RSS
Post Icon

ramadan dulu & kini. vs Lapor diri

Merindui suasana Ramadan di Jordan..
Ramadan lepas (sewaktu bergelar pelajar tahun akhir perubatan) adalah antara Ramadan yang paling indah saya rasakan..
Penat seharian muhadarah, klinik, ward-round dsb..
Petang berbuka puasa bergilir-gilir di rumah kawan-kawan final year..
Membahagi-bahagikan tugasan memasak..
Tuan rumah akan penat sekali dua saja untuk memasak menu-menu utama besar-besaran..
Nasi minyak, nasi briyani, char kuew teow, nasi lemak, nasi ayam, mee bandung, lauk-lauk kampung.. just name it! we ate all those things together happily :)
Kawan-kawan lain yang bertandang membawa pot-luck kuih-muih hasil air tangan masing-masing..
Pelbagai juadah setiap hari, mengalahkan bazar Ramadan..
Bertadarus Al-Quran..
Membuat Majlis Khatam Al-Quran batch.. siap ada pulut kuning perantauan..
Solat Maghrib berjemaah bersama mereka..
Solat Isya' & bertarawikh berimamkan Syeikh Makmun di Masjid Yarmuk..

Pernah 1 malam kami skip berterawikh di masjid Yarmuk..
Hanya berterawikh di rumah secara berjemaah..
Dek study group berlatih osce & mini-osce untuk menghadapi Internal Medicine exam..
Bersahur, qiam & bacaan Al-Ma'thurat bersama-sama..
Indahnya suasana itu..
Alam pelajar, dunia mahasiswa adalah zaman gemilang untuk mencipta pelbagai memori..
Kini, zaman itu telah berlalu..
Hanya memori yang tersimpan kemas dalam diari kehidupan.

Seingat saya, sejak tahun 1 sehingga seterusnya, saya merasai 2-3hari berpuasa Ramadan di rumah bersama keluarga, sebelum pulang semula ke Jordan menyambung baki pengajian. Melainkan penghujung tahun 4 (sebelum memasuki tahun 5 Perubatan), kami mempunyai 7minggu cuti, termasuk sebulan lengkap Ramadan & 6 hari Syawal bersama keluarga di Malaysia.
Yeah, September 2009. Maka, kesempatan 7minggu itu digunakan untuk persiapan Majlis Merisik dan Majlis Bertunang. hehe.
Hanya pada Ramadan & Syawal tahun lepas, memang sepenuhnya diraikan di Jordan bersama kawan-kawan final year dan adik-adik juniors.

Suasana Pra-Ramadan kini di Malaysia..
Stesen-stesen TV menayangkan paparan cerita-cerita ilmiah sempena Puasa..
Khususnya astro Oasis dan tidak kurang juga TV3
Tidak ketinggalan turut ditayangkan kehidupan 'selebriti menyambut Puasa' (??)
Oh. bukan liku-liku suasana puasa zaman para sahabat & zaman kegemilangan Islam.. (?)

Terasa seolah-lah kehidupan kini didominasi oleh artis-artis semata, sehinggakan tenggelam para ulama' dan barisan menteri.. Buktinya, artis lebih dikenali, kehidupan artis lebih menarik perhatian, 'sambutan Ramadan & konsert amal' selebriti lebih diberi perhatian..
Ini belum dikira promosi-promosi Syawal sejak bulan Sya'ban lagi..
Banjiran bazar Ramadan..

Oh, walau apapun, insya Allah saya mahu menumpukan ibadah Ramadan, tanpa mengabaikan persiapan raya & walimah saya.
Ramadan yang diharapkan akan lebih bermakna, ibadah yang lebih baik, lebih khusyu' dan mudah-mudahan diterima, sempena sambutan Ramadan 'terakhir versi single' bersama keluarga T__T
Agar sambutan 'kemenangan' di aidil fitri kelak lebih diberkati, insya Allah :)

Jom recall ilmu tentang Ramadan
-Selak-selak AL-Quran, tadabbur ayat-ayat berkenaan Ramadan

~Happy Birthday Mak (28/7), semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki, dipelihara & dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat, insya Allah~

Lapor Diri & Interview
~Alhamdulillah, saya & beberapa kawan telah selamat melapor diri di Putrajaya pada hari Rabu lepas. Seawal 8.40pagi kami sudah berada di Putrajaya. Bangunan MMC, KKM, JPA, SPA.. semua perlu 'diziarahi' dan semuanya mempunyai prosedur berlainan.

