Merindui suasana Ramadan di Jordan..
Ramadan lepas (sewaktu bergelar pelajar tahun akhir perubatan) adalah antara Ramadan yang paling indah saya rasakan..
Ramadan lepas (sewaktu bergelar pelajar tahun akhir perubatan) adalah antara Ramadan yang paling indah saya rasakan..
Penat seharian muhadarah, klinik, ward-round dsb..
Petang berbuka puasa bergilir-gilir di rumah kawan-kawan final year..
Membahagi-bahagikan tugasan memasak..
Tuan rumah akan penat sekali dua saja untuk memasak menu-menu utama besar-besaran..
Nasi minyak, nasi briyani, char kuew teow, nasi lemak, nasi ayam, mee bandung, lauk-lauk kampung.. just name it! we ate all those things together happily :)

Kawan-kawan lain yang bertandang membawa pot-luck kuih-muih hasil air tangan masing-masing..
Pelbagai juadah setiap hari, mengalahkan bazar Ramadan..
Bertadarus Al-Quran..
Membuat Majlis Khatam Al-Quran batch.. siap ada pulut kuning perantauan..
Solat Maghrib berjemaah bersama mereka..
Solat Isya' & bertarawikh berimamkan Syeikh Makmun di Masjid Yarmuk..
Pernah 1 malam kami skip berterawikh di masjid Yarmuk..
Hanya berterawikh di rumah secara berjemaah..
Dek study group berlatih osce & mini-osce untuk menghadapi Internal Medicine exam..
Bersahur, qiam & bacaan Al-Ma'thurat bersama-sama..
Indahnya suasana itu..
Alam pelajar, dunia mahasiswa adalah zaman gemilang untuk mencipta pelbagai memori..
Alam pelajar, dunia mahasiswa adalah zaman gemilang untuk mencipta pelbagai memori..
Kini, zaman itu telah berlalu..
Hanya memori yang tersimpan kemas dalam diari kehidupan.
Seingat saya, sejak tahun 1 sehingga seterusnya, saya merasai 2-3hari berpuasa Ramadan di rumah bersama keluarga, sebelum pulang semula ke Jordan menyambung baki pengajian. Melainkan penghujung tahun 4 (sebelum memasuki tahun 5 Perubatan), kami mempunyai 7minggu cuti, termasuk sebulan lengkap Ramadan & 6 hari Syawal bersama keluarga di Malaysia.

Yeah, September 2009. Maka, kesempatan 7minggu itu digunakan untuk persiapan Majlis Merisik dan Majlis Bertunang. hehe.
Hanya pada Ramadan & Syawal tahun lepas, memang sepenuhnya diraikan di Jordan bersama kawan-kawan final year dan adik-adik juniors.
Suasana Pra-Ramadan kini di Malaysia..
Stesen-stesen TV menayangkan paparan cerita-cerita ilmiah sempena Puasa..
Khususnya astro Oasis dan tidak kurang juga TV3
Tidak ketinggalan turut ditayangkan kehidupan 'selebriti menyambut Puasa' (??)
Oh. bukan liku-liku suasana puasa zaman para sahabat & zaman kegemilangan Islam.. (?)
Oh. bukan liku-liku suasana puasa zaman para sahabat & zaman kegemilangan Islam.. (?)
Terasa seolah-lah kehidupan kini didominasi oleh artis-artis semata, sehinggakan tenggelam para ulama' dan barisan menteri.. Buktinya, artis lebih dikenali, kehidupan artis lebih menarik perhatian, 'sambutan Ramadan & konsert amal' selebriti lebih diberi perhatian..
Ini belum dikira promosi-promosi Syawal sejak bulan Sya'ban lagi..
Banjiran bazar Ramadan..
Banjiran bazar Ramadan..
Oh, walau apapun, insya Allah saya mahu menumpukan ibadah Ramadan, tanpa mengabaikan persiapan raya & walimah saya.
Ramadan yang diharapkan akan lebih bermakna, ibadah yang lebih baik, lebih khusyu' dan mudah-mudahan diterima, sempena sambutan Ramadan 'terakhir versi single' bersama keluarga T__T
Agar sambutan 'kemenangan' di aidil fitri kelak lebih diberkati, insya Allah :)
Jom recall ilmu tentang Ramadan
-Selak-selak AL-Quran, tadabbur ayat-ayat berkenaan Ramadan
~Happy Birthday Mak (28/7), semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki, dipelihara & dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat, insya Allah~
~Happy Birthday Mak (28/7), semoga diberkati usia, dimurahkan rezeki, dipelihara & dilimpahkan kebahagiaan dunia akhirat, insya Allah~
Lapor Diri & Interview
~Alhamdulillah, saya & beberapa kawan telah selamat melapor diri di Putrajaya pada hari Rabu lepas. Seawal 8.40pagi kami sudah berada di Putrajaya. Bangunan MMC, KKM, JPA, SPA.. semua perlu 'diziarahi' dan semuanya mempunyai prosedur berlainan.
Akhirnya...
"Dr Nurul Ain" panggil kakak di pejabat MMC (Malaysia Medical Council). Ini surat untuk Human Resource KKM, ini untuk simpanan doktor, dan ini untuk Pengarah Hospital tempat doktor bertugas nanti.
"Dr Nurul Ain" panggil kakak di pejabat MMC (Malaysia Medical Council). Ini surat untuk Human Resource KKM, ini untuk simpanan doktor, dan ini untuk Pengarah Hospital tempat doktor bertugas nanti.
"Ok, terima kasih, kak" balas saya.
'Alhamdulillah, lega!' getus hati saya. 4.30 petang, baru selesai segala urusan ini. Yeah, boleh balik rumah! Untuk urusan lapor diri, kami perlu mengisi borang SPA online, memuat-turun borang MMC & JPA sebelum pergi melapor diri, selain menyediakan 5 set salinan surat beranak, IC, sijil SPM, gambar berukuran passport, salinan asal & English translation untuk transkripsi markah sepanjang 6 tahun pengajian & ijazah. Semua ini perlu disahkan bagi setiap muka surat depan belakang, dan diserahkan sewaktu melapor diri. Jika tak lengkap, takkan diproses. seriously!
Tarikh interview yang dipilih adalah 20/9..means, selepas Raya (baca:walimah). Yea, walaupun ada tarikh-tarikh lain sewaktu Ramadan (2hb/9hb/16hb Ogos), namun, setelah ditimbang-tara pelbagai aspek, ini yang telah kami sepakati. Selesaikan hal satu persatu. Mudah-mudahan, kami ditempatkan di 'hospital pilihan pertama kami' dalam borang tersebut :)
Link-link rujukan untuk bakal-bakal (calon temu duga/interview) Pegawai Perubatan UD41~
-part 1

-KKM
OMG!! My Wedding Preparation;
(done, alhamdulillah)
-door gifts (marhaban, akad nikah & kenduri)
-bunga telur (marhaban & kenduri)
-men'conteng' & mengepos kad-kad jemputan
-HIV test (-ve)
-menghadiri kursus pra-perkahwinan (dah dapat sijil, yeay!)
-menghadiri kursus pra-perkahwinan (dah dapat sijil, yeay!)
(in progress)
-barang-barang hantaran & hiasan dulang hantaran
-mengulang bacaan buku-buku ilmiah
-mengisi borang nikah
-'bakal rumah yang bertangga' =P
-shopping
-SPA~bride package
-dll.. hehe.

4 walk-the-talk:
hospital pilihan pertama: HTAA kan?
hehehe.
kher: taaakkk.. hehe, HTAA tak masuk list la nuek, sorry to say =P
hosp plhn pertama & kedua kitorg letak hosp yg samaa, kitorg amik hosp ampang, plhn ke-3 baru letak hosp kajang. (ko tny la KK ko tu utk alasan2 pilihan)
the 'WEBSITE' = best!
mimies: hehe, thanks. credit to our friend, dr Tarmizi :)
Post a Comment