RSS
Post Icon

update! SHR



Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahil hamdu
Kullu 3am wa antum bi alf kher :)

Terlalu banyak perkara yang berlaku usai kenduri. Sedar tak sedar, sudah hampir 2bulan saya bergelar isteri kepada suami tercinta (kene celebrate ulangbulan ni..huhu). Abang, terima kasih menerima sayang dalam hidup abang :)

Ziarah menziarahi saudara-mara, berpindah ke rumah sewa, set up kelengkapan rumah kami, mini-honeymoon di Langkawi (sooo happy)..berkursus induksi di Grand Kampar Hotel, Perak.. memulakan tugasan sebagai Pegawai Perubatan UD41 (HO) di Hosp Ampang.. tagging for 10days @ O&G Dept. Waaa..sooo exhausted!

bergelar HO..Segalanya bukan sesuatu yang mudah, tapi saya yakin, Allah sentiasa bersama saya. Suami dan keluarga sentiasa menyokong saya. Toleransi dan bekerjasama dalam rumahtangga yang baru dibina. Alhamdulillah. 'keperitan' 10 hari sudah berlalu. Log book telah dipenuhi, assesment sudah lulus.


Seawal 5pagi saya sudah bangun menguruskan diri dan sarapan. Usai solat Subuh secara berjemaah bersama suami, kami bertolak ke Hospital Ampang yang hanya 15minit dari rumah kami. Punch card! Walaupun waktu bekerja kami 7pagi-10malam, namun kami hanya boleh pulang seandainya tugasan selesai. Dan kebiasaannya, 11lebih baru kami boleh pulang ke rumah, dinner bersama dan berehat.

"What is shock bowel syndrome?" jawapan kami tidak memenuhi kriteria yang diingini. Short bowel syndrome tahula..shock bowel syndrome..herm, tak pernah pulak saya dengar.
"all of u are useless" kata HOD sewaktu hari pertama saya bekerja. (tapi, saya tak terasa apa-apa..haha)

"Dr Nurul Ain, blood bank telefon" kata staff nurse. Rupa-rupanya, saya terlupa mengisi no passport bagi borang GSH pesakit Myanmar. Maka, darah tersebut tidak boleh diproses. Berlari saya menuruni tangga ke Blood Bank dek pesakit tersebut dah nak bersalin.


"Dr ain, patient ni dah boleh discharge ke? Pharmacy call, nak consult patient sblm discharge"

Ini bukan lagi sewaktu zaman klinikal yang hanya mengambil 1-2 kes sehari. Sewaktu bertugas di wad, kami membahagikan tugasan sesama HO. 12 katil bahagian depan, adalah cubicle saya.

"Dr Ain , patient dr katil 10 bleeding. Dr nak bagi apa?"
"Dr Ain, nak bagi ubat T.EES tu berapa lama? Dr tak sign lagi medication chart tu"
Waaa..so hectic and even more after post-tag! am round, pm round, midnight round. Ini baru keadaan di wad sebelum bersalin. Belum lagi wad bersalin, wad selepas bersalin, wad sakit puan, klinik.

Berada di LDS (dewan bersalin) adalah pengalaman yang.....
Dan perkara yang paling melenguhkan adalah menjahit pesakit usai bersalin. episiotomy tear, 1st degree tear.. OMG! Selepas itu, saya pasti akan berasa lenguh bahu dan tengkuk. Adoilaa~

"Bile kita boleh cuti ek? Nak wat appoinment massage kat spa la.." luah saya kepada my hubby.

"tajdid niat.." pesanan mak yang selalu saya ingati.
"ikhlaskan hati.." pesan my hubby.

Alhamdulillah. Kebetulan saya day-off pada hari raya Ahad, aidiladha. Manakala my hubby pm shift (10am-11pm). Maka, usai bekerja pada hari sabtu, kami menziarahi keluarga di Cheras. Oh, pengalaman pertama bermalam raya di rumah mertua..huhu. Usai solat raya (raya pertama bersama suami tercinta), my hubby dengan muka yang berat hati perlu bertugas di hospital, manakala saya menyambung episod berhari raya bersama keluarga saya di Gombak (sebelum kami bertemu kembali pada 11pm nanti, insya Allah..oh, meniti waktu).

Opss..esok saya akan bekerja am shift. Namun, masih ada homework yang masih belum saya baca/cari. Study! Doakan kami diberi kekuatan dan istiqamah melaksanakan kewajipan sebagai hamba Allah dan HO muslim.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS