RSS
Post Icon

Memory of 2nd day Dermatology

Hari pertama di 3yadah Amrad Jildiyyah (klinik kulit) Amirah Basmah, Irbid~4Januari2010.

Kabanyakan pesakit , boleh dikatakan 75% yang datang pada hari ini adalah kerana masalah jerawat. Heish, deorang ni memang concern hal-hal seperti ini. Kebiasaanya, hari pertama di klinik, aku tak menjawab sangat, 'no comment' bak kata artis.. hehe. Kalau setakat history taking & do physical xm (TSAD) tuh, boleh la nak goreng sket-sket. Tapi, kalau doc tanya DDx (Differential Diagnosis), mechanism, pathophysiology dsb..'bersedekah' senyuman jela..sebabnyer?? tak bace buku..so, tak tahu la.. bak kate orang, kalau tak de ilmu menembak, jangan berani guna senapang gajah! (eh, pernah ke org kate cmnih?? huhu)

Namun, di klinik derma hari ini, aku boleh la nak take part dalam perbincangan secara details..sebab?? masalah jerawat..bintik-bintik hitam & putih, kesan parut!! Erm, perkara sensitive untuk kaum hawa. Kwang kwang kwang.

Doc bertanya mengenai types of comedone (ape itu comedone..tak pernah dengar pon..), so, menyalin maklumat jela..kang kalau kene tanye, wat iklan colgate plak! one of my friend pon bersyarah sekian sekian memberikan jawapan.. & tetibe aku bertanya,

"Doc, kirenyer, comedone ni adalah blackhead (open comedone)& white head(closed comedone) ke?" "Yes, exactly". Lorr..itu ker..then, sejak saat itu, aku pon bertanya & berdiskusi pasal comedone dan kaum keluarganya.. antara aku & doc..bass. antara isi nyer..

"Doc, kebiasaannya SPA di Malaysia ada buat facial treatment, mereka akan menggunakan kaedah 'steam' selama 45minit untuk buka pori2, then, deorg akan extract bintik2 putih & hitam nih. & yg terbaru, ade kaedah 'vacuum', sebabnyer ade pelanggan yang rase sakit (comedone terlalu dalam & dah berkurun bermukim di muka), so, vacuum nih lebih senang utk di'extract' & dibersihkan seluruh wajah. Cara ni boleh ke..atau ade ape2 effect tak untuk jangka masa panjang?"

"Yea, betul..boleh jek, tak de masalah, asalkan dengan kaedah rawatan professional. Kalau kat kedai, ade jual alat untuk extract comedone " (doc menerangkan bentuk nyer, sebab..bdk2 yg lein senyap tidak memahami..complicated kot..). Doc pon menerangkan kebaikan steam sebelum picit comedones itu.

Sumi berkata, "owh..aku rase macam bukan dunia aku, tak leh grab mende2 yang ko cakap.. nih memang bidang ko kan.."
Aku tergelak jela sambil berkata, "Ade baik jugak pernah try wat mende2 ngarut dulu2 kan..huhu".
"Kitorg dah penat mengumpat pasal ko, lama sangat bincang dengan doc pasal bab-bab ni.. sebab banyak sgt mende yang kitorg xpenah dengar" kate sumi sambil merujuk kpd bdk2 lain. Cess..bertuah, patutla semua dok tersenyum-senyum penuh makna pada aku.

Act, pada aku, kat Jordan ni sudah nak cari yg betul2 profesional, yerla, SPA sini lain dengan Malaysia (betul, tak tipu..). So, hari-hari kita boleh menggunakan kaedah 'steam' semulajadi..how??
Hehe.. sebaik sahaja nasi selamat dimasak, buka tudung periuk tu, haa..apa yang kita nampak? Kat dalam tudung periuk ada cecair hasil kondensasi..& pada atas periuk ada wap-wap hasil nasi yang ditanak sebentar tadi.. maka, letak muka kita supaya terkena wap-wap berkenaan beberapa ketika.. (jangan sampai menitik atau meleleh yer!! Kang jadi nasi basi plak..huhu).


Tips kedua, basuh muka dengan air beras..kenapa?? huhu..cuba dulu banyak kali, baru taw.. Insya Allah dapat mengelak jerawat & kulit muka menjadi lebih halus. Tak payah try produk-produk kecantikan yang mengandungi pelbagai bahan kimia tu. (Tapi, kalau nak try SKII, tak der masalah kot..hehe).

Tips ketiga, scrub muka dengan satu hirisan buah tomato, biarkan kira-kira setengah jam, kemudian bilas dengan air yang bersih. Jika menjadi amalan mingguan, insya Allah kulit menjadi lebih bersih dan lembap.

See..Allah itu Maha Hebat & Maha Penyayang, setiap ciptaan-Nya ada pelbagai kebaikan untuk kita, hamba-hamba-Nya. Tapi kita?? Ibadah bermusim.. maka, sementara ada kesedaran, Jom kita jadi hamba yang bersyukur..sebab?? Allah dah janji dalam surah Ibrahim ayat 7,


'Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka pasti azabku amat pedih".

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Selalulah membasuh muka dengan bersih sekurang-kurangnya sebaik sahaja selepas bangun daripada tidur & sebelum tidur. Hargailah nikmat muka & kulit yang Allah pinjamkan kepada kita dengan cara yang Dia redai. Amalan berwudu' juga sangat bermanfaat untuk kulit kita, selain dapat mengumpul pahala.

Well, for me..dermatology is about healthy & beauty.. lol~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 walk-the-talk:

FabulouswithAs said...

seriesly..xyahla skII wat hantaran ek..membazer jek..hahahhha

ainshams said...

heish..semak, SKII tuh penting gak, mmg dah target utk hantaran.. hadiah skali seumur hidup, huhu.. (nasebla..)

MaUt said...

hehe ain..ko baik try dulu trial pack sk II..kakak aku gara2 nak menggunakan sk II..at last kulitnya allergic kat sk II kesayangan..so..sbelum ko minta hantaran sk II..aku cadangkan ko cuba dulu trial pack(200 je pon ehe)..kalau menjadi, apa lagi, mintak yang complete set, baru best(nasebla ek huhu)

nuha said...

ain, bukan ke awk pengguna setia pencuci muka yg aprikot tu?? awk dulu yg rekomen kat kite.. heehhehe.. skrg dh mau tukar skII ye..