RSS
Post Icon

pelita atap

"Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang"

Jangan letakkan pelita di atas atap.
Apa maksudnya??
Imam Ghazali pernah mengumpamakan ilmu yang tidak diamalkan samalah sepeti meletekkan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya?
Ruang di dalam rumah tetap gelap kerana cahaya hanya tersebar di atas atap, bukan di dalam rumah.
Begitula perumpamaan ilmu yang tidak diamalkan, cahayanya hanya berlegar-legar seputar akal tetapi tidak menusuk ke dalam hati nurani. Rentetan itu, ilmu ini tidak menghasilkan tindakan.

Sudah 2 bulan saya berada di Malaysia. Kini hanya berbaki seminggu sebelum kembali ke Jordan semula bagi meneruskan baki beberapa bulan pengajian di sana. Setiap hari mata saya penat menangkap butir ayat di dada akhbar. Jika dikira kerutan di dahi dek terkejut dengan bacaan tajuk pada setiap helaian, pasti sudah tak terkira kesannya. Namun, Alhamdulillah kulit kita kaya dengan collagen. eceh =P

Masalah sosial, akidah, rasuah, anak luar nikah, 'aktiviti songsang', simbah asid, rogol-bunuh-bakar, bomoh/sihir-menyihir dsb.. Na'uzubillah.
Pernah saya terbaca dalam ruangan soal-jawab agama "Ustaz, kesan love bite boleh dibawa solat kah?" Aduhai.. sedih dan kasihan. Allahu yahdina wa yahdihim.

Sedangkan mahasiswa banyak (bukan semua) masih terleka atau mengambil sikap aku-tidak-pedulisma, malah ada yang sibuk dengan asobiyah kumpulan tertentu. Fikirkanlah maslahah umum..
Oh Malaysia..gerun saya memikirkan apakah akan terjadi kepada keturunan akan datang T_T

Mukmin Profesional:Celik Mata Hati
oleh Ustaz pahrol Mohamad Juoi


Bahagian Pertama
Bab1: Mukmin Profesional, Integriti dan Kompetensi
Bab2: Hidup cemerlang dengan memberi
Bab3: Erti kecemerlangan dunia dan Akhirat
Bab4: Sikap positif Penentu Kejayaan
Bab5: Kesedaran~Celik Mata Hati

Bahagian Kedua
Sinopsis Langkah Mukmin Profesional
Langkah1: Hidayah-Petunjuk Hidup
Langkah2: Ibadah(tujuan hidup)
Langkah3: Syariat Jalan Hidup
Langkah4: Solat Bekalan Hidup
Langkah5: Zikir Pendorong Hidup
Langkah6: Dosa Penghalang Hidup
Langkah7: Mati Pengakhiran Hidup

Penutup: Kembali kepada Fitrah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

pesan orang-orang tua

Suasana nyaman sewaktu awal pagi di kampung, rumah berkayu memang mendamaikan. Seisi kampung dikejutkan dengan paluan tabuh diiringi azan Subuh. Tak lama kemudian, terdengar bunyi kicauan unggas yang menandakan waktu syuruk. The early bird gets the first worm.

"Tak elok tidur selepas Subuh, nanti rezeki lari" pesan orang-orang tua yang masih dipegang oleh mak saya sehingga kini dan menjadi 'santapan telinga' kami sekeluarga setiap pagi, hahaa.

Tatkala ramai sanak saudara berkumpul di kampung, jika masih ada yang tertidur selepas Subuh, pasti kedengaran 'bebelan manja' makcik-makcik "Eh, anak dara tak bangun lagi, orang nak masuk meminang pun patah balik".

Dan pernah dulu terdetik di hati saya, "Alaa..deorang (eceh, macam banyak jek) patah balik sebab tak cukup duit hantaran, haha"


Melihat kegigihan wak-wak(pakcik-pakcik) yang menebas rumput, menguruskan pokok getah dan kelapa sawit, membuatkan saya kagum dengan semangat mereka. Tatkala asyik memerhatikan kanak-kanak 'bermain tanah' di samping bergurau senda bersama sepupu-sepupu di tangga, terdengar sapaan makcik "Anak-anak dara tak elok duduk di tangga, nanti tak de orang nak masuk meminang"

"Wak, anak teruna pun ada join sekali ni" kata sepupu saya.



"Amboi-amboi, anak-anak dara tak elokla menyanyi di dapur, nanti dapat lelaki tua" tegur makcik saya di dapur.

"Kalau lelaki tua yang masih teruna dan kaya-raya, ok jek" balas kami secara berbisik. hahaa.

Hujan yang lebat di waktu petang, memang seronok jika dapat mengunyah kayu ubi rebus, pisang goreng bersama air kopi jawa. memang 'kaw' punya! Diserikan dengan celoteh dan gosip warga muda dan warga tua. hehe.


"Dulu-dulu, masak guna kayu api, setiap 3hari pergi cari kayu api, untuk stok seminggu, bekalan di kala hujan" kata wak (pak cik saya).


"Gosok baju pun guna arang, memang baju licin cantik je. Kalau tak de arang, guna tempurung kelapa" tambah mak saya.



Sewaktu bersama dengan kawan saya,menemaninya membuat pilihan untuk hantaran perkahwinannya, seorang makcik menegur, "Sireh junjung atau tepak sireh tu wajib ada dalam setiap hantaran, kata orang-orang tua, sebagai pembuka kata, walaupun orang sekarang dah tak makan sireh"

~Habib Jewels tetap menjadi pilihan~

Pernah di suatu majlis pertunangan keluarga perempuan yang masih mengamalkan adat Perak, turut disertakan dulang hantaran berisi garam-gula yang dihias rapi seolah-olah gugusan buah strawberi, tepak sireh yang turut berisi beras dsb.

"Pasangan tunang yang lelaki tak boleh datang yer. Kurang manis dipandang orang. Buatnya pulak, kalau bergambar bersama nanti, dah tak 'naik seri' masa kahwin nanti"

Detik berbalas pantun, bergambar sambil upacara menyarung cincin telah berlalu. Rombongan lelaki berarak pulang usai bertukar-tukar dulang hantaran dan menikmati juadah tengah hari.


"Eh, orang ber'darah manis' tak boleh jejak tanah! Mana boleh keluar rumah" sapa pakcik-pakcik di laman rumah.


"Kenapa tak boleh? Majlis dah selesai, baju pun dah ditukar. Nak keluar ke depan ni je untuk iringi kawan-kawan pulang" jawab si perempuan yang anggun bersama 'cincin baru bertatah sebutir berlian' di jari manis kanan.


"Tak boleh keluar pada hari yang sama, kurang manis dipandang orang. Nanti hilang seri. Esok lusa tak per la" balas pakcik itu kembali.


"Alaa, nak dekat kenduri kahwin nanti, pergila spa..amik pakej mandi bunga & mandi lulur, nanti 'naik seri' balik.. haha" jawab kami separa berbisik.

"Agama itu nasihat"


Banyak pantang-larang orang Melayu yang kadangkala masih menjadi persoalan orang muda sekarang, tidak kurang pula bagi sesetengah keluarga, budaya sebegitu luput dek zaman. Jika difikir-fikirkan kembali, banyak benarnya. Teguran yang begitu halus mengandungi makna tersirat. Namun, semuanya berkaitan dengan adab tatasusila kita sebagai orang Islam yang berbangsa Melayu.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

SOLUSI

SOLUSI~Panduan Hidup Bersyariat

Uncle Tan: Majalah ini sangat bagus woo, ilmiah. You boleh order kalau nak dari edisi pertama
Me: Oh yeke. I baru 1st time nak beli & baca ni. I ambil edisi 25 & 26.
Uncle Tan: Edisi 26 yang lattest. Betul manyak bagus, I tarak tipu woo.

