RSS
Post Icon

WAA~weekend at Amman

pakej BLS~termasuk buku & CD

Apakah yang bakal kita lakukan seandainya berlaku atau terlihat perkara-perkara berikut??
~serangan jantung secara tiba-tiba
~seronok bersembang sambil menikmati hidangan & tercekik secara tiba-tiba?
~sukar bernafas?
~bayi yang sedang menyusu & tiba-tiba mukanya berubah warna menjadi biru??
~bagaimana hendak menyelamatkan seseorang yang di dalam kebakaran?
~ceria bermandi-manda & tiba-tiba, ada orang lemas. Mangsa berjaya dibawa ke darat, namun, masih tidak sedarkan diri.
~ceria & aktif bersukan, namun, tiba-tiba mengalami kekejangan otot.
~berbahagia memasak untuk keluarga, tapi, tiba-tiba jatuh pitam.
~pelbagai keadaan lagi..

Malang tidak berbau.. Sediakan payung sebelum hujan.. (tapi sekarang musim panas, perlu menyediakan sun-glasses la pulak, hehe)

A : Pelajar perubatan, tapi tak taw buat CPR? [we HAVE TO master the basic things]
B : Saya tak nak belajar CPR, geli la nak buat mouth-to-mouth. [padahal hakikatnya, bukan terus motuh-to-mouth tanpa halangan & masih ada alternatif lain]
C : Alaa, hantar terus ke wad kecemasan je kalau ada apa-apa hal. [yakinkah semua lokasi berdekatan dengan hospital?]

Alhamdulillah, saya dan beberapa rakan telah berkesempatan untuk mengikuti kursus praktikal Basic Life Support~by Operating Smile, American Heart Association di Amman semalam (Sabtu, 24hb?? =D). Lenguh tangan & badan dek praktikal berkali-kali sehinggalah sempurna. (bertambah lenguh dek sakan 'menziarahi' Mecca Mall petang sebelumnya (Jumaat), sebaik habis mesyuarat AMM MPPM, huhu).

Di akhir kursus, kami perlu menjalani peperiksaan bertulis & praktikal bagi membolehkan kami mendapat sijil & lesen sah untuk praktis dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah.
Kita hanya belajar & berusaha setakat yang termampu bagi "melengkapkan segala skills yang ada", selebihnya, Allah Pemilik segala keputusan.

"Dan apabila aku sakit, DIA lah yang menyembuhkan ku" (Asy-Syua'ra' : 80)

p/s: Suasana agak sayu di akhir mensyuarat AMM MPPM Jumaat lalu. Al-maklumlah, mesyuarat AMM yang terakhir bagi sesi ini. Selepas ini, tumpuan pada beberapa program akhir, peperiksaan akhir, cuti sem & AGM masing-masing.

Bunga kiambang daun selasih, sekalung maaf & terima kasih buat sahabat-sahabat seperjuangan team AMT, BP, semua YDP/ah PZ & BKAN. Insya Allah, kita cuba buat yang terbaik pada akhir sesi yang masih berbaki 2 bulan lebih ini.
Semoga Allah menerima segala yang telah dan akan dilakukan, insya Allah.
Tahniah buat semua! Fastabiqul Khairaat~Siiru 3la barakatillah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

FabulouswithAs said...

hahah smgt..papepon saye tetap melayu 1st yg g amek lesen tuh..hak3

ainshams said...

semak: yolah..janji da dpt lesen.. & pengumpulan sijil..
duet pun melayang sbb dok 'tawaf' mecca mall.. tuh yg triple lenguh tu.. heish..cover yg dekat 3 bulan x shopping..waa..lamer berjuhud tu! ahaks.