RSS
Post Icon

jangan gelabah

Kali pertama dan terakhir melalui exam osce & mini osce di bulan puasa, insya Allah. Semoga ada keberkatan Ramadan, ameen.


Pada hari exam mini-osce 1808, saya hanya pasrah saat keluar rumah pagi itu..apa jenis soalan boleh keluar. Yang penting, tenang yea Nurul Ain, sila jangan menggelabah! (pesan saya kepada diri sendiri) Bismillahi tawakkaltu 3lallah.


Ketika di Red Hall..slide demi slide, soalan demi soalan. Ada 13 soalan mini osce (belum dikira anak-anaknya), plus 2 soalan evaluation cases (yang ni agak susah saya rasakan). 1 soalan PFT, 1 soalan blood film. Saya ternanti-nanti juga KFT, CSF, synovial fluid result dan LFT, maklumlah berkat klinik bersama dengan Dr Mahmud Ayesh, rasa agak yakin nak interpret lab test tersebut. Tapi..tiada.


Yang pasti, ECG ada 3 soalan dan saya tersenyum tatkala menjawab. Alhamdulillah, Allah bantu untuk saya melihat sekilas abnormal pada ECG itu. Pericarditis, inferior ST-elevation MI, complete heart block. (berkat 3x round dgn Dr Nael di CCU). Maklumlah, mini osce perlu pantas, 1 minit untuk baca soalan, melihat abnormality, berfikir, menulis jawapan.. herm..


Namun, tiba-tiba ada gambar endoscopy untuk usus..berikan spot diagnosis & complication. Terus saya menggelabah. 'ya, saya tahu diagnosis ini, pernah dilihat ketika dalam rotation Surgery tahun 4 dulu, waa..tak ingat namanya.. bermula huruf D, maka saya menulis D..…' (mesti doktor kata, 'budak ni nak main kuiz suruh aku isi tempat kosong ke..huhu'). Complication~perforation, pasti!(at least dapat markah yang ni, heh). Dah hantar kertas jawapan baru teringat, lorh..diverticulosis.. tuhla, siapa suruh menggelabah, terus susah nak recall.


Next, rentetan dub-dab menggelabah; ada gambar mengenai kulit yang berpenyakit..' ah, sudah..dermatology plak'.. getus hati saya. Terbayang muka Dr Firas saat rotation Dermatology (Kulit) tahun 5 dulu. Astaghfirullah,saya tahu, tapi tak terlintas perkataan itu. Maka, tulis jela.. (yakin jawapan ini salah)


Selepas itu, saya menarik nafas dalam-dalam, membisikkan ketenangan dalam diri.. 'Buat yang terbaik untuk masa depan Ain', teringat kata-kata mak. Alhamdulillah, saya kembali tenang untuk soalan seterusnya.


Begitulah gaya soalan mini osce, slide yang dah lepas takkan diulang. Saat habis masa untuk menulis jawapan terakhir, terus kertas soalan dikutip. Babai mini-osce internal med.

Lumrah exam, ada yang diyakini betul, ada yang macam betul, ada yang diyakini salah..



Keesokan harinya 1908~internal med osce, setiap stesen 6 minit; 2 stesen history (hemoptysis & hematemesis), dan 1 stesen physical exam, precordium exam.

Saat osce, ketenangan juga adalah sangat perlu. Jawapan oral & gerak praktikal perlu difikirkan kesahihannya sebelum dizahirkan.


Ketika di stesen P.E. (stesen ke-2 saya), loceng berbunyi menandakan sudah bermulanya untuk masuk ke bilik itu. Saya mengetuk pintu tersebut dan terus masuk.


Me: Assalamualaikum (senyum sambil memberikan nama, nombor pelajar dan group)

Doc: wa'alaikumussalam w.wbt, do complete precordium exam.

Me: ok, syukran ya duktur.


Saya pergi ke bahagian kanan pesakit, "Assalamualaikum ya mu3allim, ana Nur, tolibah tibb sanah sadisah(sebut sadisah jek cam meremang), kef halk? Ramadan kareem. bisir afhas nafsak?' (saya Nur, pljr tahun 6, bley tak nak periksa ko?)

Pesakit: Tamam, toyyib, musy musykilah.(sihat, ok silakan, tak de masalah)


"From the right side of the patient, firstly i'll introduce myself and take the permission. Then, i'll make sure my hand is hygiene & warm, the privacy of the patient, good lighting and good exposure; for precordium exam until the umbilicus".


Kemudian, saya meneruskan tugasan hingga ke akhirnya dengan pantas (khuatir jika tak sempat masa). Saya mendapati, semuanya normal. Setelah memberi komen bagi setiap tindakan yang saya lakukan kepada pesakit itu, saya bertanya doktor tersebut (tika itu, loceng pertama berbunyi, menandakan hanya berbaki 1 minit)


Me: Doktor, dah habis kan? Semua cam normal je. no murmur, no added sound, regular heart rate. Atau ada apa-apa yang aku tak dengar ke?

Doc: Aha, dah habis. Ada finding~normal heart rate.

Serentak kami tergelak.

Me: Doc, camna aku nye exam? Ada apa-apa yang tertinggal ke?

Doc: Ok, semua ok..

Me: Alhamdulillah, syukran ya duktur. Ramadan kareem. (saya memberi salam dan keluar saat loceng berbunyi lagi, menandakan tamatlah 6 minit di stesen itu)


ceria usai exam osce, saat merdeka untuk internal medicine

Saat dalam bas pulang ke rumah, saya berfikir.. bermuhasabah kembali jawapan dan gaya saya dalam exam pada hari itu dan sebelumnya. Ini baru kena soalan-soalan begini dah cuak dan menggelabah..tapi, masih punya harapan, berdoa semoga dapat keputusan yang baik. Bagaimana saat dipersoal di alam berzakh kelak, saat dibentangkan suratan amal di padang Mahsyar..pastila lebih menggelabah, di saat tiada pilihan ke-2, tiada clue, tiada gelak ketawa..
Oh, exam dunia VS exam akhirat..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

Fez said...

Rindunya nak OSCE!! huhu. all d best! kejap je dh abis satu rotation kan...

ainshams said...

fez: haha..rindu 'kegelabahan' ber-osce ek =P
yep, rasa makin cepat masa berlalu.. sedar2 ahad ni da start 2nd week rotation surgery..beberapa hari lg nk masuk pintu 10terakhir ramadan di Jordan,isk isk..