RSS
Post Icon

bekalan pemimpin

360 Degree Leader by John C.Maxwell

Musim panas..soifi..summer sem bagi adik-adik junior, namun, tiada istilah summer sem bagi pelajar tahun akhir seperti saya..isk..isk..dek jadual ward round, seminar, on-call seperti sediakala.

Sudah masuk minggu ke-2 saya bergelar pelajar tahun akhir Perubatan JUST. (ada gaya tak? :P) herm, cam tak caya plak, tak sampai setahun lagi bakal bergelar graduan Perubatan, insya Allah. Gaya ward round juga sudah di-up grade, *cough. final year katenyer! management.. why do you order this & that.. prove me you have to order this..how to approach emergency cases..so on.

Usai AGM Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) minggu lalu, kini semua persatuan yang bernaung di bawah MPPMJ sibuk berkempen, berpilihanraya, bermesyuarat agung saban hujung minggu. Teringat saat menjadi AJK TTK bagi AGM BKASJ (Badan Kebajikan Anak-Anak Selangor Jordan) sewaktu bulan ke-5 saya di sini.

Fez, kenalan sekelas saya sejak di KISAS 'melamar' saya, "Ain, nak lantik ko jadi AJK AGM BKASJ boleh yer? Ko dah biasa dari sekolah kan..".
Jwpn saya tika itu, "aku tak tahu suasana kat sini la, memanglah boleh belajar, tapi, nak jadi AJK paling senang.. TTK ke..biar belajar dari bawah(ayat cover line), haha".
Erm, begitula permulaan saya menjadi tulang belakang program di sini. Menerima dengan bersyarat, huhu.

Bermulalah era bersosial (ada batasan, yer) dengan masyarakat Malaysia dan Arab di sini. Pelbagai kenangan, mesyuarat, komentar, perbincangan aman, pertelingkahan, dsb.. Adat bekerjasama lelaki dan perempuan (syabab & akhawat), sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula berlainan jantina (Mars VS Venus).

Namun, usah dibiarkan perbezaan pendapat menyebabkan segala yang dirancang tergendala. Usahakanlah jalan damai, buang yang keruh, ambil yang jernih. Pasakkan objektif yang ingin digapai, "Fastabiqul Khairaat".. Mudah-mudahan segala urusan mendapat reda-Nya dan seterusnya berjaya mencapai objektif yang digariskan.

AMT & AME BKASJ 2007/2008

Dari AJK TTK, Biro Perhubungan (bidang yang paling disukai, hehe), AJK persegaran, Timbalan Pengarah, dan pelbagai lagi, sehinggalah kepada YDPAH BKASJ 2007/2008, Timb Setiausaha Agung MPPMJ 2007/2008, dan yang terakhir dilepaskan adalah Timb Presiden 2 MPPMJ 2009/2010 pada minggu lalu, tanggal tarikh keramat 030710 (03+07=10).

Famili AMT MPPMJ 2007/2008

Saya sangkakan, 080808 adalah tarikh keramat 'rehat' saya dari memegang tampuk persatuan (AGM MPPMJ 0708), namun, ternyata meleset. Allah Maha Mengetahui masa depan hamba-Nya yang sangat lemah ini. Secara peribadinya, bidang yang kurang saya gemari adalah tugasan biro program & bidang kesetiausahaan, huhu.

Namun, Alhamdulillah berkat sokongan rakan-rakan sekerja, bidang kesetiausahaan yang menjadikan saya lebih teliti, lebih 'skema' tatkala menganalisa, lebih kritis & mencambahkan lebih banyak idea untuk komentar (haha). Walaupun bidang ini sangat rumit (tugasan YDPAH lebih mudah secara teknikalnya, huhu), namun, era kegemilangan Islam membuktikan peri pentingnya tugasan seorang pencatat, contohnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mencatat setiap patah Al-Quran sehingga boleh dibukukan dan menjadi panduan kita hingga hari ini. (insaf, ayat memujuk hati suatu ketika dulu)

Jika terasa terbeban, ingatlah tugasan persatuan adalah latihan untuk menambah kelebihan buat diri kita, selain meningkatkan keyakinan & ilmu. TAKLIFAN ADALAH TARBIYAH DARIPADA ALLAH kepada hamba-hamba pilihan-Nya, melatih diri menjadi pemimpin yang serba boleh, ikhlas berkhidmat, lebih kreatif, inovatif, luas gaya pemikirannya dan yang pastinya, lebih tersusun & terisi masanya.

Buat semua calon yang akan diundi, persiapkanlah diri kalian, perbanyakkanlah taqarrub kepada Allah, berlatihlah berfikir secara kritis & bertindaklah cara pemimpin. Andai diberatkan dengan undian kemenangan, tahniah diucapkan! Bermakna anda PERLU membuktikan kemampuan anda dan inilah potensi yang boleh digilap!

Isilah jiwa & pemikiran dengan segala yang berkaitan dengan ilmu Kepimpinan seperti artikel-artikel berkenaan Pemimpin Bersituasi, How to be a Good Leader, 360 Degree Leader by John Maxwell, siri-siri kisah Rasulullah SAW, para sahabat, Muhamamd Al-Fateh, Men are from Mars Women are from Venus dsb, agar kalian mampu mencorakkan kepimpinan kalian selaras dengan sunnatullah & syariatullah tuntutan agama, bukan hawa nafsu dan nama semata-mata. Semoga Allah mengampuni segala ketandusan saya selama ditaklifkan sebagai pimpinan persatuan dahulu.

~Quranic Leadership: Seni Memimpin Gaya Al-Quran~

Antara kupasan menarik:

Bab 1: Gaya Kepimpinan Islam yang Berkesan dan Berpengaruh

Kepimpinan dalam Islam

Gaya Memimpin yang Berpengaruh

Penyebab Timbulnya Pengaruh dalam Kepimpinan

Proses Pemilihan Pemimpin

Mengembangkan Akhlak Kepimpinan yang Berkesan dan Berpengaruh

Melatih Pemimpin dengan Pelbagai Cara yang Efektif

Bab 2: Pemimpin yang Berkesan dan Berpengaruh

Ciri-Ciri Pemimpin Berpengaruh

Sifat-Sifat Pemimpin yang Efektif

Sikap Tegas dan Adil

Bab 3: Melahirkan Pemimpin yang Berkesan dan Berpengaruh

Tahap 1: Bagaimana Menjamin Kejayaan Kerja

Tahap 2: Menangani Masalah

Tahap 3: Bekerjasama dengan Para Pemimpin

Bab 4: Tanggungjawab Pemimpin Eksekutif

Kepimpinan Eksekutif

Tugas Pemimpin Eksekutif

Peranan Pemimpin bagi Menimbulkan Kesan dan Pengaruh

Bab 5: Seni Kepimpinan Eksekutif

Seni Mengawasi

Seni Berinteraksi dengan Individu

"KHALIFAH..buktikan kemampuanmu yang paling optimum!! Imarahkan bumi ini dengan kepimpinanmu yang mengajak ahli-ahli lebih mengenali & mencintai Ilahi"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

Nafeesa (aswadsky) said...

Salam Akak...saya suka cerita akak! saya nak linkan akak punye post tu JPR blog k? cerita about pemimpin :)Plse n TQ

ainshams said...

wsalam..
okies, sebab nafeesa nyer psl..akk ok la..hehe~

Miss X said...

Akak, muke MT Bkasj zaman Ust Sobran, sume ceria2. Tibe2 tgk muke k.Qilah, teguling-guling kitorang gelak

Apsal, sedih turun tahta ke.. Huhu

ainshams said...

syee:huhu..qila terharu tu..act, kitorg seronok kerja dlm team ni.honestly, agak sedih la nk bubar team (tp, xmo la stay pegang lamer kan..hee).
oo..report qila awak gelak guling2 ek.. =D