Solusi edisi 25: hati yang ikhlas tidak akan terkesan oleh pujian mahupun kejian.
~mujahadah melwana nafsu
~Muslim yang islamophobia
~Bank islam mahal?
~kisah Saudah bt Zam'ah
~Keajaiban kulit manusia

Solusi edisi 26: Dunia hanya bernilai apabila dimanfaatkan untuk akhirat
~Apakah nilai anda?
~Red Flag dalam kehidupan : Terbukti maksiat dan dosa memberi kesan kepada kehidupan kita. malahan, kesan-kesan itu ada kalanya begitu jelas kelihatan. Hakikatnya, Allah sedang memberian amaran kepada kita. 'Red flag' untuk kita segera bertaubat.
~Hiburkan isterimu
~Aku dipanggil Cikgu
~Khunsa ingin nikah

Majalah yang saya rasakan bernas & padat dengan ilmu, dari kulit hadapan sehinggalah ke kulit belakang. Malah, setiap artikel dinyatakan biodata penulis dan setiap info agama dinyatakan sumber bagi setiap satu.

Di saat longgokan majalan Dara, Nur, Fesyen, Pengantin, Rapi dsb memenuhi pasaran, kini timbul sebuah majalah penuh berilmiah gaya santai yang sesuai untuk santapan minda & rohani buat masyarakat. Alhamdulillah. Tahniah buat Solusi terbitan Telaga Biru!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

1432H

Alhamdulillah, Happy New Year Hijra 1432!

Teringat tika alam sekolah rendah, mesti ada Sambutan Awal Muharam, pelbagai persembahan dan pertandingan diadakan. Memang menarik sebab.. tak perlu masuk ke kelas.. huhu.

Setelah sekian lama tahun berganti tahun, kini 1432H membuka tirainya. Sambutan tahun ini? No more pertandingan nasyid, mewarna, bercerita, berpidato dsb.. (papai zaman kanak-kanak)

Kini terasa lebih bererti kerana disambut bersama keluarga, berjemaah di Masjid Khairiah, TSG (tak sampai 1 km dari rumah). Membaca doa akhir tahun, berzikir beramai-ramai, bersolat maghrib berjemaah, membaca doa awal tahun dan diikuti santapan rohani oleh Pak Jamal, Timb Pengerusi AMAL Malaysia.

Sememangnya kita bertuah atas segala nikmat yang dimiliki, alhamdulillah atas nikmat iman, Islam, ilmu, keluarga, harta dsb. Berbanding dengan keruntuhan akhlak kisah-kisah masyarakat yang ditayangkan di tv, mahupun penindasan/kemiskinan di negara-negara luar.

"Eee, tak bosan ke duduk kat rumah je malam-malam? Enjoy la. You all ni tak de life la"
Kesudahannya, mereka memperuntukkan 'enjoy', atau menikmati 'life' di pusat hiburan. ~sedutan drama Ponti Anak Remaja~

"Mak ayah I ni kolot lagi, sebelum Maghrib kena ada di rumah, wajib solat dan makan berjemaah"
"Eh, wujud lagi ke family macam tu? Peliknya.." ~sedutan drama Dakwah Muharam~
Apabila kebersamaan dalam keluarga dan menghidupkan sunnah dipandang asing oleh masyarakat.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Islam itu mula tersebar dalam keadaan dagang (asing) dan ia akan kembali dalam keadaan dagang (asing). Maka, beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)

Oh, pelbagai kisah yang saya saksikan di tv sepanjang sebulan lebih di Malaysia (dah memang kaki tv kan.. haha). Yang pasti, setiap kisah masyarakat boleh dinilai dengan mata hati sendiri. Yang baik dijadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan dan minta dijauhkan.

Siapakah pemenang Anugerah Skrin tahun ini? Saya sokong cerita Taubat Nasuha. Pertama kali menonton pada Syawal tahun lalu, memang tangkap leleh di akhir cerita.. dah diulang tayang pun tak jemu-jemu. Siapa yang tak tengok lagi, silalah download.. lakonan yang sangat berkesan, moral yang menusuk ke hati saya rasakan.
"Kalau tak suka, pulangkan.." ayat Jalaluddin Hasan kepada menantunya, Fauzi Nawawi.

Selain itu, saya puji Astro Oasis, suka sangat!! Kenapa ek? Herm, tontonlah sendiri.. hehee~

Semoga lembaran 1432 Hijrah berupaya meng'hijrah'kan diri kita keseluruhannya ke tahap lebih baik, insya Allah. Salam Ma'al Hijrah (^_^)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS