RSS
Post Icon

chance VS choice

~PERTAMA yang terakhir, insya Allah~

Hujung minggu lalu saya menghadiri program PERTAMA ke-5 ~Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJodan 2011 di Mafraq. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Isu yag dibawakan pada tahun ini adalah ~Ke Arah Memahami Fiqh Interkasi Bersama Non-Musim.

Mentaliti Orang Melayu
Tak payah baca Bible, Al-Quran pun tak habis baca lagi!
Buat apa kaji Bible, nanti menyeleweng aqidah.

Eleh, Al-Quran pun tergagap-gagap, nak berdakwah konon!


Yea, in antara yang selalu didengari jika mendapat tahu orang Islam berminat untuk mengkaji Bible, emmahami agama lain atau untuk orang yang hendak berdakwah.


-Agak-agak, pengikut ajaran ayah Pin yang sesat dan menyeleweng aqidah tu baca Bible dulu ke sebelum mereka tersesat?

-Adakah kita akan mengikut sesuatu yang dirasakan sesat? Dalam Bible banyak percanggahan idea, lebih banyak kesesatan jika dikaji. Maka, dengan mengkaji, kita akan lebih menghargai Al-Quran
-Sejarah dan kajian saintifik jelas menunjukkan Al-Quran adalah mukjizat terunggul yang kekal sepanjang zaman. Jika dikaji, lebih mendatangkan rasa kagum dan yakin terhadap Islam.

Jika ditanya kepada kita, di manakah Allah? Kenapa kita tak dapat melihat Allah?
Antara jawapan lojik yang boleh diterangkan adalah~
i-di manakah udara? Udara ada di sekeliling kita, tak dapat dilihat, tapi, boleh dirasai kehadirannya.


ii-Campuran air kopi yang ada umpph! adalah serbuk kopi, air panas dan gula. Jika ditanya pada campuran itu tadi, di manakah gula? Ia sudah larut, boleh dirasai namun tidak terlihat jisimnya.

iii-Seorang manusia pencipta pensel, dia mampu melihat pensel dan tahu apa kelebihan pensel keseluruhannya. Namun, jika sang pencipta pensel tak menjadikan salah satu kelebihan pensel adalah 'melihat penciptanya', mana mungkin pensel yang dicipta itu boleh melihat tuan penciptanya.

Kita selalu mengeluh tatkala membaca akhbar. Banyak kes gejala sosial atau keruntuhan akhlak zaman kini. Tak dinafikan, faktor agama adalah salah satu puncanya. Statistik menunjukkan kelompok Melayu yang beragama Islam memonopoli masalah tersebut.

Adakah Islam itu salah?
Oh, tidak! penganut Islam itu yang salah memahami dan tidak mempraktikkan ajaran Islam secara keseluruhannya.


Mungkin mereka tak berpeluang menikmati keindahan Islam yang sebenar.

Mungkin Muslim pada nama, pada keturunan..namun bukan pada hati yang hakiki.

Mungkin mereka terkesan dengan sikap umat Islam pada hari ini.

Mungkin mereka ada sejarah yang menyebabkan mereka anti terhadap Islam.

Mungkin kita menkategeorikan mereka rosak atau kurang fahaman agama..namun, usah dilupa, mungkin mereka tidak berpeluang untuk mengisi kekurangan agama itu..tiada penunjuk jalan dalam diari hidup mereka untuk mendapat nikmat Islam Our Way of Life. Poor them.

Sambungan entri twinkletwinkle..
di sini..
Taklifan
Nabi Muhammad SAW bersusah payah tatkala berjuang menyebarkan Islam sehingga Islam wujud pada hari ini, dengan izin Allah.
Baginda berpesan,
'Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat'.

Tujuan penciptaan manusia
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahku" (Az-Zariyat:56)

"sesungguhnya aku hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi" (Al-Baqarah:30)

Banyak ayat AQ yang menyuruh kita melakukan AMNM (amar makruf nahi mungkar). Namun, jika AMNM dilakukan tanpa pemahaman jelas apa itu Islam sama ada dalam diri da'i ataupun mad'u, maka ia kurang berkesan pada pendapat saya. Jika bukan kita yang menyampaikan Islam, siapa lagi.. takkan nak diharapkan penganut agama lain. Semestinya tidak!!

Muslim by chance VS muslim by choice
Fitrah manusia, jika sudah kehilangan sesuatu, baru sesuatu itu dihargai.
Seorang anak yang dilahirkan dalam kelurga kaya raya, takkan terasa tinggi nilainya tinggal di dalam sebuah banglo mewah milik keluarganya.
Ditakdirkan suatu hari, banglo tersebut terbakar, di saat itu, mereka sekeluarga terpaksa menetap di rumah saudara yang hanya rumah teres 2tingkat.

Di saat itu, barulah anak merasakan betapa biliknya yang sangat luas, kolam ikan di halaman rumah dan serba serbi yang ada di rumah banglo adalah sesuatu yang sangat bernilai.


Begitulah dengan insan yang dilahirkan sejak azali sebagai Islam. Merasakan hidup ini adalah kebiasaan, tiada istimewanya Islam berbanding agama lain, tidak merasakan tanggunngjawab dan 'izzah nya menganut agam Islam.


Jika muallaf yang baru mengenali Islam, menghargai Islam, bersusah payah bersemangat menyebarkan dan menerangkan Islam kepada manusia lain.. takkan kita yang sejak lahir disambut dengan azan/iqamah hendak melepaskan tanggungjawab yang telah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah tersebut?


Alhamdulillah 3la kulli haal.

Sujud syukur atas nikmat Iman & Islam yang dikecapi.

Sujud syukur atas markah exam Pediatrics yang tidak disangka-sangka kelmarin.
Terima kasih atas doa kalian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: