buktinya, para Sahabat lebih menyibukkan diri dengan perkara ini dibandingkan dengan menguruskan jenazah Rasulullah SAW. Perselisihan mereka dalam hal penentuan (siapa yang berhak menjadi imam) tidaklah merosak ijma’ yang telah disebutkan tadi.” (Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Ash-Shawâ’iq al-Muhriqah, 1/25).

Malangnya, majoriti umat Islam sekarang lebih menyibukkan diri dengan amalan-amalan sunat, seperti zikir jama’i, aktiviti sedekah, shalat dhuha, puasa sunat dan lain-lain dibandingkan dengan melibatkan dirinya dalam perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah. Lebih menyedihkan lagi, sebahagian mereka menganggap perjuangan menegakkan Khilafah Islamiyah tidak penting berbanding amalan-amalan sunat tersebut. Malahan mereka juga menganggap para pejuang Khilafah sebagai orang-orang yang tidak memiliki ketinggian ruhiyah dan akhlaq. Walhal menegakkan Khilafah Islamiyah dan terlibat dalam aktiviti ini termasuk dalam golongan yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah yang paling Esa.

Berdirinya Khilafah: Janji Allah

Ulama empat mazhab juga telah menyatakan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT kepada orang-orang Mukmin. Al-Quran telah menyebutkan janji ini (tegaknya kekhilafahan Islam) dengan jelas dan terang. Allah SWT berfirman;

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih di antara kalian, bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa" .(QS an-Nur [24]: 55).

Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat di atas, menyatakan, “Inilah janji dari Allah SWT kepada Rasulullah SAW, bahawa Allah SWT akan menjadikan umat Nabi Muhammad SAW. sebagai khulafâ’ al-ardh; yakni pemimpin dan pelindung kepada umat manusia. Dengan merekalah (para khalifah) akan memelihara negeri dan seluruh hamba Allah akan tunduk kepada mereka.” (Imam Ibnu Katsir, Tafsîr Ibn Katsîr, VI/77).

Imam ath-Thabari juga menyatakan, “Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi kaum musyrik dari kalangan Arab dan bukan Arab kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya, Allah akan menjadikan mereka sebagai penguasa dan pengaturnya.” (Imam ath-Thabari, Tafsîr ath-Thabari, XI/208).

Janji besar ini tidak hanya berlaku bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada generasi para Sahabat sahaja, malahan berlaku juga sepanjang masa bagi orang-orang Mukmin yang beramal soleh. Imam asy-Syaukani berkata, “Inilah janji dari Allah SWT kepada orang yang beriman kepada-Nya dan melaksanakan amal soleh tentang Kekhilafahan bagi mereka di muka bumi, sebagaimana Allah pernah mengangkat sebagai penguasa kepada orang-orang sebelum mereka. Inilah janji yang berlaku umum bagi seluruh generasi umat. Ada yang menyatakan bahwa janji di dalam ayat tersebut hanya berlaku bagi Sahabat sahaja. Sesungguhnya, pendapat seperti ini tidak memiliki asas sama sekali. Alasannya adalah iman dan amal soleh tidak hanya dikhususkan pada Sahabat sahaja, namun ia juga boleh diraih oleh setiap generasi umat Islam sesudah mereka.” (Imam asy-Syaukani, Fath al-Qadîr, V/241).

Berdasarkan huraian para ulama di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tegaknya Khilafah Islamiyah adalah janji Allah SWT. Ini bererti bahwa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan dengan izin Allah SWT. Seorang Muslim wajib meyakini bahawa Khilafah Islamiyah pasti akan ditegakkan kembali. Seorang Muslim tidak dibenarkan sama sekali menyatakan bahawa perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah adalah satu bentuk perjuangan uthopia, khayalan, mustahil, kenangan sejarah dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk keraguan terhadap janji Allah SWT. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas, bahawa janji Allah SWT pasti ditunaikan:

"Langit pun menjadi pecah-belah pada hari itu karena Allah. Janji Allah pasti terlaksana" (QS al-Muzammil [73]: 18).

"Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (QS ar-Rum [30]: 6).

Oleh itu, bersegeralah melibatkan diri dalam perjuangan yang penuh kemulian dan keberkatan ini. Benar, perjuangan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah merupakan perjuangan penuh kemulian dan keberkatan .Oleh itu, inilah perjuangan yang direstui, yang dinyatakan oleh para ulama mu’tabar, dan dinaungi oleh janji Allah SWT, yang mana ia akan membuahkan kejayaan lalu menjadi sebab tertegaknya hukum-hukum Allah SWT secara syâmil, kâmil dan mutakâmil.

Wallâh al-Muwaffiq ilâ Aqwam ath-Thâriq.

p/s: Kepercayaan dan keyakinan perlu dibuktikan dengan TINDAKAN agar apa yang dipercaya & apa yang diyakini menjadi sebuah realiti. Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

laut itu dipenuhi orang mati

'dayang senandung' versi mud dead sea~duta RIVAGE..hehe

Jika ditanya, apakah tempat terendah di dunia??~ Laut Mati, Jordan..'klik di sini'

Andai menziarahi Jordan, tak sah andai tidak singgah ke Laut Mati. Yang menariknya, walau anda tidak pandai berenang, anda tetap mampu terapung tatkala berendam di sini.. tak percaya? Cubalah!! (tapi kami adik-beradik semua telah dilengkapkan dengan sunnah berenang ini, alhamdulillah)

Jordan bumi Anbiya', bumi kelahiran para Nabi terdahulu. Namun, perlu diingatkan, ini juga bumi laknat di mana banyak kaum yang telah dilaknati Allah dek kederhakaan terhadap larangan-larangan Allah. Na'uzubillah. Maka, berwaspadalah.. pilihlah 'jalan' terbaik yang Allah redai.

Tatkala insan lain sedang menjalani kelas seperti sediakala, saya berpeluang untuk menikmati cuti selama 2 hari. (forensik kan..hehe). Maka, saya dan beberapa orang rakan berkesempatan untuk menikmati sepetang di pesisiran Laut Mati. Menenangkan.. dek angin yang sepoi-sepoi bahasa, udara yang tak panas tak sejuk (setelah mengkaji laporan kajian cuaca) dan tidak ramai orang di sini (bukan hujung minggu). Maka, kuranglah 'pemandangan yang menyakitkan mata'). Alhamdulillah.

Terlintas ayat Al-Quran yang menceritakan kisah hukuman Allah kepada kaum Nabi Lut tatkala bumi diterbalikkan. (Terbayang fosil-fosil manusia di bawah kami tatkala kami berkuak lentang di laut ini. Mungkin sebab itu terpampang AMARAN 'do not dive' pada papan tanda).

Kaum Lut pun telah mendustakan ancaman-ancaman (Nabinya). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan sebelum fajar menyingsing sebagai nikmat daripada Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia (Lut) telah memberi peringatan kepada mereka tentang azab-azab Kami, tapi mereka mendustakan ancaman-ancaman itu. (Al-Qamar : 33-36 )

Nabi Lut hidup satu zaman dengan Ibrahim. Lut diutus sebagai seorang pembawa risalah kepada salah satu kelompok masyarakat yang hidup berdekatan dengan kaum Nabi Ibrahim. Kaum ini, sebagaimana diriwayatkan dalam Al-Quran mengerjakan perbuatan yang menyimpang yang kemudian dikenal luas sebagai homoseksual. Semasa Lut menyeru mereka untuk menghentikan penyimpangan tersebut dan menyampaikan peringatan daripada Allah, mereka tetap mengingkarinya, malahan, mereka menolak kenabian Lut dan meneruskan penyimpangan perilaku mereka. Pada akhirnya kaum ini dihancurkan, bumi diterbalikkan dengan bencana yang mengerikan.


Kota Sadom adalah sebuah kota di mana Nabi Luth tinggal dalam Perjanjian Lama. Terletak di sebelah utara Laut Merah, masyarakat ini diketahui telah dihancurkan sebagaimana termaktub dalam Al-Quran. Penelitian ahli arkeologi mengungkapkan bahawa kota tersebut berada di wilayah Laut Mati yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel- Jordan.

Sebelum mendekati sisa-sisa bencana ini, marilah kita lihat mengapa kaum Lut dihukum dengan sebegini. Bagaimana?? Teliti Al-Quran.. banyak pengajaran berguna buat kita semua, insya Allah.

"Kaum Lut telah mendustakan rasul-nya ketika saudara mereka (Lut), berkata kepada mereka " Mengapa kamu tidak bertaqwa?". Sesungguhnya aku adalah seorang rasul ( yang diutus ) kepadamu, maka bertaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab, "Hai Lut, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir". Lut berkata " Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu". (Asy-Syu'ara : 160-168)

Kemudian, kaum Nabi Lut mengancamnya sebagai tindak balas atas ajakannya ke jalan yang benar. Kaumnya membenci Lut karena menunjukkan mereka ke jalan yang benar, maka mereka membuang/menyingkirkannya dan orang-orang yang beriman. Dalam ayat lain, kejadian ini dikisahkan sebagai berikut :

" Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka :"Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan :"Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura menyucikan diri ."(Al-A'raaf : 80-82).

Lut menyeru kaumnya kepada sebuah kebenaran yang begitu nyata dengan penuh ketegasan, namun kaumnya sama sekali tidak mengendahkan pelbagai peringatan, bahkan tegar menolak ajaran Lut dan mengingkari azab yang telah diingatkan kepada mereka :

" Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya :"Sesungguhnnyya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang sebelumnya belum pernah dikerjakan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu". Apakah sesungguhnya kamu mendatangi lelaki (homoseksual), menyamun dan mengerjakan kemungkaran ditempat-tempat pertemuannmu? Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan : " Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-oranng yang benar".(Al-Ankabut : 28-29).

Sejurus menerima jawapan tersebut daripada kaumnya, maka Lut memohon pertolongan daripada Allah : " Ia berkata : Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang membuat kerosakan itu " (Al-Ankabut : 30)".

" Ya Tuhanku selamatkanlah aku berserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan" (Asy-Syu'ara' : 169).

Berkat doa Lut tersebut, Allah mengutus dua malaikat yang menjelma dalam bentuk manusia. Para malaikat ini mengunjungi Ibrahim sebelum mendatangi Lut, membawa khabar gembira kepada Ibrahim bahawa isterinya akan melahirkan seorang bayi lelaki, malaikat juga menerangkan mengenai kaum Lut yang akan dihancurkan.


"Ibrahim bertanya; 'Apakah urusanmu hai para utusan?'. Mereka menjawab;"Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa (kaum Luth), agar kami timpakan kepada mereka batu-batu dari tanah yang (batu belerang), yang ditandai di sisi Tuhanmu untuk (membinasakan) orang-orang yang melampaui batas. (Adz -Dzaariyaat: 31-34).

"Kecuali Lut beserta pengikut-pengikutnya. Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan mereka semuanya, kecuali isterinya, Kami telah telah menentukan bahawa sesungguhnya ia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya )". (Al-Hijr : 59-60).

Setelah meninggalkan Ibrahim, para malaikat yang dikirim sebagai utusan kemudian menemui Lut. Pada mulanya, Luth berasa khuatir kerana ini pertama kali Lut bertemu dengan mereka. Namun, berasa tenang setelah berbicara dengan mereka.

Ia berkata:" Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang tidak dikenal". Para utusan menjawab :" Sebenarnya kami ini datang kepadamu dengan membawa azab yang selalu mereka dustakan ". Dan kami datang kepadamu membawa kebenaran dan sesungguhnya kami betul-betul orang yang benar. Maka pergilah kamu di akhir malam dengan membawa keluargamu, dan ikutilah mereka dari belakang dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh kebelakang dan teruskanlah perjalanan ke tempat yang diperintahkan kepadamu". Dan Kami telah wahyukan kepadanya (Luth) perkara itu, yaitu bahwa mereka akan dibinasakan setelah habis waktu subuh. (Al-Hijr : 62-66).

Sementara itu, kaum Lut telah mengetahui bahawa Lut didatangi tetamu.Mereka tidak ragu-ragu untuk menemui tetamu tersebut dan mengepung rumah Lut. Kerana kebimbangan atas keselamatan dirinya, Lut berkata kepada kaumnya.

" Luth berkata : " Sesungguhnyua mereka adalah tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina". (Al- Hijr : 68-69)

Kaum Lut menjawab dengan pedas, mereka berkata :"Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia". Lut merasakan bahawa dia dan tetamunya akan diperlakukan dengan kekejian, Lut berkata : " Seandainya aku ada mempunyai kekuatan untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu akan aku lakukan) (Hud : 80)

Tetamunya mengingatkan bahawa sesungguhnya mereka adalah utusan dari Alllah dan mereka berkata ;"Para utusan (malaikat ) berkata : " hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu pada akhir malam ini dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya kedatangan azab kepada mereka ialah pada waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat ?". (Hud : 81).

Ketika warga kota menentang dengan tahap kebencian yang memuncak, Allah menyelamatkan Lut dengan perantaraan malaikat. Pada waktu pagi, kaumnya dihancurleburkan dengan bencana yang sebelumnya telah diberitahukan oleh Lut.

" Dan sesunguhnya mereka telah memujuknya (agar menyerahkan) tetamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal (Al-Qamar : 37-38).

Ayat yang menerangkan penghancuran dari kaum ini adalah seperti berikut :

" Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereja dengan batu belerang yang keras . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Kami ) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak dijalan yang masih tetap (dilalui manusia). (Al-Hijr : 73-76).

" Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah (Kami terbalikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. (Hud : 82-83).

"Kemudian Kami binasakan yang lain, Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu belerang) maka amat kejamlah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti-bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman, Dan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. (Asy-Syu'araa : 172-175).

Ketika kaum tersebut dihancurkan, hanya Lut dan pengikutnya yang hanya berjumlah tidak lebih dari "sebuah keluarga". Namun, isteri Lut sendiri yang juga tidak percaya tetap dihancurkan.

"Dan (Kami juga yang telah mengutus) Lut (kepada kaumnya), (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka :" Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (didunia ini ) sebelumnya?'. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan :"Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura menyucikan diri". Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali istrinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan ). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu belerang), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang memperturutkan dirinya dengan dosa dan kejahatan itu.(Al-A'raf : 80-84).

Begitulah kisah Nabi Lut diselamatkan bersama dengan para pengikut dan keluarganya, kecuali isterinya. Perkahwinan haruslah dibina atas dasar visi dan misi yang seiring, bersama menuju Mardatillah. Bak kata Ustaz Hasrizal dalam entrinya, rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS