RSS
Post Icon

Psychiatry 1001 Erti

















Sebulan berada di psychiatry rotation atau lebih dikenali di kalangan masyarakat Melayu sebagai sakit jiwa, merupakan pengalaman yang takkan dilupakan. Banyak pahit daripada manisnya, namun, diri ini bersyukur kerana inilah tarbiyah Allah untuk diri ini lebih mengenali kehidupan, lebih menghargai nilai sihat dan lebih merasakan bahawa rohani dan spiritual perlu lebih diubati selain fizikal semata-mata.


"Wanita berkerjaya berusia 35tahun, berwajah manis, bertudung litup, namun, kecewa kerana si pemuda tidak menunaikan janjinya. Kekecewaan yang tidak bertepi mengheret dirinya ke lembah Al-Fuhays Mental Hospital, Amman".

"Kau dah kahwin ke?" tanyaku semasa mengambil history di Klinik Psychiatry Princess Basmah. "Belum" jawab seorang lelaki berumur 46tahun, penganggur dan hanya tinggal berduaan dengan adik lelakinya. Dia sangat benci terhadap wanita dan ibunya meninggal ketika mereka masih kecil.


"Boleh tak kau ceritakan pada kami, kenapa kau berfikiran macam tuh terhadap wanita, sedangkan mak kau juga seorang wanita?" tanyaku selepas diselangselikan dengan pertanyaan 3 kawan-kawan lelaki arab semasa mengambil history pada hari ke-3 psychiatry. Dia terdiam, sambil tertunduk memegang kerusi. Suasana sepi tatkala kami menanti butir bicara yang keluar daripada mulutnya. Tiba-tiba, sepantas kilat dia berlari ke arahku, yang paling jauh daripadanya berbanding kami, memegang kerusi yang aku duduki sambil membentak, "Sebab kau tak nak kahwin dengan aku!!!!" Aku terkesima ditempik sebegitu. Tak pernah dalam seumur hidupku, ada insan yang meninggikan suara sebegitu rupa. Terasa jantung terhenti seketika, jarak wajah yang hanya beberapa sentimeter memang mengerikan. Teringat kembali wajah bengisnya yang kurang terurus dan matanya yang merah membulat.


Namun, salah seorang kawan lelaki arab mengambil tindakan pantas mengendalikan keadaan tegang saat itu. Alhamdulillah, keadaan terkawal dan pesakit itu kembali tenang dan ceria. Aku masih terkaku, terasa hendak mengalir air mata kerana terkejut yang teramat sangat. Selepas habis sesi history and mental state examination, kami meminta diri. Tatkala itu, aku menguatkan diri untuk bercakap dengan pesakit itu. "Pak cik, aku minta maaf kalau soalan aku tadi membuatkan kau marah pada aku". Tiba-tiba, dia tersenyum sambil berkata, "Eh, aku yang salah, aku yang patut minta maaf. Wallahi, gaya kau memang macam cinta pertama aku, sebab tu aku tak boleh nak kawal diri, terasa nak pandang kau je. Dia pernah ber janji dengan aku dulu, tapi lepas tu, dia berkahwin dengan lelaki lain pilihan keluarga". Aku mengangguk tanda faham.


Owh, lagi lagi kes cinta..menyayangi insan melebihi kecintaan pada Al-Khaliq adalah suatu yang agak sia-sia kurasakan. Kata orang, cinta dan benci terpisah pada satu garisan halus. Sekelip mata cinta boleh bertukar benci dan begitulah sebaliknya. Cinta manusia adakalanya bermusim, bersebab..namun, cinta Sang Pencipta tidak berbelah bahagi kepada hamba-Nya. Sering terfikir..adakah manusia hanya mengejar cinta sesama pasangan atau love-centered semata-mata dan kurang mengambil perhatian terhadap Allah-centered. Walau apapun, semuanya bergantung pada individu. Pengalaman lalu yang kadangkala membentuk persepsi individu tersebut seperti kisah pesakit-pesakit yang ditemui.


Selepas SPM, kebanyakan kita sering dalam dilema, apakah jurusan yang hendak dipilih, kerana jurusan mempengaruhi kerjaya yang bakal diceburi sepanjang hayat. Kerjaya doctor atau pengamal perubatan merupakan antara kerjaya yang mulia dan bidang kritikal di Malaysia. Sudah semestinya 'title doktor' memberikan persepsi positif bagi sesiapa yang mendengarnya. Namun, padaku, doctor bukanlah sekadar memberikan rawatan fizikal semata-mata, malah, rohani juga sangat-sangat perlu dititikberatkan.


Seperti kes pesakit OCD (Obsessive compulsive disorder), dalam mengambil history, perlu dselitkan, 'bagaimana kau solat? Ambil wudu' banyak kali ke?" dan juga perlu diberikan kaunseling dari segi praktikal dan hukum fiqh perubatan secara general bagi membantu pesakit mengatasi masalah ini. Namun, nasihat seorang doctor yang diberikan takkan mampu terluah tanpa persediaan ilmu perubatan dan agama. Bukan hanya sekadar, "ok, aku bagi kau ubat nih, makan sekian biji sehari… ada kesan sampingan sikit….". Semua sedia maklum, setiap ubat memang mempunyai pelbagai kesan sampingan. Namun, bagi kes psychiatry, ubatannya mengandungi kesan sampingan yang mengundang masalah-masalah lain yang kadangkala lebih kronik dan mampu merosakkan rumahtangga pesakit.


Konklusinya, seorang pengamal perubatan muslim bukan hanya sekadar doctor yang memberikan ubatan fizikal semata-mata, namun, menjadi tanggungjawab sebagai individu muslim untuk menyedarkan pesakit kepada Sang Pencipta, berbincang dengan pesakit mengenai masalahnya berkenaan penyakit yang dihadapi di samping bertanya mengenai amalan ibadah-ibadah wajib yang lain. Inilah dakwah seorang doctor muslim. Dakwah itu luas dan setiap insan mampu bertindak atas kapasiti bidangnya.


"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Ali Imran : 104)


Mudah-mudahan, diri ini mampu bergerak seiring seperti yang Allah sukai dalam mengejar cita-cita yang diimpikan. Kebahagiaan sebenar adalah kecemerlangan dan ketenangan terhadap perkara yang kita sukai, seiring dengan reda Ilahi dan restu keluarga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

littlekhalifah7 said...

assalamualaikum! ^^
welcome to blogging world!
semoga istiqamah..semoga dpt memberi manfaat pada masyarakat.

ainshams said...

wsalam dijamin ^^
huhu, akhirnyer..setelah sekian lamer org2 tertanyer2..
bukan blog ilmiah pon.. just coretan sendiri.. if ader terselit yg baik tuh, bleyla amik..

littlekhalifah7 said...

esok ak posting psychiatry.. hehe..cuak. doakan ye..

ainshams said...

huhu..welcome to 'their world'.. seize urself to adapt into their words & feelings.. their interesting!