"Ko datang pukul brapa?" tanya MO
"645pagi" jawab saya. Punch card am shift sebelum 7pagi.
"Aku buat round pukul 730pagi pun tak sempat ke? Nasib baik aku tak round pukul 7 tadi! Kalau dah tahu patients banyak, wad penuh, tak boleh nak handle wad sorang-sorang, datangla awal..boleh review semua kes, tahu update semua patients. Tak kisahla kena datang pukul 430pagi sekalipun.." bebel MO.
"ok, noted. I'm sorry" balas saya. 'ape2jela doktor...' jawab saya dalam hati. haha!
Bukan setakat perlu tahu semua kes, tapi perlu hafal secara details segala investigations yang berkaitan. Hb pre-op &post op, LFT, RP. Fuh! memang mencabar, tambahan bagi saya dengan hanya pengalaman 2hari pertama menjaga wad. But honestly, no heart feeling. Masuk kanan-proses, keluar kiri. huhu.
Berada di wad O&G, bukan bermakna saya terputus hubungan dengan dept lain. Contohnya, bagi kes DM complicating pregnancy. Saya perlu membuat temujanji dating scan, menghubungi ophthalmo dept, dietitianbagi diet untuk pesakit DM , pharmacy untuk mengajar cara suntikan insulin dsb.
"Hello selamat pagi. saya Dr Ain dari LDS. Nak post kes fetal distress. Madam...24y/o malay lady, blablaa...."
Bagi kes-kes yang memerlukan pembedahan, kes tersebut perlu di-post kepada anesth, general OT, paeds. Kadangkala, saya merasakan saya adalah receptionist, dek banyak berhubung telefon. huhu.
Adakalanya, saya memang terasa tensi, namun perlu kuatkan semangat, masih senyum dan bersopan tatkala berhadapan dengan pesakit meskipun diri dilanda kepenatan yang teramat. Jihad!
Bagi meraikan gaji pertama kami, semestinya kami belanja makan besar bersama keluarga. Semalam kami bekerja separuh hari dan kemudian melakukan kesemua tugasan rumah bersama-sama. Stok baju minggu depan sudah tersedia, yeah! Lantai dan bilik air sudah bersih. Rutin mingguan mesti dijalankan walau apa keadaan sekalipun. Kebersihan separuh daripada Iman. Rumah kami syurga kami :)
Malam tadi, saya, suami dan keluarga mertua (termasuk ipar duai) menikmati juadah di Al-Rawasha, Kg Pandan. Sudah hampir 5bulan tidak merasai nasi Arab, ya Allah rindunya.. juadah harian tatkala di Jordan.
Nasi mandi, mansaf, kabsah, laban, cocktail (yang lebih berperisa pisang) dsb. Alhamdulillah. Bahagian saya licin. Nampaknya, 'selera Arab' masih sebati dengan diri saya :P
Pada malam ini, giliran saya dan suami makan besar bersama keluarga saya. Sebentar lagi, kami akan menikmati western food di Steak.....(saya terlupa nama kedai tersebut, huhu). Oh, selepas dinner, kami perlu kembali ke rumah Ampang, esok saya dan suami akan bekerja shift pagi. Cayyok!
Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Salam takziah atas pemergian arwah Lan, junior JUST tahun 3. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan bertaqwa, insya Allah.








0 walk-the-talk:
Post a Comment