Akhirnya...
"Dr Nurul Ain" panggil kakak di pejabat MMC (Malaysia Medical Council). Ini surat untuk Human Resource KKM, ini untuk simpanan doktor, dan ini untuk Pengarah Hospital tempat doktor bertugas nanti.

"Ok, terima kasih, kak" balas saya.

'Alhamdulillah, lega!' getus hati saya. 4.30 petang, baru selesai segala urusan ini. Yeah, boleh balik rumah! Untuk urusan lapor diri, kami perlu mengisi borang SPA online, memuat-turun borang MMC & JPA sebelum pergi melapor diri, selain menyediakan 5 set salinan surat beranak, IC, sijil SPM, gambar berukuran passport, salinan asal & English translation untuk transkripsi markah sepanjang 6 tahun pengajian & ijazah. Semua ini perlu disahkan bagi setiap muka surat depan belakang, dan diserahkan sewaktu melapor diri. Jika tak lengkap, takkan diproses. seriously!

Tarikh interview yang dipilih adalah 20/9..means, selepas Raya (baca:walimah). Yea, walaupun ada tarikh-tarikh lain sewaktu Ramadan (2hb/9hb/16hb Ogos), namun, setelah ditimbang-tara pelbagai aspek, ini yang telah kami sepakati. Selesaikan hal satu persatu. Mudah-mudahan, kami ditempatkan di 'hospital pilihan pertama kami' dalam borang tersebut :)

Link-link rujukan untuk bakal-bakal (calon temu duga/interview) Pegawai Perubatan UD41~
-part 1

OMG!! My Wedding Preparation;
(done, alhamdulillah)
-door gifts (marhaban, akad nikah & kenduri)
-bunga telur (marhaban & kenduri)
-men'conteng' & mengepos kad-kad jemputan
-HIV test (-ve)
-menghadiri kursus pra-perkahwinan (dah dapat sijil, yeay!)

(in progress)
-barang-barang hantaran & hiasan dulang hantaran
-mengulang bacaan buku-buku ilmiah
-mengisi borang nikah
-'bakal rumah yang bertangga' =P
-shopping
-SPA~bride package
-dll.. hehe.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

1 minggu~oh kargo

Alhamdulillah, (baru) seminggu berada di Malaysia, home sweet home.
Seronok bersama keluarga, namun agak lipas kudung dek banyak urusan perlu diselesaikan, terutama yang berkaitan walimah.
Antara persoalan adik-adik junior Jordan selepas kami mebuat pengumuman & jemputan rasmi mengenai walimah ini. Best kan website ni? hehe~


"akak dah sedia ke?"
"akak betul-betul ke nak kahwin?"
"macam mana nak tahu 'this is the right person'?"

Dan saya hanya akan tergelak 3 saat (bukan senyum tersipu-sipu) tatkala diajukan soalan sebegini.
full stop. bicara seterusnya akan disambung kemudian.

Oh, tepat 5 hari, panggilan dari MAS Kargo KLIA diterima. Alhamdulillah, kotak-kotak kargo saya dari Jordan telah selamat sampai.
"cik nurul diminta hadir mengambil barang-barang cik sebelum 7malam esok. Sebarang kelewatan akan dicaj..blablaa"

Ok, memang Cik Nurul nak segera mengambil barang-barang itu kerana stok baju-baju di Jordan semua dalam kotak kargo. Keesokan harinya, saya mengambil kesemua 17 kotak kargo tersebut menaiki CRV. Menaiki kereta amatlah tidak lojik untuk memuatkan kesemua 17 kotak saya.

BOLA BALING?

Jika di Jordan, urusan kargo Aramex amatlah menyenangkan. Hanya perlu menelefon pejabat Aramex, berikan alamat. Pakcik itu akan datang pada Asar hari yang sama mengangkut kesemua kotak-kotak saya, walaupun rumah saya di Jordan di tingkat 3. Ini semua termasuk dalam kos penghantaran dan servis :)

Keesokan paginya, saya pergi ke pejabat Aramex untuk menimbang kotak-kotak tersebut selain mengisi beberapa maklumat berkaitan & bayar. That's all.

Urusan kargo di Malaysia...(eh, baru seminggu sampai dah merungut, haih! tak baik woo..)
Saya perlu pergi mendapatkan pas pelawat berserta nombor rujukan kargo. Kemudian, barulah manaiki kenderaan melepasi kargo Malaysia. Simpang sebelum ke LCCT, di KLIA.

Bermulalah 'amazing race' saya di situ. Dihantar ke sana sini, bagi mendapatkan cop dan beberapa dokumen, selain membayar kastam, declaration, cek barang-barang. Pekerja A kata pergi ke bahagian sekian-sekian di bangunan sekian-sekian. tatkala pergi ke tempat tersbeut, pekerja di situ pula membari arahan berlainan. Ok, just follow!

Situasi ini berlaku lagi tatkala di 'check point' seterusnya.

Ok, 'perangai arab' saya pon keluarlah. Nasib la pakcik-pakcik sekalian (konon suruh panggil 'abang', heh, boleh blah! A..bang..ngang!)

Semasa saya berpusing-pusing mencari bangunan check pint seterusnya, saya terlihat papan tanda ke kiri 'Hotel Veterina'. Teringat rancangan Majalah 3 suatu ketika dulu. Haiwan-haiwan akan dihantar di sini sebelum dihantar/dipulangkan kepada penerima.

Tatkala di check point pemeriksaan barang-barang. Pakcik di situ ingin membuka kesemua 17 kotak. Hello, penat saya membalut kesemua kotak-kotak dengan celotape & plastik, seronok dia nak buka. Dan saya perasan ada sisi kotak yang terkoyak, salah satu isinya nota Paediatrics (berdasarkan contengan saya pada kotak itu).

Me: Perlukah?
Pak cik kastam : Ni memang prosedur. I terpaksa buat.

Me: Ok. Tapi make sure u all balut balik as before. Penat I balut di Jordan. I tak kira, I dah bayar urusan kastam, kalau ada kerosakan, nota-nota I terburai, siaplah!
(tutur saya, dengan muka serius setelah letih hampir 3jam dilempar bak bola baling ke sana-sini. Mujur saya berkenderaan, jika berjalan kaki, lebih 8 jam baru boleh selesai segala urusan kot)

"banyak yer 'cikgu-cikgu' dari Jordan" kata seorang pak cik kastam di situ.
(owh, mungkin sebab tadi saya 'garang', means, saya ni cikgu kah? haha)

Ayat itu dibiarkan sepi. Not in a mood nak berbasi-basi.
Dan pakcik-pakcik itu hanya membuka 2 kotak. Isinya buku-buku Surgery dan kitab-kitab agama.

"Owh, doktor dari Jordan. Selamat balik berkhidmat doktor".
Dan saya hanya tersenyum nipis sambil membalas, 'Terima kasih'.

Tatkala melepasi keluar pintu besar, Fuh, alhamdulillah. Terasa nikmat kelegaan yang teramat. Namun, ia tidak terhenti di sini, saya perlu bergerak u-turn ke check point pertama bagi memulangkan pas pelawat & mengambil MyKad.

After all, bersyukur barang-barang saya selamat kesemuanya. Ini adalah pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke pusat Kargo di KLIA. Tempat yang besar dan luas (selain urusan yang kurang bersistematik).

Kini, bilik saya umpama 'bilik kotak' dek penuh dengan kotak-kotak kargo.
Tugasan seterusnya, unpacking.

~Al-Fatihah buat Dr Lo'Lo, ahli Parlimen Titiwangsa yang meninggal dunia malam tadi. Sungguh kagum saya dengan semangat dan perjuangan beliau. Semoga Allah menagmpuni beliau, diterima segala amalan & ditempatkan bersama golongan bertaqwa, insya Allah. Cukuplah mati sebagai peringatan.

Semoga ada pelapis serikandi seperti beliau~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

jemputan walimah *blushing*

"kad cendol" kata Anis, LOL.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pinang dikacip sireh dijunjung,
Janji diikat tanda berkenan,
Sunnah diikut adat disanjung,
Impian dan hajat disempurnakan.

Assalamualaikum wbt,
Dengan berbesar hati dan penuh kesyukuran, kami (Muhammad Aizat Amiruddin & Nurul Ain Samsuddin seisi keluarga) menjemput saudara/saudari ke majlis perkahwinan kami.

Pihak Perempuan
Tarikh : 10 Setember 2011
Hari : Sabtu
Lokasi : Dewan Beringin, Jalan SG 1/1,
Taman Seri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor.
(GPS Coordinate: 3.240105, 101.698956)

Pihak Lelaki
Tarikh : 11 September 2011
Tempat : Ahad
Lokasi : Dewan Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras,
Jalan 11/144a, Taman Bukit Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
(GPS Coordinate: 3.070978, 101.747686)

Jemputan khusus buat guru-guru dan sahabat-sahabat yang mengenali kami.
Semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis kami.

SK Gombak 1
SK Taman Seri Gombak
SMU (A) Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
Gen5 Darul Quran JAKIM-UIAM
Jordan University of Science & Technology

...dan semua kawan-kawan yang mengenali kami~

Insya Allah majlis akad nikah akan berlangsung pada Jumaat, 09092011. Mohon doa yang baik daripada anda semua. Jazakumullah.

Untuk kad jemputan, mohon tinggalkan alamat pada facebook event/YG/entri ini.
Sekian, terima kasih.

Sila klik untuk lawati : wedding invitation aizat&ain website (Thanks to Madtaq)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

graduasi dan sabar





my day! MBBS Just, Jordan. Class of 2011.

Alhamdulillah.
Bulan 6 bulan Graduasi.
Bulan 6 penuh kesibukan dek jalan-jalan bersama kawan-kawan ke London, Paris & Birmingham.
Bulan 6 berbahagia Le Tour de Jordan bersama keluarga.
my lovely family (^_^)
caption: no comment =P

Fatrah Julai menjelma. My last week in Jordan, insya Allah. But still, not finish packing yet.

Tatkala di penghujung alam klinikal dulu, terasa sayu untuk meninggalkan Jordan. Namun kini, bunga-bunga gembira sudah bertapak. Guess why?? Urusan sijil-sijil grad yang sangat merumitkan membuatkan saya terasa ingin cepat pulang ke Malaysia. sangat tensi berurusan dengan Arab. Lancar saja mulut untuk membalas, ringan saja mulut untuk me'laser' dek bengang dengan sikap sebahagian mereka.

Pe'el dari dulu sampai sekarang masih di takuk yang sama.
Di manakah bukti ketamadunan & sistem yang dibaik-pulih?

Sejak dari tahun 1 urusan-urusan di Just merumitkan. Belum dikira tatkala bergelar seniors, kerenah birokrasi dan kurang bersistematik Arab merencatkan urusan adik-adik juniors.
Sehinggalah kami sudah tamat pengajian, urusan sijil juga bermasalah.
Translation yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa sehari, boleh mengambil masa 2minggu. Itu belum dikira setiap cop & stem pada sijil yang perlu diambil dari tempat yang berbeza.
Orang ramai beratur, namun para pekerja masih boleh berborak santai sambil minum kopi dan menghisap rokok tatkala waktu pejabat, mengabaikan permintaan dan kehadiran orang ramai yang hadir.

Kesabaran ada tahapnya
Kebanyakan masyarakat Arab selalu berpendapat, orang Malaysia lemah lembut (baca: lembik), sentiasa pasrah walau 'dibuli' (hello, not me, ok!)
Sabar pada tempatnya, sabar pada yang hak, sabar ada tahapnya.
Jika kebajikan dicabul, hak terabai, kehadiran terabai sebegitu saja..mana mungkin boleh bersabar? Urusan yang boleh diringkaskan tapi sengaja dirumitkan.. oh, no! Kami masih banyak urusan lain lagi..

Itu belum dikira urusan di Amman. fuh! Sabar..senang diucap, namun payah untuk diaplikasi.

Teringat saya tatkala berjalan ke Jarash. Di kaunter tiket, pakcik itu sengaja melengah-lengahkan kami yang beratur untuk membeli tiket masuk sambil minum kopi dan berbual-bual. Hello, it's office hour, your duty time. Please behave yourself!
Me: assalam. ya ammu.. (berkali-kali saya memanggil)
Pakcik: memandang sepi panggilan saya sambil menyambung menghisap rokok.
Me: yalla.. bisur3ah ammu.
Pakcik: Ok. (tapi masih bergelak ketawa berbual-bual sambil minum kopi)
Me: (dengan suara yang agak kuat & tegas). ya Ammu. Yalla! ihna duyuf..tikramna. blabla.. saya membebel di situ.
Pakcik: *muka terkejut, sambil terus membuat tugasan. Hah, padan!

Nilai murni
Nilai murni Islam suka pada Kebersihan, Islam itu bersih jelas terpancar pada bangunan & tandas awam di negara-negara Eropah. Namun, keadaan sebaliknya di negara Bumi anbiya' sendiri. Sadis sekali!

Tatkala bercuti di Birmingham, saya sudah terpikat dek keindahan alam yang cantik, masyarakat yang ramah dan sopan serta kemodenan yang boleh dibanggakan. Tibanya kami di Queen Aliaa International Airport dari London, sudah terdengar pekikan Arab yang saling bergaduh, bunyi bingit hon kenderaan, tudung sudah terlekat bau asap rokok dsb. Oh..

Kita menjumpai nilai murni Islam di negara bukan Islam.
Bilakah nilai Jahiliyyah akan pudar di negara Islam(kononnya)??



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS