RSS
Post Icon

kita pernah bergelar BAYI..



Hari ke-2 Obs&Gyn (Perbidanan & Sakit Puan)
.
Setakat yang telah dipelajari dalam 2 hari ini~History Taking, Physical Examination, Ectopic Pregnancy (kandungan luar rahim), Gestational Diabetes (kencing manis ketika mengandung), Infertility Management (orientasi kemandulan-betul ke translate BM macam ni? heh), Rh-Isoimmunization (perbezaan rhesis darah ibu & anak).


Erm, saya merasakan, bidang ini paling banyak berkait dengan Fiqh Medic. Bukan mudah menentukan keputusan berkaitan makhluk yang bakal lahir. Terima kasih mak, ain sayang mak!!! Muah muah.. (^_^)

Saat bersantai membaca perihal Malaysia, saya berminat dengan berita ini. Empat Kaedah Tangani Isu Buang Bayi...teruskan klik di sini.

Tahniah Malaysia, CUBA menangani isu lapuk yang semakin hebat di dada akhbar, ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. (tapi, hujan yang tanpa pelangi..heh)

Yang pasti, pucuk pangkalnya, ubati akar umbi masalah. Pendidikan Agama Atasi Gejala Sosial..teruskan di klik sini. Walaupun saya bersetuju dengan 'isu agama' yang dibangkitkan, namun pada saya, bukan pendidikan agama semata-mata, malahan, sebaiknya yang dipersoalkan dan lebih diperincikan adalah "PRAKTIKAL pendidikan agama" adalah penyelamat segala masalah ummah dulu, kini dan selamanya, insya Allah.

Agama yang dipelajari secara teori semata-mata tidak mampu menyelamatkan kita daripada terjebak kepada masalah masyarakat kini. Buktinya, jumlah pelajar yang mendapat kepujian dan cemerlang dalam matapelajaran agama semakin meningkat, tapi 'bala' yang melanda Malaysia semakin teruk.

Kesedaran agama secara bermusim tidak mampu memandu kita untuk menghampiri Syurga Allah. Isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi adalah BUKTI kesan kegagalan PRAKTIKAL pendidikan agama zaman berzaman.


Ops, jika ada yang sensitif dengan perkataan 'Islam' atau 'Agama', mungkin saya perlu mengedit ayat saya kepada persoalan~Tahap Manakah REALITI PRAKTIKAL PENDIDIKAN MORAL di kalangan masyarakat dewasa ini??

Semua pihak berkewajipan memainkan tanggungjawab masing-masing. Sama ada kita selaku kakak, pelajar universiti, bakal doktor, ustazah, bakal ibu, jiran Menteri atau apa saja.
Yang pasti, pundak kita dibebani dengan TUJUAN penciptaan manusia di muka bumi ini~untuk beribadah kepada-Nya, jua setiap kita adalah Khalifah, Pemakmur Muka Bumi ini. (oh, ini belum dikira kewajipan dan tanggungjawab untuk membina khilafah atau World Order)

Dr Wiki-Jawa ada berkata, KHALIFAH itu adalah...klik di sini.. ^^

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, 'Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi'. Mereka (para malaikat) berkata, 'Adakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan-Mu?' Allah berfirman, 'Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui'. (Al-Baqarah: 30)

Wallahu A'lam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: