RSS
Post Icon

aseos unik dan bersih di 'bekas' negara Islam?


papan tanda pada tandas awam di Cordoba~terdapat dalam 3 bahasa


"Jika datang rombongan hendak meminang seorang wanita, mintalah izin untuk menggunakan tandas rumahnya. Ini bagi melihat sejauh mana penjagaan kebersihan wanita tersebut dan ahli rumah itu"

Kata-kata ini pernah saya dengari dulu, nampak ringan dan kurang berkeyakinan, namun, selalu dipraktikkan terutama oleh masyarakat Melayu.

Tak percaya? Wait for your turn then! :P

Dalam kitab-kitab Fiqh, perkara pertama yang dipelajari adalah "At-Toharoh" iaitu kebersihan. Sehingga dinukilkan bahawa 'kebersihan sebahagian daripada Iman atau kebersihan satu cabang daripada Iman'.

Satu perkara yang dikaji, Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan kebersihan hingga tercatat dalam Al-Quran, hadis-hadis Nabi, kitab-kitab Fiqh dsb. Bahkan tatacara hendak bertayammum, bersugi, keluar masuk tandas juga diajarkan dalam Ad-Deen ini. Subhanallah! Begitu halus ajaran agama Muhammad, namun sayang seribu kali sayang, umat Muhammad kurang cakna perihal ini. Malahan, kadangkala mungkin non muslims lebih prihatin tentang penjagaan kebersihan berbanding orang Islam itu sendiri.


Situasi 1

Ketika dalam perjalanan Mu'tah-Irbid, kereta yang saya naiki berhenti di salah sebuah masjid untuk kami berhenti solat jama'. Tatkala hendak masuk ke dalam tandas, masya Allah!! Hampir termuntah dek aroma yang sangat kurang menyenangkan dan pemandangan yang kotor. Tandas juga tidak di'flush'..bayangkan!! Bluweekk..

Situasi 2

Tatkala di jamiah, kami mengambil wudu' di dalam tandas, namun..penuh dengan kepulan asap rokok di dalamnya. Sadis sekali kerana perokok-perokok ini adalah golongan pelajar wanita arab yang bertudung!! Tandas juga kotor dan berbau. Sebab itu jika di Jordan, lebih baik 'menjaga wudu untuk kemaslahatan hidung dan mata', hehee. Namun, susah diaplikasi ketika ward round dek tugasan yang menyebabkan saya perlu memeriksa pesakit-pesakit lelaki juga.

tandas awam di Cordoba, Spain~Deloq kata seperti public phone..huhu

Situasi 3

Tatkala saya bercuti ke Spain baru-baru ini, kawan-kawan saya ada berpesan supaya sentiasa membawa botol mineral kecil ke mana sahaja (selain air mineral untuk minuman). Tidak lain tidak bukan botol kecil tadi untuk tujuan di dalam tandas kerana tandas di negara-negara Europe tiada air (tisu & flush sahaja), hanya sinki luar disediakan air. (oh yea, sama seperti di KLCC, Malaysia Bumi Pertiwi)

Saat itu saya terfikir, 'kotorla kerana mereka tidak menggunakan air, hanya tisu tandas sahaja! Tidak dapat dibayangkan'.

Namun, ia sangat berlainan dengan apa yang difikirkan. Tandas nya sangat bersih dan terjaga, malahan, tidak berbau busuk. Tidak kira sama ada di Bandar Cordoba, Granada atau Madrid. Sungguh saya kagum kerana sifat moral mereka yang tinggi terhadap penjagaan kebersihan walaupun kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Malahan, tandas awam juga bersih dan unik sekali. Maka, beberapa keping di snap! Kagum tak?? Huhu~

tandas dan tempat wudu' di Mezquita Mayor de Granada

Situasi 4

Di Masjid Jami' Granada (Alhamdulillah, satu-satunya masjid yang diizinkan azan bergema ke luar masjid). Ketika saya memasuki tandas masjid, saya bertanya sendiri. Adakah tandas masjid ini disediakan air seperti di Malaysia atau masih seperti tandas luar yang lain?

At-Toharoh kan.. Jawapannya~ada paip air di dalam tandas, malahan, disediakan bekas tadahan air. Maka, botol kecil mineral disimpan kerana khidmat tidak diperlukan (^_^)

Konklusi : Nilailah sendiri, muhasabah keadaan masing-masing. Adakah tajuk At-Toharoh yag dipelajari dulu masih diaplikasi hingga kini atau bagaimana…? Ilmu tanpa amal bagai pohon tidak berbuah (erm, musim luruh kowt….heh)

Tandas VS bilik air, restroom VS toilet, albanyo VS aseos..sama atau berlainan.. fikir-fikirkan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: