(^_^)
Bismillah. Assalamualaikum~
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Waaa, setelah lama menyepi dari dunia blog, akhirnya, jari-jari saya berkesempatan menari-nari buat seketika.
Waaa, setelah lama menyepi dari dunia blog, akhirnya, jari-jari saya berkesempatan menari-nari buat seketika.
Banyak perkara yang ingin saya coretkan namun, terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan sejak 'upgrade' status ni, huhu.
Seinfiniti ucapan penghargaan dan terima kasih buat semua yang menghadiri, mendoakan, memberi hadiah dan juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan 'Majlis Raja 3 Hari' kami pada 9, 10 dan 11 September 2011. Sedar tak sedar, sudah 3 minggu saya bergelar isteri kepada seorang lelaki yang diutuskan Allah buat saya, alhamdulillah.
15 September 2011~tarikh keramat bermulanya 'permukiman' kami di rumah sewa yang terletak di Menara Jade, Bukit Indah, Ampang. Bermula dari sesi pembersihan rumah, membeli kelengkapan rumah seperti perabot, bedroom set, peti ais dan sebagainya, kami lakukan bersama-sama secara berperingkat-peringkat. Alhamdulillah. (waaa, duit simpanan kami pun makin susut nampaknya..huhu). Abang, terima kasih atas 'istana teduhan' ini :)
Seinfiniti ucapan penghargaan dan terima kasih buat semua yang menghadiri, mendoakan, memberi hadiah dan juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan 'Majlis Raja 3 Hari' kami pada 9, 10 dan 11 September 2011. Sedar tak sedar, sudah 3 minggu saya bergelar isteri kepada seorang lelaki yang diutuskan Allah buat saya, alhamdulillah.
15 September 2011~tarikh keramat bermulanya 'permukiman' kami di rumah sewa yang terletak di Menara Jade, Bukit Indah, Ampang. Bermula dari sesi pembersihan rumah, membeli kelengkapan rumah seperti perabot, bedroom set, peti ais dan sebagainya, kami lakukan bersama-sama secara berperingkat-peringkat. Alhamdulillah. (waaa, duit simpanan kami pun makin susut nampaknya..huhu). Abang, terima kasih atas 'istana teduhan' ini :)
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang memberikan hadiah perkahwinan kepada kami. Sungguh! Terlalu istimewa dan terlalu bermakna buat kami. Bermula dari set Poh Kong, barangan dapur, cadar bilik tidur, sehinggalah kepada kek dan coklat. Saya mengambil masa 2 hari untuk membersihkan ruangan dapur dan mengemas kabinet dapur dek terlalu banyak kotak hadiah yang perlu 'ditapis' sama ada perlu diletakkan di dapur, atau disimpan di bilik simpanan kami. Contohnya, kami menerima 3 rice cookers, alhamdulillah. Hanya 1 yang paling comel yang akan saya gunakan memandangkan kami hanya tinggal berdua saja. Jika ada majlis keraian, barulah saya akan menggunakan rice cookers yang lebih besar dan lebih mantap itu. huhu.
Memandangkan kami menetap di Ampang..sungguh strategik, di tengah-tengah laluan MRR2 antara Cheras(rumah mertua) dan Gombak(rumah keluarga saya). Memang mudah berdekatan dengan kedua-dua belah keluarga, namun sejujurnya, tetap ada pros and cons, huhu.
Ramai yang bertanya saya, "apa perasaan selepas berkahwin?".."best tak kahwin?".."penat tak lepas kahwin?"
Alhamdulillah, semestinya saya gembira dengan kehidupan baru saya. Dan tak dinafikan, terlalu banyak perkara yang akan kita tempuhi dan pelajari setiap hari. Rutin harian saya juga berubah 300 darjah berbanding zaman single tatkala bergelar pelajar dulu!
Awal perkahwinan adalah tempoh untuk saling mengenali pasangan & keluarganya, meng-adjust diri kita untuk pasangan & keluarganya. Proses yang memakan masa berterusan. Kita manusia, masing-masing mempunyai banyak khilaf dan kekurangan. Saling berlapang dada, jujur dan berkomunikasi. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai dan andai mampu, saling melengkapi. Kadangkala, ada perkara baru yang baru kita sedari mengenai diri kita sendiri.
Bak kata suami saya, "you are my better half", dan saya tersenyum malu (baca:bangga) =P
20 September 2011~Tarikh temuduga saya, suami & kawan-kawan di Putrajaya. Waaa, semestinya saya excited untuk menanti 20 Sept itu. Opss, bukan kerana saya bersemangat untuk menghadiri temuduga, tapi, saya merindui kawan-kawan batch saya di Jordan!
Terdapat 2 orang pegawai di bilik L, bilik temuduga saya. saya dan suami sampai di pejabat SPA hampir jam 8 pagi. Saya merupakan calon ke-13 daripada 15 orang di bilik L. "yes, lambat lagi.." getus hati saya.
Sempat kami berbincang mengenai One Malaysia, GTP, NKRA, NKEA, Dengue dll.. Sungguh saya berasa agak cuak! "tenang.. tak de ape la, mesti lulus punyer, insya Allah" kata suami dengan muka cool. Heish, lelaki ni memang selalu cool mode, kan.. heh.
Tibanya giliran saya. Bismillahi tawakkaltu 3lallah, dengan kaki kanan, saya melangkah masuk. Dan tiba-tiba, sya berasa bersemangat & gembira. (oh, motif gembira??)
Terdapat 2 orang pegawai di situ.
"Dr Nurul Ain, sihat ye? Kenapa alamat IC di Gombak, tapi dalam borang yang ni di Ampang?"
Me: Alhamdulillah, sihat. Keluarga saya menetap di Gombak. Saya baru berkahwin minggu lepas, dan sudah berpindah ke Ampang bersama suami.
Pegawai: Oh, patutla muka berseri-seri, inai merah di jari..Rupa-rupanya pengantin baru. Selamat pengantin baru, doktor.
Me: Terima kasih, encik (blushing mode)
Me: Terima kasih, encik (blushing mode)
Dan isu seterusnya adalah borak-borak mengenai pengalaman saya menjalani klinikal di Jordan, situasi-situasi cemas semasa elektif di Hosp Selayang, dan beberapa soalan peribadi mengenai latar belakang hidup saya. Setel!
Tatkala giliran pegawai kedua untuk menemuduga saya.
Tatkala giliran pegawai kedua untuk menemuduga saya.
"Dr Nurul Ain, saya dapat rasakan awak boleh melangkah jauh dalam O&G. If a lady came to you to delivery room, what will u do? Tell me process of delivery"
"What's the complication of vacuum"
"If the baby safely delivered and you noticed he had yellowish discoloration all over his body, what's on your mind?"
"What's the treatment?"
"What's the complication?"
Alhamdulillah, Allah sebaik-baik pemberi ilham. Kali terakhir saya melihat nota O&G adalah sebelum Oral Exam O&G Mei lalu. Selepas itu, nota-nota itu tersimpan kemas dalam kotak kargo. haha. Namun, tatkala mendengar 3 soalan pertama, saya terbayang helaian dalam 10 Teachers & Hackers, juga suara Dr Fayez Jallad. Terngiang-ngiang kata-katanya sewaktu ward-round. Bagi case neonatal jaundice, saya terbayang round bersama Dr Faisal Ekteish di PICU. Seminggu saya follow up case di situ, salah satunya adalah neonatal jaundice. Waaa, rindu KAUH!!
"Ok, Dr Nurul. Selamat berkhidmat. Surat akan sampai minggu depan ye" kata pegawai perubatan itu. Alhamdulillah, saya yakin insya Allah saya akan lulus.
Dan kini, saya perlu melengkapkan borang-borang yang telah diterima, medical check up, cop pesuruhjaya sumpah dsb. Kemudian, menanti untuk dipanggil menghadiri induksi dan bertugas di hosp yang telah ditetapkan.
Ramai yang bertanya..Honeymoon?? hehe. Insya Allah usai borang dilengkapkan dan sebelum kami dipanggil ke induksi. Destinasi?? hehe. Wait and see. (surely pakej jimat-jimat sajor..almaklumlah, kami masih penganggur, haha)









3 walk-the-talk:
salam kak ain...wahhh..besh je baca..keh3.insyaAllah lulus tu..
aritu x dpt dtg sbb ad hal..ase cm x ckp lagi je kat akk..mubarak alaikuma...moga kekal hingga ke syurga..doakan kami kt cni..he3
kak ain,semoga berjaye ! enshaAllah :)
ain! sweeet je bace...hati sy pun ikut bunga2 nih..haha~ hope Allah permudahkan segalanya!
Post a Comment