RSS
Post Icon

Rest In Peace

Arwah Wak Him bersama isterinya, Wak Esah (kiri) dan mak saya pada Syawal 2009 di Kampung Selabak, Teluk Intan

Malam 21 Ramadan.. Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak 'hidup' dengan qiyamullail berjemaah. Masya Allah. Di saat manusia leka dengan hidup dunia, di saat ramai yang enak diulit mimpi, masih ada golongan hamba yang gigih mencari reda Allah di 10 malam terakhir Ramadan.

Masih segar di ingatan. Hampir jam 5 pagi, mak memberitahu saya dengan cemas. "Ain, cepat bersiap, kita pergi rumah ewan. Wak him sakit". Sepantas kilat, mak menghilang ke rumah ewan, sepupu saya bersama adik.

Saya ditemani abah. Dengan bersiap ala kadar, menyarung tudung & cardigan saja, kami meredah sunyi pagi ke rumah ewan yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Sepanjang perjalanan yang tak sampai 10 minit itu, saya berterusan berdoa, 'semoga wak Him sihat, dipanjangkan umur'. Namun, tak dinafikan, jauh di sudut hati saya, saya merasakan, wak Him 'tak sempat' menjadi penyambut tetamu vip di kenduri saya. Oh, takkanlaa! Dari luar rumah, saya melihat ada banyak selipar di situ dan suara tangisan kedengaran.

"Assalamualaikum.. " ucap abah dan saya.

Saya melihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu, beralaskan toto. Beberapa orang berkerumun, ada 2 lelaki tak dikenali (mungkin jiran tetangga ewan) yang sedang membuat cpr, namun....tak kena cara. Getus hati saya.

"Ain boleh buat cpr?" tanya mak & kak erni, isteri kepada ewan.
"Boleh, insya Allah" jawab saya.

"Ain, tolong wak..tengokkan wak him... kenapa dengan wak him ni.." raung wak esah, isteri kepada wak him. Saya mengangguk saja.

Saya mengambil tempat. Ilmu BLS (basic life support) di-recall. Bismillah.

Pesakit pertama cpr saya sewaktu di Hospital Selayang (sewaktu elektif tahun lepas) selamat, alhamdulillah. Namun, gerak hati menyatakan sebaliknya bagi pesakit kedua cpr saya, merangkap pak cik saya ini.

Saya memeriksa wak him. "Ain tak rasa nadi.." saya berterus terang. Namun, usaha tetap dijalankan.

"Ain, selamatkan Wak Him.. Dah call ambulance. Deorang suruh buat cpr" kata Wak Esah dalam tangisan cemas. Saya hanya mengangguk. Ya Allah, bantulah saya.

Masuk kali ke-5 saya melakukan cpr, saya pasrah. Mata saya sudah bergenang. Teringat segala kenangan bersama wak Him, pak cik yang paling rapat dengan saya. Baru minggu lepas saya berjumpa wak Him di rumah ewan. Manakala 2 minggu lalu wak Him datang ke rumah saya. Kami berbual mesra, sambil wak Him mengisi borang permohonan nikah saya di bahagian saksi. Kini, saya memandang wajah itu.. kaku.

"Wak esah, mengucap di telinga kanan wak him yea.." kata saya, memandangkan saya 'bertugas' di sebelah kiri wak him. Saya diburu hiba. ' Dr Nurul Ain, get rid of your emotion! This is your patient. Just do your duty' bisik saya dalam hati.

Saya sempat melakukan 7x cpr sebelum ambulance sampai. M.A. dan doktor menjalankan tugas mereka sambil saya memberikan brief history. 57-year-old male patient, known case of ...blablaa...
"Any changes during cpr?" tanya doktor.
"I don't think so.. " jawab saya.

"Pak cik dah tak de. Allah lebih sayangkan pak cik" kata doktor. Yeah, itu yang saya nak katakan sejak tadi, namun.. emosi saya bertegas ingin menafikannya.

Serentak itu seisi rumah kelam kabut. "inna lillahi wa inna ilaihi raji3un" kata abah. Wak Esah menangis teresak-esak. Mak saya terduduk kesedihan. Ewan dan Kak erni juga kelihatan blurr. Si kecil Hanis & baby Humaira' terkebil-kebil tidak memahami. Saya melihat sekeliling. No! Saya mesti kuat. Insan-insan sekeliling saya sudah 'berada di alam sendiri'.

Kami berpelukan sesama sendiri sambil menutup wajah jenazah wak Him. Air mata ditahan. Yea, tiada setitis pun yang menitis lagi. Dengan suara yang tenang, saya menelefon memaklumkan berita tersebut kepada saudara-mara. Masing-masing terkejut. Tak lama kemudian, azan Subuh berkumandang. Usai solat, abah memaklumkan kepada orang-orang masjid.

Jenazah Wak Him selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiyah. Kemudian, jenazah dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di sana atas permintaan Wak Esah, balu Wak Him dengan menaiki van jenazah.

Saya memandu sepanjang perjalanan pergi-balik KL-Ipoh, memandangkan abah saya mengantuk dan keletihan. Mata saya memandang jalan dengan pandangan yang kosong. Sesampainya kami di Ipoh, rumah sudah dipenuhi dengan sanak-saudara dan jiran-tetangga, juga kenalan wak Him dan Wak Esah.

Sewaktu saya bersebelahan dengan wanita-wanita yang membaca yasin, saya memandang sekujur tubuh di situ. Fikiran saya melayang.

"Tahniah doktor!" ucap wak Him sambil memeluk saya tatkala beliau menziarahi kami. Tika itu, saya baru 2hari sampai di Malaysia selepas pulang graduasi.

"Dah praktis duduk bersimpuh? hehe..pengantin kena duduk malu-malu nanti" gurau wak Him 2 minggu lalu. Beliau memang memahami betapa lasaknya saya sejak kecil.

"Wes perawan anak Badar" kata Wak Him sewaktu hari pertunangan saya.

"Anak dara ni orak reti anyam ketupat, senang jek..macam ni. Ni mesti asyik makan nasi Pak Arab je" kata Wak Him dengan nada mengusik. Saya yang sememangnya hanya pandai makan ketupat ini tersengih saja. sepanjang 6 tahun di Jordan, itulah kali pertama dan terakhir saya beraya di Malaysia, iaitu pada September 2009. Rupa-rupanya, itulah sambutan Syawal terakhir saya bersama beliau T__T

Beliau pasti melayani segala kerenah anak-anak saudaranya walaupun kami sudah besar panjang. Seorang atok yang sangat bersabar dan kebudak-budakan melayan keletah cucu-cucunya yang lasak dan mulut bak bertih jagung.

Pelbagai kenangan terimbau. Air mata mengalir tanpa diundang. Insan yang paling baik pernah saya kenali. Terlalu baik terhadap isteri, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, dan kenalannya. Tak pernah sekalipun saya dengar beliau meninggikan suara dan marah. Menegur sambil tersenyum, dengan nada yang mendatar. Murah senyuman. Ringan tulang menjalankan tugasan rumah, kerja-kerja di dusun dan amanah dengan tugasan pejabat. Seorang yang sentiasa menjaga solat berjemaah di masjid, meskipun tika hujan di kampung.

"Hujan la wak.." kata saya.
''Apa guna ada kereta..'' balas beliau sambil tersenyum. Perbualan suatu tika dulu.

"Wak merasa 2x jadi imam solat terawikh ramadan kali ni.. Seminggu sekali rotate jadi imam harian solat fardu" cerita Wak Esah.

"Sejak pencen, tugasan rumah, semua wak selesaikan.." adu Wak Esah.

Sungguh saya kagum! 1 dalam 10 000 insan seperti beliau.

"Ni baju wak Him yang nak dipakai masa kenduri Ain. Semangat Wak Him siapkan baju ni awal-awal, seronok dia dengar Ain nak kahwin" cerita Wak Esah. Saya memandang baju melayu tersebut, air mata mengalir deras.

"Kaum keluarga boleh mendekati jenazah sebelum jenazah nak dibawa ke masjid untuk disembahyangkan dan dikebumikan" umum seorang lelaki di situ.

Seorang demi seorang mendekati jenazah Wak Him. Tiba giliran saya. Air mata disapu. Wajah penyayang itu ditatap seketika, dahinya dikucup. Sejuk. "Wak, Ain minta maaf. Terima kasih semuanya. Selamat berehat, semoga berbahagia. Doakan Ain. Ain sayang Wak. Kita jumpa di syurga, insya Allah" ucap saya.

"Syahmi nak meninggal dunia macam wak Him, mati dalam tidur, tak de nazak sakaratul maut. Meninggal dalam bulan puasa best, orang-orang dalam kubur dah beraya waktu bulan puasa" celoteh adik saya. Saya tersenyum. Menarik juga 'pemikiran' si bongsu ni.

"Wak Him rajin solat kat masjid, jadi imam terawikh, mengajar mengaji AQ..Wak baik sangat, sebab tu senang. Allah permudahkan." balas saya kepada Syahmi. Sengaja saya memberikan 'pencerahan'.

Tugasan beliau di dunia sudah selesai, termasuk menunaikan rukun islam ke-5. Alhamdulillah. Benar.. Insan yang sangat baik, 'pergi' dalam keadaan baik di bulan yang sangat baik. Allah yarhamhu~

Al-Fatihah juga buat Dr Jameel Alamee, doktor yang pernah mengajar subjek Genetics sewaktu 2nd year di JUST, Jordan. 'Subhanal Khaliq', ayat yang selalu beliau ucapkan sambil menerangkan pelajaran dan mengaitkan dengan ciptaan Allah. Markah 2nd exam Genetics saya dulu agak tinggi (Alhamdulillah) dek beliau yang sangat berdedikasi menerangkan intipati pelajaran sehingga saya tak mampu nak terlelap walau 2 saat. Rest in Peace~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

mekap, acu cubo try test!



Hi, Salam Ramadan :)
Adik-adik saya sangat gembira sempena hari esok. Sebab?? Cuti sekolah..dek Nuzul Quran. huhu. Siapa yang tak suka cuti, kan? Namun, bagi saya, banyak program menanti seawal pagi esok sehingga sepanjang hari. May Allah ease.


Kali ni saya nak membebel mengenai mekap. Oh, bukan MEKAP=majlis kaunseling pelajar kelolaan Permai tu (yang kini digelar PINTAR)

Saya percaya, semua pengantin ingin kelihatan menarik/cantik dan seumpamanya pada hari bersejarah dalam hidup mereka, termasuk saya. Memang dah menjadi kebiasaan untuk pengantin berhias-hias termasuk bermekap/touch up. Jika ketika kecil saya menyaksikan makcik-makcik saudara saya kelihatan cantik pada hari perkahwinan mereka,
mekap yang halus dan natural andaman mak andam kampung. Kini, zaman sudah berubah. Istilah sekarang adalah 'mekap artis'. Oh, no! Saya tak pernah impikan untuk menjadi artis atau hidup seperti mereka. I'm just an ordinary girl.

Sejak setahun yang lalu, saya banyak blogwalking blog-blog bride-to-be, untuk mengambil tips-tips, membaca kisah-kisah yang mereka kongsikan dari segi persiapan, pengalaman dsb. Salah satu tips yang mesti dibuat bagi bakal pengantin adalah try mekap mak andam anda sebelum berlangsungnya hari perkahwinan anda. Ini adalah supaya anda
dapat meng-adjust apa yang mahu/tidak mahu, komen apa-apa yng dirasakan perlu atau mungkin mencari mak andam lain. Tapi, ingat! kebanyakan mak andam haruslah ditempah lebih awal, paling lewat 4bulan sebelum berlangsungnya majlis anda.

Sewaktu majlis pertunangan saya, saya hanya memakai toner, moisturizer, natural compact power, lip-ice & sedikit celak mata. Kesemuanya hasil tangan sendiri. That's all. Dan untuk bermekap hasil tangan mak andam menjelang hari perkahwinan, saya berasa sangat risau. Apa akan jadi pada muka saya nanti? Mungkin kelihatan lawa dalam gambar 'setelah diedit', namun, apa pula 'pandangan live' tetamu jemputan yang hadir? (dilema orang yang tak up-to-date)

"Saya tak nak cukur kening sebab saya rasa kening saya dah elok terbentuk" (opss, terpaksa bagi ayat perasan)
"saya tak nak bonggol pada tudung, nampak macam tumor je" (opss, tak nampak 'kedoktoran' sangat kan?)
"saya tak nak tudung singkat, nak yang menutupi dada" (sebab saya tak selesa)
"saya tak nak tudung masuk dalam baju" (mungkin menampakkan bentuk yang tak sepatutnya)
"saya nak mekap yang sangat light, so natural, sama tone dengan warna kulit yang asal" (sebab tak nak nampak 'topeng' sangat)

"saya tak nak bulu mata palsu, kawan saya pernah tercabut bulu mata palsu sewaktu bersanding, malunya!" (sebab saya rasa, cukuplah pakai maskara simple je. Tak perlu sambung-menyambung dengan gam)
"saya nak mak andam, tak de la terbatal wudu' sebelum upacara membatalkan air sembahyang, lagipun nanti senang nak solat"(oh, no! saya tak sanggup andai 'pak andam' atau 'nyah andam' yang menyentuh dan membelek-belek kulit muka saya. no way!)
"saya tak nak eye-liner tebal sangat. Mata saya dah besar, kang nampak terlalu galak"

Hah, banyak kan permintaan saya! pelbagai reaksi yang perlu dihadapi oleh anda, jika masih mahu bertegas seperti point-point di atas.

"alaa..sekali seumur hidup je dik" (sebab sekali seumur hidup lah, saya nak buat dengan cara yang saya happy & Allah reda)
"Kalau light sangat, tak cantik dalam gambar" (well, saya lebih mementingkan 'live look' berbanding dalam gambar. Well, gambar hanya untuk simpanan sendiri, so tak de masalah)
"Kenapa tak nak bonggol? nanti bila letak crown, cantik & elok terletak" (saya tetap merasakan ia nampak buruk & seperti ada craniopharyngioma, opss!)
"Kalau tak pakai bulu mata palsu, tak nampak sangat la adik vogue sebagai pengantin" (saya bukannya artis, tak perlu nak vogue sangat)
"biasanya kalau pak andam yang mekapkan, memang lagi cantik. Tapi, tak pe, kiter ikut customer" (tak pe la, saya tak nak cantik yang macam tu, lagipun nak jaga wudu', senang nak solat.)
"kalau pakai bulu mata palsu, tak nampak mata besar, nanti lepas pasang bulu mata & letak gam, boleh lukiskan sikit gune liquid eye-liner"

Bagi sesiapa yang ingin bermekap & 'supportive', semestinya tak menjadi masalah. Memang akan kelihatan cantik. betul! Namun, sorry to say, itu bukan prinsip saya.

Usai test mekap, damn it! Saya terasa nak meraung. Mungkin foundation yang digunakan agak gelap dari tone muka saya (kakak tu kata tak pe, memang perlu lebih gelap sikit supaya nampak eksotik blablaa.... nanti dalam gambar blablaa...)

Lipstik ni blablaa...komen saya.

"Nurul, ni untuk test saja. Waktu nikah nanti, akak tambahkan lapisan lagi sikit. waktu kenduri, memang perlu lagi tebal, baru nampak pengantin".

Oh, no!!!!!!!!! saya memang terasa nak menangis....
Tak per, pendirian saya; customer always right. It's my wedding, not theirs.

"kecewalah, saya tak nak macam ni...blablaa..." ujar saya.


My fiancee kata, "tebalnya mekap". Fuh, malunya saya, sungguh! tiba-tiba terasa ingin menjadi halimunan & ghaib dari pandangan dia waktu tu jugak!

Setelah mengambil beberapa gambar, abah saya komen. "Lainnya muka. Abah tak kenal"

Dan untuk jawapan yang jujur, semestinya saya akan bertanya adik-adik saya, kanak-kanak innocent & memang jarang menipu.

"Lain sangat, syahmi tak kenal. Tapi, baju yang tu lawa" (hello dear, tu baju nikah along, mestila lawa, heee)

"Macam bukan along la. Hafiz lagi suka along yang biasa"

Setelah saya meluahkan kepada Hafiz realiti 'mekap artis' bagi andaman pengantin, Hafiz mengutarakan, "Minta tolong kawan along jela. Tak payah bayar mahal. Mekap biasa jela along, macam waktu bertunang tu pun ok. Dah nampak lain & berseri sebab along tak pernah mekap"
~sewaktu hari pertunangan saya, menanti ketibaan rombongan pihak lelaki~

Dan saya membuat keputusan, 'Tak perlulah saya nak ber'mekap artis' itu. Cukuplah nampak lain sedikit dari hari biasa, asalkan elok dipandang mata, bukan sekadar cantik setelah diedit. Well, gambar-gambar saya tanpa mekap sebelum ni pun tak de la buruk sangat, kan.. (haha). Jemputan pun sedia maklum bahawa saya adalah pengantin pada hari itu, rite.. so, tak timbul isu nanti orang tak perasan pengantin sebab mekap nipis sangat'

~terasa nak pakai bedak sejuk sajor, hahahahaa~

~mekap artis memanglah tebal & nampak cantik dalam tv dek spotlights yang melimpah ruah, begitu juga dengan gambar-gambar model dalam majalah. Habis dimekap cun-melecun & gambar diedit habis-habisan. Realitinya? anda lihatlah sendiri tika ia bangun subuh. Namun, tak dinafikan, ada yang memang benar-benar cantik rupa parasnya. Ciptaan Allah, semuanya cantik & bersesuaian dengan makhluk. Alhamdulillah 3la kulli haal~

~musykilnya..kenapa berat badan saya tak menurun sewaktu ramadan ni? haih..masalah besar ni. hermmm....

~sejujurnya, sewaktu saya seorang diri argue dengan beberapa orang pakej & andaman mengenai mekap, saya teringat hadis ini. Tak kisahla nak kata saya kolot atau tak vogue atau tak supportive atau cerewet dsb.. Yang penting, pendirian saya tetap begini, insya Allah. Allahu yahdina wa yahdihim*

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar;
Rasulullah melaknat wanita yang menyambung rambut dan yang meminta disambung rambutnya, yang membuat tatto dan yang minta untuk ditatto." (HR. Bukhari No. 5937 dan Muslim No. 2124)

Memakai bulu mata palsu itu adalah sama kaedahnya dengan memakai rambut palsu (menyambung rambut/meminta disambung rambut). Wallahu A'lam.

May Allah ease. Please pray for me :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

9hb


Alhamdulillah. hehee.. Happy!
Alkisahnya, kelmarin saya mendapat panggilan daripada Arulz. Rupa-rupanya, beliau (bagi pihak abang nya) ingin 'melamar' saya memberi talk kepada adik-adik yang bakal datang ke Mesir-Jordan dalam satu slot BTN.
Bila & di mana, soalan pertama saya. "Selasa, 11 pagi, Kem Meru"
Saya berfikir sejenak. Ermm, facial appoinment saya adalah pada Selasa 2.30petang. Saya google map seketika..insya Allah tak bertindan masa & sempat untuk saya bergerak dari Meru ke KL. Ok!

Tak lama kemudian, saya mendapat panggilan & emel rasmi daripada Encik Hasrizal, Pengarah Pengurus Latihan Kem Belia Negara Meru, Jabatan perdana Menteri.
Setelah bertanya serba sedikit mengenai objektif (perlulah diketahui apa objektif, kang syok sendiri cakap sorang-sorang), peta laluan, sasaran, masa dsb, ok, deal!

Tengah malam tadi baru saya menyiapkan slide, di samping menyelitkan gambar-gambar tatkala bergelar pelajar perubatan. Fokus utama saya mengenai Transformasi Sebelum, Semasa & Selepas Graduasi. Transformasi diri sebagai persediaan dari alam sekolah hingusan kepada alam dewasa berkerjaya. Yea, 6 tahun adalah tempoh transformasi itu.

Apakah azam/niat/angan-angan/tahap diri sebelum ke Jordan sama sehingga pulang membawa MBBS kelak? Adakah tahap kefahaman agama sebelum & selepas pulang kelak sama saja?? Cabaran-cabaran & sikap penuntut-penuntut semasa di sana.
Juga saya menyelitkan pengalaman-pengalaman sendiri, kawan-kawan, adik-adik juniors. Sebenarnya, pot-pet saya lebih ditekankan mengenai akademik, ponteng kelas, suasana peperiksaan.. dek banyak kes keciciran, jumlah repeat papers & repeat years yang meningkat saban tahun.

Perkongsian santai yang didahului oleh Ust Zulnunosman, graduan Mesir beberapa tahun lalu. Slot Q&A yang berkesan dek banyak soalan yang kami terima. Kesudahannya, slot yang bermula 11 pagi itu selesai hampir 1.45 petang. Dalam keadaan penat (& mengantuk) berpuasa pun, bersemangat adik-adik ni bertanya soalan eh, hehe.

Usai sahaja slot itu, saya diberi kertas oleh salah seorang tenaga pengajar di situ. "Dr tolong isi kan maklumat, yea".
Selepas tandatangan, saya dengan yakinnya menulis tarikh hari ini 09/09/2011. Yea, saya tahu hari ini 9hb, dek reminder 'KBN Meru' dalam iphone4 saya pagi tadi. Kemudian, saya menyerahkan borang tersebut.

"Dr Nurul, hari ni 9 Ogos laa, bukan 9 September" kata encik tersebut.
Opss, tersilap! Saya tersenyum sambil memperbaiki kesalahan saya. Kalau lah encik ni tahu 9/9/2011 tu tarikh ape, mesti dia kata saya berangan syok sendiri, adoilaa..*blushing*

Guess what?? Itu adalah borang claim elaun penceramah! *wink wink* RM130x2jam=RM260
Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan..sungguh tak sangka :)
Abah saya memang tak pernah mengizinkan saya untuk bekerja sambilan di mana-mana. Namun hari ini, yeay.. Saya dapat elaun itu hasil ceramah (baca:bebelan) saya. So, itu dikira gaji pertama saya la kan.. hehe~

"Bolehlah belanja" kata my fiancee =P

Saya sampai beberapa minit agak lewat ke facial appoinment dek laluan sesak di pusat bandar. Well-known traffic-jammed. hectic KL.
OMG!! saya ada masa sebulan saja lagi untuk menikmati era 'single'.. ottoke? Banyak mesej 'reminder' yang saya terima. Saja nak buat saya cuak, kan.. haih.

Di saat kejatuhan USD dan Euro semakin rancak, saya memikirkan sesuatu untuk aset saya kelak. ehem-ehem, klik di sini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

the word 'P'


Setiap kali berjumpa saudara-mara, ayat yang akan terkeluar sekarang adalah, "Amboi pengantin, berseri je.. Posting kat mana?"
Seriously, saya sangat segan dengan word 'pengantin' tu, ok! *blushing*
Posting? hermm.. Saya masih memilih untuk menjadi penganggur dari menjawat jawatan kerajaan buat sementara, dek jawatan 'bakal pengantin' sekarang ni agak sibuk. The best thing to do right now is to spend your precious time with your beloved family & dearies friends, settle down all your own business & enjoy every seconds of your 'single moments' left. LOL.

