RSS
Post Icon

Isu Dakwah menghangatkan PERTAMA kali ke-4

kerana KITA adalah SATU

Dakwah & Realiti Mahasiswa Timur Tengah


Panelis Jemputan:

1)Ust Hasrizal Abdul Jamil

-Profesional & Ustaz dalam Dakwah

-Meneladani Sejarah dalam Dakwah

-Realiti Dakwah di Malaysia


2) Ust Maszlee Malik

- Wacana Baru Graduan Timur Tengah di Malaysia (Dakwah Rentas Agama)

-Dunia Pasca 'Clash of Civilization', Melakarkan Konsep Saling Memahami antara Tamadun


3) Ust Heizal Hezry Omar- Antara Dua Realiti, Malaysia dan Jordan (Pertembungan U'ruf)


Alhamdulillah..ungkapan buat Sang Pencipta, Pakar Teragung dari segala perencana. Sesungguhnya, saya sangat gembira..guess why?? Kerana misi PERTAMA tercapai, antara misi kepimpinan MPPMJ 2009/2010 berjaya direalisasikan dan antara resolusi dalam PERTAMA kali ke-3 sesi lalu telah diimplimentasikan..(antara tanggungjawab sesi ini adalah cuba merealisasikan segala resolusi PERTAMA sesi lepas).

PERTAMA kali ke-4, berlangsung pada 12-13 februari 2010 lalu di Mu'tah..terlakar 1001 kisah di sebalik pembikinannya, namun yang pasti, berkat kerjasama semua pihak, khususnya AJK Pelaksana (thumbs up!! ), sasaran kali ini berjaya dicecah, malahan, terlebih pula. Konsep kali ini yang agak berlainan menjadikan PERTAMA kali ke-4 menjadi 'rebutan' walaupun dengan 'yuran program yang dirasakan paling tinggi' setakat ini. Namun, berbaloi rasanya jika dibandingkan dengan input yang kita perolehi, seharusnya kita berdoalah mudah-mudahan ilmu ini diberkati, tidak di'petisejuk'kan begitu sahaja, malahan, mampu diterjemah dalam kehidupan (output) dan disampaikan buat insan di sekeliling kita, insya Allah.

Pada saya, sekurang-kurangnya dalam PERTAMA kali ini, hasrat saya mahu menghubungjalinkan 2 generasi melalui Alumni Jordan dengan penuntut Jordan kini yang kelihatan 'semakin terhakis budaya ilmiah' dan menjadikan 'agenda dakwah' bukan wacana yang asing lagi, malahan mampu digembeleng dengan kemas oleh para penuntut di sini.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan pengisian yang mantap daripada penceramah-penceramah jemputan ini, hati kita terusik dengan segala input yang disampaikan, berjaya meniupkan roh 'kesedaran dan mahu berubah, bertindak', menjadikan PERTAMA kali ini sangat lagenda buat saya, selaku pimpinan MPPMJ sesi ini umumnya dan penasihat bagi program ini khususnya. Saya juga sangat berpuas hati tatkala melihat respons positif daripada para peserta, malahan tak terbendung perasaan lega dek melihat para penceramah dan peserta bersemangat dan gembira. Syukur Ya Rabb!

Tahniah dan setinggi ucapan terima kasih buat team AJK Pelaksana, para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program mega MPPMJ ini. Semoga kudrat dan sumbangan kalian diberkati-Nya, insya Allah. Namun demikian, di sebalik segala sesuatu , tersurat jua cacat celanya. Maafkan segala kekurangan, mudah-mudahan akan diperbaiki untuk akan datang, insya Allah. Terima kasih daun keladi,buat warga PERMATA selaku tuan rumah!


p/s: Sekalung penghargaan juga buat Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland & Persatuan Pelajar Malaysia Morocco atas sumbangan artikel, tak lupa buat Persatuan Malaysia Republik Arab Mesir atas rakaman ucapan melalui video. Barakallahu lakum. Insya Allah di entri-entri mendatang, jika berkesempatan, akan saya coretkan serba sedikit pengisian-pengisian PERTAMA ke-4 ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 walk-the-talk: