RSS
Post Icon

ada apa pada coklat?

FR for my 24th birthday presents~Really thanks (^_~)

Kenapa kebanyakan perempuan suka akan coklat? (alaa..ada lelaki yang suka jugak, kan..)

Kenapa Ferrero Rocher (klik untuk mengetahui kisah FR) yang menjadi pilihan?
(sebab sedap la..& not forget to mention, 'seems exclusive'..haha. Kalau dijadikan 'hadiah hantaran' pun lawa, hehe..opss!)

Coklat penjana tenaga segera.. coklat berkesan memberikan mood baik.. coklat lambang ikatan & ingatan..blabla..

Ikuti perkongsian mengenai coklat..lalalaa..

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-

  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. (tapi perlulah menggosok gigi selepas makan yer, contoh sunnah Nabi SAW~bersugi )


Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.


Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.

Walau apapun, usahlah terlalu taksub dengan coklat (ringing for myself..). Basuh tangan, baca doa sebelum & selepas makan & bersugi selepas makan yer..

p/s: 24 biji FR dalam setiap kotak sempena 24 tahun..huhu~
selari dengan tagline my bestie wani, cokelat itu sedap..
menyahut entri cik qila psl coklat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 walk-the-talk:

Fez said...

Mengaku pun ko 24 dah ain.. akhirnya. haha.

ainshams said...

alaa..sebab sekotak FR tuh, ader 24..lambang 24..reda jela.. haha

atiqahdahalan said...

camni lg 3 tahun le baru merasa FR for birthday..

sanah helwah kak ain!!!

ainshams said...

one: saje nk interprem umur awak yg muda belia tuh la kan..?? huhu..
mekaseh..

ummu faqeh said...

SLMTT HARI LAHIR//MG DIBERKATI ALLAH DUNIA AKHIRAT..
nak suruh kawen muda lagi..hehe..tapi akk 24 anak dah masuk 2,hehe..jodoh awal

hm..menarik info ttg coklat nih.anak2 akk pantang nampak coklat..mesti nak beli..kadang2 smp berebut dgn ummi dia.hehe..ummi dia lagi 'hantu coklat'..nak2 time pregnant,lagi sedap makan FR nih..

ala kulli hal..SANAH HELWAH!

'Aqilah Suhaimi said...

kalo dlm wikipedia link ko ni..siapa2 yg serve FR ni pd org..
org akan kata;really,u are spoiling us.

and,ak nk ckp:
really.. u are already spoiled rite now.

since u got 24 FR..(mcm lebih je sbb ak nmpak ada dua kotak tu..haha)

ainshams said...

kak izma: mmg xleh kawen lg, sbb ain masih muda..tunggu pas grad la, insya Allah. budak2 mmg suka..oo, ummi berebut dgn anak2 yer..hihi..

qila: xkisah jek, da suka makan nk wat cmne..hee, lgpon, org kasi..amik la kan.. ahaa, klu campur 2kotak tuh, 48 biji la.. each from different person. credit to aza paen & ** **a****, hehe.

Sun Chasing said...

Nice blog you hhave