Tatkala di rumah, saya menyelak buku-buku dan majalah-majalah adik-adik. Well, kita perlu tahu bahan bacaan bulanan apakah yang dilanggan dan dibaca oleh adik-adik kita, rite.. Dan kebiasaannya, banyak yang saya belajar daripada majalah ilmiah seperti Asuh, Siri Ibadah Anak-Anak, Upin & Ipin dsb, antaranya adalah doa-doa ringkas yang telah saya pelajari sejak berumur 4 tahun di taski ABIM, namun kini makin pudar aplikasinya dek zaman. Siri Jom Kenali Allah, Syaitan musuh kita, kisah-kisah tauladan dsb.
Konklusinya, peringatan & tazkirah buat rohani kita bukan semata-mata datang dari bahan 'bacaan berat' sahaja, malahan, bahan bacaan kanak-kanak 'lebih lembut' untuk jiwa kita terima dan bermuhasabah.

"Along, I don't understand this part.." kata Syahmi, adik bongsu sambil menyuakan homework Matematik KUMON.

"Oh, adik dah belajar pecahan bahagi ke? Along terangakan dalam BM ye, sebab along belajar dulu dalam BM. Tak sure teacher adik ajar macam mana. Setakat yang along ingat, macam ni..blablaa.." Alhamdulillah, dapat jawab! kalau tak, 'jatuh saham' along depan adik bongsu, haha.

Along, ajarkan yang ni.. along, tolong lukis corak.. along, Syahmi habis sekolah harini lewat, blabla.. yea, kini semuanya along. Perasaan saya, sangat seronok dapat bersama sepenuhnya dengan adik-adik. Melayan kerenah sambil bergusti (?) dengan mereka.

Soalan syahdu daripada adik bongsu saya, "Nanti lepas kahwin, along sayang Syahmi lagi tak?"
Aduhai..air dicincang takkan putus. Ukhwah Islamiyyah lagi kan menjangkau seluruh benua, inikan pula hubungan darah, merentasi alam fana & alam abadi.

Saya berfikir, kasihan mak, setiap hari berdepan dengan kerenah anak-anak yang pelbagai tahap. Bab lukisan, mak yang tolong. Bab jahitan, mak yang jahitkan. Bab B.I, mak yang tolong. Homework karangan, mak juga yang bersengkang mata tolong mencari ayat. Bab solat & mengaji AQ, mak juga yang 'bising' saban waktu. Semuanya mak.., dulu , kini dan selamanya. Itu belum dikira tugasan di rumah. Mak is everything. May Allah bless you & we love you forever, mak :)

Tips for all future docs out there, click here.

Dulu saya pernah berangan nak buat macam-macam sendiri untuk my own wedding. Namun, tak semuanya mampu dilakukan sendiri, dek kesempatan masa yang ada. Tambahan, banyak perkara yang perlu diselesaikan di hari-hari terakhir kelak. Antaranya adalah, kek hantaran untuk my fiancee di majlis akad nikah kami nanti. *blushing*

'Kami' menyukai hasil tangan Kak Suzanna. Lihat, ini salah satu daripadanya. Comel kan?? *wink wink* Kak Suzanna bersetuju untuk membuat 'hasil yang saya inginkan', insya Allah. Hasil yang bagaimana?? Hehe, rahsia! Just wait & see. Ok, booked :)

Hampir menjejaki minggu ke-2 Ramadan. Terasa masa pantas berlalu. Ibadah masih banyak yang lompong di sana-sini. Saya terkesan dengan link ini, Ramadan Seorang Wanita. Banyak fasa & berlainan tingkatan tanggungjawab, cabaran & pahala. Terima kasih buat my dear 'Afifah Azam, ehem, bride-to-be juga ni, hehe. Kami sama-sama mengambil 'keberkatan Syawal', eceh =P

Semoga hari-hari mendatang lebih baik, insya Allah. Selamat mencapai ijazah TAQWA. Ramadan Kareem everyone (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS