RSS
Post Icon

tempoh berkurung


Dup dap dup dap..

"Eh, ada pengantinnya..amboi-amboi, berserinya senyuman.."
"Pengantin yang drive ke? Darah manis ni, drive elok-elok.."
"Duduk rumah je, tak yah pergi mana-mana.. orang darah manis tak elok keluar rumah.."
"Dah tak boleh bawa motor, kalau jadi ape-ape kang.. risau abah. Orang darah manis ni kena jaga diri elok-elok, Ain dok kat rumah je..."

Road to my big day~Oh, macam-macam 'ceramah' yang saya dengar sejak hujung Ramadan!
Konklusinya, arahan kuarantin a.k.a 'tempoh berkurung' berkuatkuasa sejak semalam sehinggalah tibanya hari kenduri saya hujung minggu ini. OMG!

Bak kata Ifah, "haha, kesian akak, takpe, arituh Ifah pun kene kuarantin jugak"
Bak kata Ummu, "I told u, sama lah kita..haha, nothing to say"

Masa, kenapa anda sangat pantas berlari? Sungguh! Terasa baru saja kami mengemas rumah untuk majlis pertunangan 24/9/2009. Dan kini, kami bertungkus-lumus membuat persiapan untuk majlis pernikahan & perkahwinan pula.

Bismillahirrahmanirrahim.
Insya Allah, tentatif "Majlis Raja 3 Hari" (bukan raja sehari, hehe);

9/9/2011, Jumaat~majlis di kediaman keluarga pihak perempuan
Pagi : Marhaban & Majlis Khatam Al-Quran
Usai solat Jumaat : Majlis Akad Nikah
Malam : Malam Berinai/Persalinan

10/9/2011, Sabtu~Kenduri belah Pengantin Perempuan di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak
11/9/2011, Ahad~Kenduri belah Pengantin Lelaki di Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras

details & peta boleh dilawati di sini.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Semoga majlis kami berjalan lancar, insya Allah & Engkau berkatilah majlis kami ini.
Mohon doa yang baik daripada anda semua. Jazakumullah (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

famous amos choc chip


Assalamualaikum.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Kullu 3am wa antum bi khair.
Allahu Akbar 3x Walillahil hamd.
Salam Aidilfitri & Maaf zahir Batin kepada semua.

Sejak kecil saya disajikan dengan pelbagai kuih & biskut raya. Namun, bagi keluarga kami, biskut-biskut ini bukan hanya dimakan ketika raya. Malahan, sejak saya tingkatan 1 di MMP Kota Bharu lagi, setiap kali pulang dari bercuti, pasti berbalang-balang biskut yang saya bawa hasil air tangan mak saya, buat santapan saya & kawan-kawan. Ini berlarutan ketika saya menuntut di KISAS, DQ, sehinggalah ke Jordan. Namun, edisi di jordan, saya perlu membuat sendiri..hehe. Sehinggalah kini, biskut-biskut ini masih sama seperti dulu dan saya tak pernah jemu sama sekali!

Disebabkan ramai yang bertanyakan resepi choc chip saya (haha), maka entri kali ini adalah berkenaan resepi tersebut. Biskut-biskut lain, mungkin lain kali la..huhu.

FAMOUS AMOS HAWAIAN CHOC CHIP COOKIES

Bahan-bahan:
2 cawan butter (1 cawan=220g)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh baking powder
2 cawan castor sugar
2 cawan brown sugar
3 cawan oatmeal (blend halus)
3 cawan choc chips
1 cubit garam
500g cadbury bar choc (diparut)
4 biji telur
3 cawan badam dicincang
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1) Pukul butter dan gula sehingga kembang
2) Masukkan telur dan esen vanilla
3) masukkan oatmeal, garam, baking powder dan baking soda
4) Masukkan tepung gandum & kemudian, gaulkan
5) Masukkan choc chips, choc bar dan badam, kemudian digaul rata
6) Bentuk-bentukkan mengikut kesukaan masing-masing
7) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit (bergantung pada keadaan oven masing-masing)

*adunan ini banyak & pasti sedap, insya Allah (^_^)
*banyak mesej raya yang diterima..hampir kesemuanya ada menyelitkan 'reminder'~last raya as single, LOL~
*siapa sangka, saya masih mendapat duit raya pada raya kali ini =P
*Sejujurnya, saya terkenang memori kali terakhir beraya di perantauan bersama kawan-kawan tahun lepas..miss them!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS