RSS
Post Icon

the word 'P'


Setiap kali berjumpa saudara-mara, ayat yang akan terkeluar sekarang adalah, "Amboi pengantin, berseri je.. Posting kat mana?"
Seriously, saya sangat segan dengan word 'pengantin' tu, ok! *blushing*
Posting? hermm.. Saya masih memilih untuk menjadi penganggur dari menjawat jawatan kerajaan buat sementara, dek jawatan 'bakal pengantin' sekarang ni agak sibuk. The best thing to do right now is to spend your precious time with your beloved family & dearies friends, settle down all your own business & enjoy every seconds of your 'single moments' left. LOL.

Tatkala di rumah, saya menyelak buku-buku dan majalah-majalah adik-adik. Well, kita perlu tahu bahan bacaan bulanan apakah yang dilanggan dan dibaca oleh adik-adik kita, rite.. Dan kebiasaannya, banyak yang saya belajar daripada majalah ilmiah seperti Asuh, Siri Ibadah Anak-Anak, Upin & Ipin dsb, antaranya adalah doa-doa ringkas yang telah saya pelajari sejak berumur 4 tahun di taski ABIM, namun kini makin pudar aplikasinya dek zaman. Siri Jom Kenali Allah, Syaitan musuh kita, kisah-kisah tauladan dsb.
Konklusinya, peringatan & tazkirah buat rohani kita bukan semata-mata datang dari bahan 'bacaan berat' sahaja, malahan, bahan bacaan kanak-kanak 'lebih lembut' untuk jiwa kita terima dan bermuhasabah.

"Along, I don't understand this part.." kata Syahmi, adik bongsu sambil menyuakan homework Matematik KUMON.

"Oh, adik dah belajar pecahan bahagi ke? Along terangakan dalam BM ye, sebab along belajar dulu dalam BM. Tak sure teacher adik ajar macam mana. Setakat yang along ingat, macam ni..blablaa.." Alhamdulillah, dapat jawab! kalau tak, 'jatuh saham' along depan adik bongsu, haha.

Along, ajarkan yang ni.. along, tolong lukis corak.. along, Syahmi habis sekolah harini lewat, blabla.. yea, kini semuanya along. Perasaan saya, sangat seronok dapat bersama sepenuhnya dengan adik-adik. Melayan kerenah sambil bergusti (?) dengan mereka.

Soalan syahdu daripada adik bongsu saya, "Nanti lepas kahwin, along sayang Syahmi lagi tak?"
Aduhai..air dicincang takkan putus. Ukhwah Islamiyyah lagi kan menjangkau seluruh benua, inikan pula hubungan darah, merentasi alam fana & alam abadi.

Saya berfikir, kasihan mak, setiap hari berdepan dengan kerenah anak-anak yang pelbagai tahap. Bab lukisan, mak yang tolong. Bab jahitan, mak yang jahitkan. Bab B.I, mak yang tolong. Homework karangan, mak juga yang bersengkang mata tolong mencari ayat. Bab solat & mengaji AQ, mak juga yang 'bising' saban waktu. Semuanya mak.., dulu , kini dan selamanya. Itu belum dikira tugasan di rumah. Mak is everything. May Allah bless you & we love you forever, mak :)

Tips for all future docs out there, click here.

Dulu saya pernah berangan nak buat macam-macam sendiri untuk my own wedding. Namun, tak semuanya mampu dilakukan sendiri, dek kesempatan masa yang ada. Tambahan, banyak perkara yang perlu diselesaikan di hari-hari terakhir kelak. Antaranya adalah, kek hantaran untuk my fiancee di majlis akad nikah kami nanti. *blushing*

'Kami' menyukai hasil tangan Kak Suzanna. Lihat, ini salah satu daripadanya. Comel kan?? *wink wink* Kak Suzanna bersetuju untuk membuat 'hasil yang saya inginkan', insya Allah. Hasil yang bagaimana?? Hehe, rahsia! Just wait & see. Ok, booked :)

Hampir menjejaki minggu ke-2 Ramadan. Terasa masa pantas berlalu. Ibadah masih banyak yang lompong di sana-sini. Saya terkesan dengan link ini, Ramadan Seorang Wanita. Banyak fasa & berlainan tingkatan tanggungjawab, cabaran & pahala. Terima kasih buat my dear 'Afifah Azam, ehem, bride-to-be juga ni, hehe. Kami sama-sama mengambil 'keberkatan Syawal', eceh =P

Semoga hari-hari mendatang lebih baik, insya Allah. Selamat mencapai ijazah TAQWA. Ramadan Kareem everyone (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

kauthar khari said...

sentiasa mendoakan kak ain mendapat yg terbaik~walaupun dah jauh dari mata.sorry kak ain,tak dapat datang majlis perkahwinan kak ain.

jangan rindu Ramadhan di Jordan,ea^^

one_munawwarah said...

hai bakal P...
first time komen2 blog kak ain ni..
when my 1st brother were about to get married, I asked the exact same question, nnt dah kawen along syg ikah lg tak?
biaselah kak ain, kami golongan adik2 ni mmg mcm tu . :-)

ainshams said...

kauthar: Ameen Ya Rabb. Thanks. take care. Mmg merindui Ramadan di Jordan T_T

Oney: hehe. oo..mmg itu perasaan adik-adik yer.. hermm.. Kasih along pd adik takkan berubah, insya Allah. no worry.

ain j said...

ain, my lil bro asked the same question when kak aiza want to marry too...
Tapi masa tu cam terkejut akak kt nak kawen, so sama-sama sedih dengan adik2 lain, bawak hati yg merajuk, tapi xde sape yang perasan..haha (sangat tak matured)

TAHNIAH ain..moga dipermudahkan segala urusan kelak!