RSS
Post Icon

condolence

"Doakan mak aku yer.." kata Hetty pada suatu hari.

"Insya Allah, semoga mak ko sihat dan Allah berikan yang terbaik buat korang sekeluarga" sambutku kembali.

Keesokan harinya, 15 Januari 2010, merupakan hari lahir Hetty ke-24. Orang pertama yang megucapkan ucapan hari lahir adalah ibunya. Walaupun kurang sihat, namun, ingatan terhadap anak tidak pernah luput.
Kasih ibu membawa ke syurga.. T_T



Malam tadi, di saat-saat kesejukan dek hujan lebat di luar rumah, aku mendapat berita daripada Faezza bahawa ibu Hetty telah kembali ke rahmatullah.


"Assalamualaikum..Hetty.." aku memulakan bicara sejurus menerima berita sedih itu.

"Wa'alaikumusssalam..ain..." esak Hetty. Pedih hatiku mendengar suaranya.

"Hetty, takziah.. Hetty kuat!! Smg mudah semua urusan lepas ni. Make sure setelkan hutang-hutang mak ko kalau ader, yer.."

"Ok. Ain..doakan eh.."

"Insya Allah, semoga mak ko tenang di kalangan solehin. Doa anak yang solehah berterusan. Ko kene banyakkan doa yer. Doa sangat mustajab! Sedekah la..niatkan untuk mak ko" balasku memberikan semangat.

"Ok, terima kasih ain.."

"Sama-sama.. smg yang terbaik untuk korang sekeluarga. Hetty kuat! Kitorang doakan untuk ko.. bai.. assalamualaikum"


Takziah buat sahabat dan teman yang sentiasa teguh di sisi saat suka dan duka, yang dikenali sejak tingkatan 4 di KISAS, Hetty Ayuni Sulaiman atas pemergian ibunya semalam di Hospital Seremban.
Maafkan kami tiada di sisi Hetty tatkala di puncak 'gloomy' begini.

Semoga roh ibunya tenang di kalangan golongan bertaqwa, dosa-dosanya diampunkan & semua amalannya diterima oleh Allah SWT, insya Allah.



Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat (yang disampaikan kepada orang lain), atau Anak soleh yang mendoakan ke atasnya”.
[Hadith Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan an-Nasaa'i].

p/s: mak, ain saaayang sangat-sangat pada mak!! T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 walk-the-talk:

MaUt said...

Ain..kesempatan yang ada ini harus kita manfaatkan sebaiknya untuk berbakti pada 2 ibuayah..Doa2 anak2 soleh itulah harta paling berharga..sama2 kita jadikan diri kita semua satu dari permata berharga itu..

ainshams said...

yeah..insya Allah~setiap detik adlh sgt berharga, lg la aku rindu kt fmly T_T
btw, thnx ek..being by my side, terharu aku..