RSS
Post Icon

japanese cotton cheese cake

Disebabkan ramai yang request resepi Japanese Cotton Cheese Cake (gambar di entri sebelum ini) dan saya tak larat nak me-reply kesemua sms/inbox mereka, maka di sini saya sertakan, huhu~

Bahan A (double-boil atas api):
240 g cream cheese
50 g butter
100 ml susu segar (skimmed milk pun ok bagi sesiapa yang sedang ber-diet, but not me la..haha)

Bahan B (dicampurkan kesemuanya):
6 biji kuning telur (boleh menggunakan telur omega 3 bagi sesiapa yang on-diet)
20 g tepung jagung
60 g self rising flour
sedikit esen vanila (saya memang suka letak sedikit esen vanila bagi kesemua ramuan yang ada telur bagi menghilangkan bau & rasa hanyir)
1 sudu besar perahan buah lemon

Campurkan bahan A (yang telah disejukkan) bersama bahan B dan diasingkan.

Bahan C:
Pukul 6 biji putih telur sehingga kembang (sehingga jika diterbalikkan bekas, pukulan putih telur itu tidak akan jatuh), kemudian masukkan ;
140 g gula (boleh dikurangkan bagi penghidap kencing manis)
3 sudu kecil perahan buah lemon (boleh jek nak guna 3 sudu besar, hehe)

Campurkan bahan C bersama bahan A&B dan kacau menggunakan senduk.

Masukkan dalam loyang dan sedia untuk dibakar di dalam oven menggunakan teknik double-bath atau double-boil pada suhu 160 darjah selama 40-60 minit mengikut jenis oven. (Pastikan oven dipanaskan seketika terlebih dahulu)

Kek yang sungguh gebu, lembut dan enak dimakan, tidak muak sama sekali malahan mudah dikunyah khususnya bagi warga tua yang tiada gigi. Seakan-akan makan ais krim pun ada. Dah makan separuh loyang pun tak terasa.. hehe. Ini sudah kali ke-3 saya membuatnya dalam masa 2 minggu (tengah 'angau' kek sekarang ni). huhu.
Selamat mencuba! (^_^)

Bagi penggemar coklat/ais krim/kek seperti saya, terdapat sebuah kedai kek iaitu Rawan Cake, terletak di Khaldah (berdekatan Mecca Mall, Amman). Cubalah rasa chocolate ice cream cake dengan harga JD 13 bagi sebuah kek. Waaa..1st time jumpa kedai kek yang saya sangat berpuas hati di Jordan! Yummy.. dalam masa 2 hari, kek itu telah selamat dimakan. (hanya 1/4 sahaja untuk housemate, haha)

Sehhatein~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

syi syott said...

Akak, sy guna 198gm cis (tapi bukan cream cis), cornstarch, 3 bijik telow, lemon juice, susu, cream of tar tar, gule for sure, heeee, jadik

Tapi bantat sket, sebab pukul putih telur tak cukup lebom. Wahahaha

ainshams said...

alaa..main taruk jek, asalkan ade bahan2 utama, insya Allah jadik. cream of tartar tu lg lembut ah. hehe. lorh, sayang nyer..putih telur la part paling penting! if part ni perfect, insya Allah hasilnya membahagiakan..huhu~