RSS
Post Icon

hari untuk mak

Happy Mother's Day


Selamat Hari Ibu.. eh, silap.. mak kata jangan panggil ibu..kurang 'zouk' katanya!


Selamat Hari Mak!! Happy Mother's Day. Walaupun setiap hari adalah hari mak. Semoga hari-hari dilalui dengan penuh keberkatan, kesihatan & keceriaan yang berpanjangan, insya Allah. Isteri solehah, mak mithali.


Sewaktu pulang bercuti raya Aidilfitri, kami menyingkap khazanah-khazanah lama kad-kad simpanan mak. Owh, kad yang saya hadiahkan sewaktu darjah 6 masih elok disimpan oleh mak.

Ketika itu, Syahmi si kecil datang ke arah kami, "Mak, along, pergilah tengok luar kat tempat surat, Syahmi rasa ada suratla"

Saya hanya menuruti si kecil, jika tidak, dia tetap akan memujuk berkali-kali.

Melihat ke arah peti surat, saya tersenyum sendiri. 'Mana ada postman hantar surat malam-malam lepas tarawikh, ini mesti kerja si kenit ni', detik saya dalam hati.

Rupa-rupanya, kad raya untuk kami hasil tangan Syahmi. Walaupun tidaklah secantik di kedai, tetapi sangat menyentuh hati, really precious!


Tatkala saya menyerahkan kad itu kepada mak, berlinangan air mata mak dek terharu dengan hasil tangan Syahmi.

"Ni gambar keluarga kita. Perempuan yang paling tinggi ni along, lepas tu baru mak. Syahmi tak lukis mak pakai kasut tumit tinggi sebab Syahmi nak yang real je. Cantik tak lukisan Syahmi?" gomelan si kenit.

Cantik, sayang!! tapi, yang asli lagi cantik sebab Allah yang cipta. Kami memeluk Syahmi. Terima kasih adik!!


Itu memori hampir hampir 8 bulan lalu. Masih segar di ingatan saya.

Memori tatkala saya hadiahkan buat mak semasa darjah 6 dulu, saya kurang pasti. Namun, mak tetap mengingati setiap detik berharga itu dan sangat menghargainya.


Teringat sewaktu kecil (belum bersekolah lagi), mak sangat tegas mengajar mengaji Al-Quran. "Kalau tak tahu sembahyang, tak tahu mengaji, nak jadi apa? Nanti Allah tak sayang! Nak masuk syurga tak?"


Alhamdulillah, berkat doa mak abah, ketekunan didikan mereka, kami semua pandai solat dan mengaji sebelum usia persekolahan dan dimantapkan di sekolah. Semoga didikan ini kekal dipraktikkan seumur hidup dan diteruskan untuk generasi seterusnya, insya Allah.


"Selagi tak habis hafal sampai sifir 12, tak boleh keluar rumah main petang-petang!" ugut mak.


Aduh, bab keluar bermain pada waktu petang bersama kawan-kawan adalah perkara rutin di alam kanak-kanak. Tapi, dihalang dek tak habis hafal sifir. Masih diingati, ketika itu, saya darjah 2. Nak tak nak, saya 'terpaksa' menuruti perintah dalam esakan. Namun, dek ketegasan itulah, saya mendapat markah tertinggi subjek Matematik, mengalahkan kawan-kawan berbangsa Cina yang hebat mengira ketika di sekolah rendah. Alhamdulillah.


Jika dhihitung, tak termampu dek akal untuk mengimbau kesemuanya. Terlalu banyak jasa mak pada kami. Semoga Allah sebaik-baik dan selayaknya memberikan ganjaran terhebat buat mak di dunia dan akhirat.


Terima kasih mak!! Kami sayang sangat-sangat pada mak!
Maafkan kami seandainya kami tak dapat menjadi anak-anak kebanggaan mak. Maafkan kami menyusahkan mak sejak sebelum kami lahir ke dunia.

Doa kami yang sentiasa mengiringi mak & doa restu mak yang sentiasa dipohon untuk diri kami.


Alhamdulillah, minggu baru..harapnya, berjalan dengan sangat baik, setelah seminggu yang sangat padat: ~kesihatan diri yang kurang baik,

~housemate ditahan di wad 5 hari dek lymphadenitis, Salamtik! (merasalah saya 'on-call' menemaninya bermalam di hospital),

~hujung minggu bersama SEARCH'10 (Alhamdulillah berjalan lancar, semoga semua mendapat manfaat).


Namun begitu, masih ada hak-hak yang tidak dapat ditunaikan dek kesempitan masa & priority semasa yang perlu diutamakan dalam minggu lalu. Pyane.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 walk-the-talk:

Fez said...

Happy Mother's Day Ain! Eh silap2. Happy MOther's Day Mak Ain.

ainshams said...

fez: uhuk..uhuk.. terbatuk den! :p
ko mmg sajer kan.. heee.
Mak Ain kater, njalok ngapuro (dye taw ayah ko jawa)

Fez said...

tau2.. njalok ngapuro, seng akeh2.. ape tu? haha..

ainshams said...

terima kasih byk2..
nk jwb nyer ape? hee..
podo podo wa-ey.. (same-same)

farah said...

salam ain, selamat hari ibu untuk semua ibu2..gud luck exam..ko boleh buat..baca buku rajin2 ya..take care

ainshams said...

salam farah, thanks! insya Allah. ko pon, good luck eh! sket je lagi.. cayyok!! ^^