RSS
Post Icon

MR & ummu salih

Morning Report pada pagi isnin lalu berjalan dengan baik. Kes Afebrile seizure dibentang oleh Yaser, as expected. Namun selepas itu, doktor memanggil "ta3l G6PD". Opss, itu kes saya. Bismillah. Saya cuba mengawal perasaan gemuruh tatkala menaiki pentas bagi membentang kes. kemudian, sesi soal-jawab bermula. Part yang paling saya risau!


"Tell me about the investigations specifically. Whats DDx for dark urine? How are you sure that your patient is not hepatitis? As u said, G6PD is x-linked, so why your female patient is infected? blablaaa... What's your management for this patient? What's your next step before you discharge your patient? blablaa"


>DDx for dark urine~G6PD, hepatitis, Glomerulonephritis.

>Hepatitis~asymptomatic, dark urine, abdominal pain, contact hx, travel hx, clay stool. But this patient only has dark urine & abdominal pain. Besides, her G6PD level is very low and she has hx of fava bean ingestion 2days prior to admission. .

>G6PD is X-linked, ususally male is affected. But female carrier of G6PD is clinically affected by lyonyzation.

>Mnx: IV Fluid. This patient is anemic, so give packed RBC, monitor her RBC and repeat urine analysis. .

>Mnx before discharge: stable vital signs, normal range Hb, and urine analysis.


Alhamdulillah, Allah sebaik-baik pemberi ilham. Takkan dilupakan kenangan disoal-siasat semasa Morning report, depan semua doktor dan pelajar tahun 4&6 di Hosp Rahmah. Fuh!


"Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan AQ untuk dihafal, maka adakah sesiapa yang hendak mengambil pelajaran?" (Al-Qamar: 32)


Tatkala mengulang ayat ini, terasa seperti biasa. Pendek dan mudah. Alhamdulillah. Namun, tika meneliti maknanya, zupp!! Membuatkan saya terfikir beberapa detik. Yer, Allah telah memaklumkan sejak dulu lagi bahawa AQ telah diciptakan memang mudah untuk dihafal dan diingati (sebab itu ramai oarng yang mampu menghafal AQ dalam hanya beberapa bulan atau beberapa tahun), namun..penelitian pada akhir ayat tersebut~maka adakah sesiapa yang hendak mengambil pelajaran/pengajaran??!!


Di kalangan pembaca dan penghafal AQ memang ramai, namun.. nisbah yang mengambil pengajaran amat sedikit, apatah lagi yang mengamalkan apa yang dibaca/dihafal.Astaghfirullah.


Mari kita singkap kisah seorang wanita, Ummu Salih yang menyempurnakan hafazan AQ beliau pada usia 82 tahun. Masya Allah..kuatnya semangat beliau!


Seorang anak perempuan yang masih kecil, namun sudah tertanam di dalam hatinya untuk menghafal AQ. Melihat kepada semangat abang-abangnya, beliau lebih teruja. Galakan daripada ibu bapanya juga lebih membuatkan beliau bersikap optimis untuk menghafal AQ. (Niat sejak kecil & galakan keluarga)


Tatkala berumur 13 tahun, beliau sudah menghafal 3 juz. Kemudian, beliau berkahwin dan sibuk menguruskan keluarga~suami dan anak-anak. Maka, niatnya tergendala seketika. Apabila suaminya telah meninggal dunia, beliau sibuk mendidik 7 orang anak-anaknya sehinggalah mereka berjaya dan berkeluarga.


Setelah itu, beliau tinggal bersama seorang puteri bongsunya yang sedang bersekolah menengah. Puteri bongsu yang solehah mengetahui niat hati ibunya untuk menghafal AQ. Maka, mereka bersama-sama menghafal dan mengulang 10 ayat setiap hari selepas Asar secara bergilir-gilir. Subuh keesokan harinya, mereka mengulang 10 ayat yang dihafal pada petang sebelumnya. Pada hari Jumaat, mereka mengulang 60 ayat untuk minggu itu. Dalam tempoh 4 1/2 tahun, beliau telah menghafal 12juz, Alhamdulillah.

Selepas itu, puteri bongsu berkahwin dan menantu beliau mengetahui rutin kedua beranak tersebut, maka mereka mengambil keputusan untuk menetap berhampiran dengan rumah Ummu Salih. Rutin tersebut berterusan lagi selama 3 tahun sebelum puteri bongsunya mulai sibuk dengan anak-anak (cucu-cucu Ummu Salih).


Oleh sebab rutin mereka selalu tergendala dek kesibukan dan tanggungjawab yang semakin bertambah, maka puteri bongsunya mencari seorang guru AQ yang boleh membimbing ibunya. Alhamdulillah, anak yang solehah memberikan aternatif agar ibunya dapat merealisasikan impian murni sejak kecil demi mendapat reda Allah.


Maka, pada usia 82 tahun, beliau telah selamat menghafal 30 juz AQ selain 90 hadis (3 hadis dihafal bagi setiap minggu).

Masya Allah. AQ is a long-life journey..our whole life journey.


Kita sedia maklum, makin tua makin susah nak menghafal..makin tua makin banyka dosa..makin tua makin cepat nyanyuk..makin tua makin banyak penyakit..


Namun, bagi Ummu Salih, semakin tua semakin banyak masa lapangnya dan kesempatan yang berbaki di sisa hidupnya itulahh digunakan sebaiknya untuk menghafal AQ.

Pesanan beliau dalam wawancara Malajah Ad-Dakwah, Ikhlaskan niat, kuatkan pergantungan pada Allah, ajarilah keluarga tentang AQ. Sesungguhnya anak-anak adalah nikmat dunia yang seandainya dididik dengan baik, mampu menjadi saham di akhirat kelak, insya Allah. Hafazan AQ akan menghidupkan hati, menyuluh kehidupan dunia selain menerangi alam barzakh.

Ya Allah, permudahkanlah Kami untuk menghafal dan memahami kalam-Mu. Cetuskan rasa seronok di hati kami untuk mengulang dan menjunjung kalam-Mu sehingga hujung nyawa, ameen.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: